3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2017

Selepas 2013, Muncul semula 2017

Assalamualaikum,


15 Februari 2017, baru terasa nak belek blog ni setelah dilupakan bertahun-tahun. Mungkin kena menulis atau sekadar conteng-conteng jadi diari online. Last cerita November 2013, Sekarang dah selamat 3 tahun bergelar penjawat awam. Bila baca pasal cerita November 2013 tu rasa sebak, sedih dan hingga kini tak dapat nak tengok gambar-gambar Dhia yang aku ambil sebagai kenangan masa tahun 2014. Mesti acik nanges dik kalau tatap gambar-gambar tu. Bukan setakat gambar, asal lalu je highway karak tu nampak pula exit BENTONG mesti TEROBEK (read as throwback #maksendudalamtangisan) hahaha. Mungkin ke belum 'move on' ek?

Serius pengajaran yang aku dapat banyak sangat. Time susah orang tolong sekali dua mahu la layan..masuk kali ketiga kau dah boleh tau dah dia ikhlas ke tak? Time ni harsh words kau terima boleh tahan juga berakar dalam jiwa. Memang serius ingat sampai meninggal lebih kurang macam tula perasaan dia dan sampai harini aku masih boleh terdengar-dengar kat corong telinga ni perkataan itu.

Lepas terima tawaran kerja tu, aku tak terima gaji 3 bulan. Masa tu aku ada hutang rumah nak bayar, rumah sewa kat Raub, nak makan, duit mengasuh anak masa tu bekal duit memang tak banyak sebab aku bertukar kerja dan gaji dapat tak cukup nilai sebulan. Memang payah mengharung 3 bulan tanpa gaji tu, dalam susah Allah banyak tegur aku.

1. Teguran tentang pentingnya REDHA. Aku memang tak redha langsung dengan keputusan terima tawaran kerja tu jadinya aku jumpa jalan yang sulit sangat sampai la satu ketika aku cuti seminggu, aku ambil peluang tu menimbang buruk baik keputusan aku dah buat ni. Bayangkan 6 bulan aku dah kerja REDHA tu susah nak buat. Dalam seminggu tu aku abdikan sepenuh masa, jiwa aku ngadu sungguh-sungguh dengan ALLAH, Alhamdulillah aku capai rasa redha tu. Aku dapat percaya ini la jalan yang terbaik yang ALLAH lorongkan untuk aku. Aku cakap hati ke hati dengan suami aku, minta di redha pada aku. Aku dah buat keputusan dan memang keputusan aku buat belakangkan dia. Memang aku rasa dia kecil hati ngan aku, I seek forgiveness from him and ask him untuk restu aku. Masa ni macam baru jumpa cahaya, suddenly aku rasa hati berat jadi ringan, sulit nampak senang, Allah hadirkan gembira. Lepas kejadian minggu tu aku kembali bekerja dengan sangat tenang, dah tiada lagi basah bantal hari-hari sebab memang duduk menangis. Boleh jadi Kassim Selamat duduk hiba menangis je. Alhamdulillah

2. Aku lebih menghargai suami aku, aku lebih meraikan pendapat dia dan aku lebih banyak berbincang tentang banyak hal, takde lagi dah ketegaq kata orang sebab aku ni memang jenis benda yang aku rasa memang baik aku rasa tak perlu dibawa bincang sebab memang hasilnya baik, Ni la EGO namanya, slowly aku kikis sifat ni. Masih berusaha untuk be a better me dan masih banyak juga suami aku tegur-tegur aku ni sebab gelincir juga ada masanya.

3. Rasa susah?lepas ni jangan banyak stori dengan orang even dengan family pun sebab orang banyak nya tiada empati, banyak-banyak mengadu ngan Allah. Thanks to My Kakak, Aku panggil dia Kak Nik, banyak sangat nasihat dia untuk aku bab-bab kembali pada ALLAH. Kak Nik pesan ngadu dengan ALLAH even pasal selipar hilang sekalipun. Memang betul sebab dengan Allah kita luah sepenuhnya sebab ALLAH MAHA HEBAT. Kalau dengan manusia kita stori mesti tapis-tapis juga kan?Kita xcerita seluruhnya, share kat facebook tu pun yang best je. Dengan ALLAH kita londeh habis perasaan kita. LEGA!

4. Sabar. Lepas 6 bulan kejadian, aku cuba banyak bersabar, jaga hati aku elok-elok sebab tanggungjawab sendiri jaga hati ni. Jangan jumpa manusia-manusia yang memang kita tahu dah jenis menguji kesabaran nak plak dalam keadaan yang sukar tu. Aku ni pun sebenar nya baran dan aku ni jenis BOLD. Malas bergaduh, malas nak tengok drama seronok sangat diorang tu aku AVOID je diorang.

Rasa banyak pula tulis, nanti next time cerita lagi. Anyway Dhia dah adik lelaki nama Dani dan Dani rezeki yang hadir masa keadaan ibu dan babah yang sangat celaru. Dani must be a strong boy sebab dia kuat dari dalam perut tapi dia suka nangis. Maybe sebab sejak dalam perut asyik layan ibu yang rajin nangis. Sekian, jumpa lagi.

Monday, November 25, 2013

DuGAan BeRHIkmaH

Halooo..

Berhabuk dah ye blog ni naik sendat hidung dek habuk yang seinci dua ni. Banyak sangat vitamin M sampai tak tertulis ape pun dekat setahun agaknye. Harini rasa nak menulis sesuatu yang berat ditanggung dek jiwa raga ni. 


10 July 2013



Aku terima khabar dari mak yang aku dipanggil untuk temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh temuduga 15 July 2013, 8.00 pagi. Aku terima khabar itu dengan hati senang tetapi tiada la mencipta pengharapan yang besar. 



15 July 2013



Aku lewat tiba ke pusat interview sebab hujan lebat lepas tu aku kan gabra so aku xpaham arahan GPS waze tu..dia cakap 200 meter ke kanan..aku nampak je simpang terus masuk. GABRA!yes, sometimes kalo gabra sangat 2,3 hari hati degup kencang-kencang sampai rasa nak pecah dada..hihihih 



Sementara menunggu di luar bilik, aku takat dapat senyum je la dengan orang keliling sebab hati pun tengah tak best. Ada seorang calon baru lepas temuduga kecoh bagi soalan bocor pasal piramid makanan. Bertambah kencang jantung, sebab langsung tak ingat dah.



Masa tengah menunggu tu la dok membelek website KKM, baru nak amek tau siapa menteri kesihatan. Hheheheh jenuh mesej kengkawan tanya siapa menteri kesihatan. Sampai giliran aku, ada dua orang penemuduga dah standby, Alhamdulillah melalui interview dengan baik walaupun aku tak ingat formula BMI. Selepas tu tawakkal je, orang pertama aku roger lepas interview adalah en. suami.



20 Sept 2013

Keputusan online dalam website SPA keluar dan keputusan didahului SUKACITA. Alhamdulillah aku berjaya sekali ini. Pada tahap ni aku rasa seronok tapi…..ada sekelumit perasaan menolak bila memikirkan 'posting' yang jauh. Bagaimana jika SABAH, SARAWAK.


11 November 2013

Demam selesema menerjah aku hari itu, mak menyampai satu khabar lagi, perkhabaran kali ini mak suruh aku istighfar dan dengar dengan tenang apa yang ingin disampaikan. Mak beri tahu aku diminta untuk lapor diri di JKN pahang, Kuantan. Aku terima khabar dengan jutaan rasa yang sukar di ucap, khabar ini khabar buruk buat aku. Khabar yang buatkan otak ku dikerah bekerja lebih dari sepatutnya, khabar yang meruntun jiwa ibu, jiwa seorang isteri. Khabar yang buatkan aku berada di satu simpang yang membuntukan. Senang cerita, khabar ini menggelapkan seketika jalan kehidupan aku. Ya, aku sudah mula memikirkan yang buruk-buruk sahaja, tiada langsung hikmah yang aku bisa bentangkan. Syaitan juga hebat membisikkan pelbagai kegusaran, aku terima khabar itu dengan hujanan air mata. Aku diminta melapor diri 18 November 2013.

Aku mengira jarak Kuala Lumpur - Kuantan, aku berkira siapa yang akan jaga dhia, aku berkira bagaimana kesan jarak itu dengan hubungan suami isteri yang sekarang kami jalani dengan lancar.Banyak perkiraan dalam kepala hingga berat hati untuk menerima tawaran ini. Lama mencongak, ibu saudara ku yang aku kira mudah diluah rasa menegur aku di facebook, banyak kami bincangkan dah kesudahannya aku kira aku terima la tawaran itu. 

18 November 2013

Aku dan suami bersiap seawal 5 pagi untuk ke Kuantan melapor diri, malam sebelum aku tak lena tidur, aku sibuk berfikir yang tidak enak, aku habiskan masa memasak bekalan untuk esok hari ditemani si kecil yang sibuk amat sangat juga. Perjalanan ke Kuantan lebih 'silent' aku dan suami tiada apa yang ingin di bicarakan, aku melayan rasa yang bermacam-macam. Hanya untuk sekeping surat rasmi dan penempatan, kami perlu menunggu setengah hari. Aku ditempatkan di Raub, Pahang. Alhamdulillah bukan Kuantan namun gusar tak pudar juga mengenangkan bagaimana rupa keadaan Raub.

Raub sepatutnya aku tak perlu fikir banyak sebab abah aku lahir dan dibesarkan di Raub, di Kampung Melayu Cheroh. Tapi fikiran aku serabut sebab aku langsung tidak ingat kenangan Raub itu. Selesai proses di Kuantan aku diminta melapor diri di PKD Raub. 4.30 petang baru tiba di PKD Raub, aku sempat membuat rayuan agar diberi tempoh 2 minggu untuk aku habiskan baki notis. Rayuan diterima.

Aku lihat bandar Raub kecil benar, bangunan semua lama memang tak terbanding bandar KL, jalan raya juga tak terbandingkan. SUKAR. Rasa ini yang pasti.

Aku tak banyak bicara dimana penempatan aku sebab ada suara yang sebut apa yang susah hati?Susah mengerti barangkali. Aku mungkin tidak normal atau hilang kewarasan baginya. Tak mengapa, aku tak minta kamu mengerti, aku cuma meluah rasa jika tertahan mendengar jika tidak aku pasti berhenti bicara. Aku berhenti. 

23 November 2013

Keputusan tercapai, Dhia mengikut aku, tidak mengapa nak, ibu heret juga kamu ke mana ibu pergi supaya kamu tak rasa ibu tak sayang kamu bila dewasa, tanggungjawab di ambil nenek dan atok. Ibu berfikiran usaha mendidik dan menjaga kamu biarlah antara babah dan ibu sahaja, jangan disusahkan orang lain walaupun masih upaya. Ini jelas keputusan nya. 

Mengambil kira kisah taska yang tidak bertanggungjawab, mengetepikan nilai ringgit kami mengambil keputusan hanya yang berdaftar buat anak ini. Senarai JKM hanya ada dua. Aku maklum dari beberapa kenalan di raub ada beberapa taska selain yang dua itu. Tidak berdaftar barangkali. Aku hanya ada dua pilihan ini. Aku jadualkan temujanji dengan pengusaha untuk bagi ruang aku membuat pilihan. 

Sabtu, 7 pagi aku dan suami sudah bersedia memulakan 'hunting' kami. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub terus menuju ke Taska A.

Taska A
Luaran penuh bergantung belon, mainan kanak-kanak. Suasana luar nampak menyeronokkan.

Kelas di dalam bersih, penuh bertampal koleksi gambar anak-anak yang tinggal di situ, ABC, 123 penuh di dinding. Ada meja dan kerusi kecil untuk anak-anak duduk belajar. Ada mainan tersusun rapi di keliling bilik kelas. Pengusaha nya keturunan serani. Bahasa pengantar nya English, aku berbelit lidah menyebut kata kerja, kata nama dan pelbagai kata di dalam sebutan English. Akiviti kelas nampak menarik dengan aktiviti anak-anak. Bagi aku kalau aktiviti koyak kertas pun sudah menarik. hihihih 400 untuk kelas begini cuma taska nya dalam rumah kayu tapi redup dek pokok besar. Ruang bermain di luar sangat luas untuk anak berkejaran. 

Otak aku mula mencongak, jika di KL 400 kelas nye lebih hebat boleh dapat siap kelas renang dan banyak lagi aktiviti. Ini Raub, mana sama KL ada kelas aktiviti begini dah cukup bagus. Lokasi taska berdekatan dengan bandar Raub.

Taska B

Taska B pengusahanya melayu, membahasakan diri pun akak-akak, mewujudkan mesra di peringkat awal. Lokasi di rumah taman corner lot. Ruang luar nampak sempit untuk anak berkejaran. Ruang dalam bagi ku boleh tahan sebab kosong tiada perabot mungkin mengelak bahaya. Dekorasi dalaman nampak kurang interaktif untuk anak kecil. Pengusaha bagitahu sekadar menjaga anak sahaja, aktiviti tak terlaksana sebab kurang kakitangan juga nilai gaji 900 perlu dibayar. Yuran bulanan 300. 

Keputusan dicapai memilih Taska A, setakat ini itu yang terbaik mungkin Dhia boleh belajar berbahasa Inggeris walaupun di rumah Melayu. Aku tak berminat mengajarkan anak berbahasa Inggeris di rumah, biar la English di sekolah sahaja. 

Jika mengikut hati, aku mahu yang lebih baik seperti Brainy Bunch Montessori tapi di Raub ini, itu sahaja yang terbaik. Tak mengapa, ibu sahaja mengajarkan alif ba ta, mengajarkan solat dan doa. Ibu pasti mampu mengusahakannya. 

'Hunting' kedua adalah rumah sewa, payah benar mendapatkan sekeping iklan pun menawarkan rumah untuk disewa. Walaupun mengeliling taman sekali pun tiada sebarang papan iklan membuat tawaran sewa atau jual. Allah mudahkan urusan melalui sepupu mak yang tinggal di mukim Gali. Aku panggil makcik enun, ini pertama kali bertemu berbual bicara sudah terasa mesra dan senang di hati. Rumah kedai berhampiran stesen bas lama cadangannya. Aku dan suami menyatakan setuju, 400 untuk sebuah rumah dengan 2 bilik yang dikira agak luas. Tawaran 350 tidak boleh ditimbangkan. 

Lokasi rumah, lokasi taska, lokasi tempat kerja nampak searus jalan. Keluar rumah boleh menghantar dhia kemudian ke tempat kerja. Jarak rumah di bandar Raub ke Klinik kesihatan terpilih hanya 15- 20 minit. Dari jaraknya aku girang cuma fikiran buruk menerjah lagi bila memikirkan isu rumah kedai itu. Aku faham rumah itu duduknya sama ada pangsapuri, jika tidak pun teres. Rumah kedai bagi aku macam tidak sesuai menjadi tempat tinggal. Berulang kali aku tanyakan suami, ok ke rumah tu?ok ke taska tu?aku tanya ratusan kali. Aku cuma nak jawapan sama setiap kali aku bertanya. 

Setelah lama berdiam, aku faham kini apa yang aku sangat gusarkan, DHIA.

Dhia selamat ke tinggal berdua dengan ku di rumah itu?
Dhia mampu ke berkawan dengan rakan berlainan bangsa?
Dhia mampu ke berkelakuan baik supaya semua cikgu senang menjaga dia?
Dhia gembira ke sekolah?

Ya, aku gusar, risau kerana Dhia. Aku luahkan rasa itu dengan mengirim satu pesanan ke telefon mak. Aku luahkan segala ketidaksenangan hati aku. Mak cuma cakap Inshaallah segalanya baik. Serah pada Allah, Allah la penjaga terbaik. Aku teringat doa yang diajarkam seorang kakak bagi ku. Iye, aku lupa dunia ni milik Allah, Segalanya di bawah kuasa Allah, aku telah berdosa membelakangkan kuasa Allah. Sedikit sebanyak aku mula tenang. Ini la hikmah pertama yang aku terima.

Aku berharap bertemu hikmah yang lebih lagi atas takdir yang Allah tetapkan buat aku, suami dan Dhia. Semoga kami boleh menempuh dengan tenang dan aku pacakkan segalanya kerana Allah taala. Sekian tulisan aku untuk kali ini. Mohon pembaca doakan aku serta anak aku, keselamatan kami berdua, kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Sampai kita jumpa di surat yang lain. 


Wednesday, November 28, 2012

Why stay?Apa Tunggu LAGI?

'Zam, I dapat kerja tu. I terus sign je sebab piki tak payah keje sabtu.' 

Just received text message form my colleagues. Tahniah you!hopefully lebih berjaya di tempat baru dengan udara kerja yang baru.

Sedih pun ada gak bila dengar dah dapat kerja lain sebab kami boleh kata rapat juga. Dia lah rakan tempat nak luah bila tak puas hati dengan bos yang tetiba je suka hati dia nak ammend proposal aku lepas tu taruk nama dia!rakan tempat share perkembangan our baby sebab kami ada anak yang sebaya, rakan share al kisah susu ibu, hal wanita dan macam-macam lagi la. Banyak sangat kalau nak tulis. heee

Actually ada juga la 2,3 orang yang tertanya-tanya kenapa saya masih bekerja disini even 'udaranya tercemar', kanser hati berleluasa, politik pejabat yang tak terkawal sebab peluang di luar lebih baik terbentang luas. Jawapan saya sebab saya ibu dhia.

Sejarahnya, saya pilih kerja disini atas faktor dekat dengan rumah sebab saya belum berkahwin lagi masa tu. Bila dah kahwin dan mengandung, niat berhijrah tertahan sebab ada baby kan dalam perut rasa leceh pula kalau dapat tempat baru kerja beberapa bulan dah sibuk nak bercuti 2 bulan so tangguhkan dahulu. Then melahirkan dhia, risau sebab masih kecil saya mengambil keputusan menghantar dhia ke rumah mak sementara saya 8 jam di kilang. Tangguhkan lagi hingga dhia 6 bulan sebab lepas tu nak hantar rumah pengasuh yang dekat dengan rumah sewa saya. Tapi sekarang dhia dan 7 bulan 2 minggu pun saya masih tiada usaha mencari kerja yang lain.

Maybe saya perlu lupakan tentang ketidakseronokan kehidupan bekerja saya ni, just focus on all the good things in my life sekarang. Teruskan berdoa agar Allah hapuskan segala rasa yang bertumbuh (benci, menyampah, tak suka) ini kepada keadaan yang saya dapat terima keadaan ini seadanya dan sentiasa memasang niat aku bekerja kerana Allah taala. 

Perkara Baik Terus Bekerja Disini:

a) En. Husband pernah cakap, saya bekerja disini paling kurang dengar saya merungut pasal kerja kalo nak banding keje sebelum ni. (actually saya je malas nak cerita sangat, kita kan ada banyak menda lagi nak cerita, we love to gurau senda usik mengusik, kita kan spend masa just 5 jam sehari je. such a waste nak masih bercerita alkisah kilang dan mereka yang ntah hape2 tu)

b) Setiap pagi bila hantar dhia semua orang gembira jumpa dhia. (Dhia cucu sulung actually, nenek umi ngan tok abah dah jaga since umur sehari, even bersama-sama menanti kelahiran dhia kat hospital. nenek umi teman ibu dhia ni sakit sampai nagis-nangis juga tengok ibu ni sakit.)

c) Dhia pun sangat ceria bila sampai rumah nenek umi and tok abah dia sebab ada paksu, auntie zaf, mak uda yang sesama tunggu dhia.Atok abah pun selalu nyanyi untuk dhia..atok abah panggil dhia ucuk atok! (mesti sedih pula kalau dhia tukar suasana)

d) Setiap pagi dan tengahari makan kat rumah mak sebab ada dhia. Boleh balik tengok dhia kejap walau hanya 20 minit dan sempat juga bf dhia bagi dia tido. 

e) Setiap hari dapat jenguk mak and abah masih macam dulu masa anak dara masa masih duduk ngan dorang dulu. (beruntung actually setiap pagi nak pergi keje dapat salam cium tangan suami, mak and abah. Rasanya orang lain pun tak dapat specialty ni)

Banyak rupanya kalau cuba dikorek kebaikan kerja sini. Dari segi tempat kerja memang la kot tak memberangsangkan tapi just fokus on good things selain kerja tu..So STAY! Chayyok ibu dhia!heee now I dah happy!

Friday, September 14, 2012

Ibu Susu Formula

Halooo



Dah lama sebenarnya saya nak menulis tentang isu breastfeeding. Statement kat atas tu kalau ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak diorang sure rasa macam ada mendidih jiwa kan? Bagi saya, kalau dah namanya wanita bergelar ibu, dia pasti nak jadi yang terbaik dan mahukan hanya yang terbaik buat anaknya. Kadang-kadang kita ni cenderung untuk menjadi obses hingga sampai mengeluarkan statement yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak. 

Ada ibu yang sangat obses tentang penyusuan susu ibu ini sampai sanggup mengeluarkan statement yang 'anak minum susu lembu ni perangai pun macam lembu' ohhh please!mind your words. Saya ada juga la join beberapa kumpulan ibu menyusu ni just nak gather inforomation and ilmu yang sesuai tentang breastfeeding ni namun sometimes ia mengecewakan bila ada segelintir mereka yang obses nie. Kita dapat menyusukan anak kita pun dengan keizinan Allah, Allah membuka pintu hati dan terangkan serta mudahkan jalan untuk kita meneruskan niat kita menjadi yang terbaik buat si anak maka elok la menjaga tertib seorang ibu yang mahukan segalanya terbaik. 

Bukan sahaja setakat menjaga pengambilan makanan agar beroleh hasil susu yang tinggi khasiat untuk si kecil tapi juga kena jaga sahsiah kita sebagai seorang yang bergelar ibu. Even ibu tu bagi susu formula pun kita kena gak ingat yang ibu itu juga membancuh susu tersebut dengan penuh rasa kasih serupa macam kita bila menyusukan anak dengan penuh kasih sayang. Entry ini bukan nak condemn mana-mana pihak tapi ambil la sebagai ingatan untuk diri saya dan anda. saya lebih suka statement dibawah:


Tahniah kerana kita semua ibu yang penyayang, penyabar dan sentiasa mahukan yang terbaik buat permata hati kita.peace!just my 2 cents opinion.