3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Cinta Hati Ibu And Babah

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, November 25, 2013

DuGAan BeRHIkmaH

Halooo..

Berhabuk dah ye blog ni naik sendat hidung dek habuk yang seinci dua ni. Banyak sangat vitamin M sampai tak tertulis ape pun dekat setahun agaknye. Harini rasa nak menulis sesuatu yang berat ditanggung dek jiwa raga ni. 


10 July 2013



Aku terima khabar dari mak yang aku dipanggil untuk temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh temuduga 15 July 2013, 8.00 pagi. Aku terima khabar itu dengan hati senang tetapi tiada la mencipta pengharapan yang besar. 



15 July 2013



Aku lewat tiba ke pusat interview sebab hujan lebat lepas tu aku kan gabra so aku xpaham arahan GPS waze tu..dia cakap 200 meter ke kanan..aku nampak je simpang terus masuk. GABRA!yes, sometimes kalo gabra sangat 2,3 hari hati degup kencang-kencang sampai rasa nak pecah dada..hihihih 



Sementara menunggu di luar bilik, aku takat dapat senyum je la dengan orang keliling sebab hati pun tengah tak best. Ada seorang calon baru lepas temuduga kecoh bagi soalan bocor pasal piramid makanan. Bertambah kencang jantung, sebab langsung tak ingat dah.



Masa tengah menunggu tu la dok membelek website KKM, baru nak amek tau siapa menteri kesihatan. Hheheheh jenuh mesej kengkawan tanya siapa menteri kesihatan. Sampai giliran aku, ada dua orang penemuduga dah standby, Alhamdulillah melalui interview dengan baik walaupun aku tak ingat formula BMI. Selepas tu tawakkal je, orang pertama aku roger lepas interview adalah en. suami.



20 Sept 2013

Keputusan online dalam website SPA keluar dan keputusan didahului SUKACITA. Alhamdulillah aku berjaya sekali ini. Pada tahap ni aku rasa seronok tapi…..ada sekelumit perasaan menolak bila memikirkan 'posting' yang jauh. Bagaimana jika SABAH, SARAWAK.


11 November 2013

Demam selesema menerjah aku hari itu, mak menyampai satu khabar lagi, perkhabaran kali ini mak suruh aku istighfar dan dengar dengan tenang apa yang ingin disampaikan. Mak beri tahu aku diminta untuk lapor diri di JKN pahang, Kuantan. Aku terima khabar dengan jutaan rasa yang sukar di ucap, khabar ini khabar buruk buat aku. Khabar yang buatkan otak ku dikerah bekerja lebih dari sepatutnya, khabar yang meruntun jiwa ibu, jiwa seorang isteri. Khabar yang buatkan aku berada di satu simpang yang membuntukan. Senang cerita, khabar ini menggelapkan seketika jalan kehidupan aku. Ya, aku sudah mula memikirkan yang buruk-buruk sahaja, tiada langsung hikmah yang aku bisa bentangkan. Syaitan juga hebat membisikkan pelbagai kegusaran, aku terima khabar itu dengan hujanan air mata. Aku diminta melapor diri 18 November 2013.

Aku mengira jarak Kuala Lumpur - Kuantan, aku berkira siapa yang akan jaga dhia, aku berkira bagaimana kesan jarak itu dengan hubungan suami isteri yang sekarang kami jalani dengan lancar.Banyak perkiraan dalam kepala hingga berat hati untuk menerima tawaran ini. Lama mencongak, ibu saudara ku yang aku kira mudah diluah rasa menegur aku di facebook, banyak kami bincangkan dah kesudahannya aku kira aku terima la tawaran itu. 

18 November 2013

Aku dan suami bersiap seawal 5 pagi untuk ke Kuantan melapor diri, malam sebelum aku tak lena tidur, aku sibuk berfikir yang tidak enak, aku habiskan masa memasak bekalan untuk esok hari ditemani si kecil yang sibuk amat sangat juga. Perjalanan ke Kuantan lebih 'silent' aku dan suami tiada apa yang ingin di bicarakan, aku melayan rasa yang bermacam-macam. Hanya untuk sekeping surat rasmi dan penempatan, kami perlu menunggu setengah hari. Aku ditempatkan di Raub, Pahang. Alhamdulillah bukan Kuantan namun gusar tak pudar juga mengenangkan bagaimana rupa keadaan Raub.

Raub sepatutnya aku tak perlu fikir banyak sebab abah aku lahir dan dibesarkan di Raub, di Kampung Melayu Cheroh. Tapi fikiran aku serabut sebab aku langsung tidak ingat kenangan Raub itu. Selesai proses di Kuantan aku diminta melapor diri di PKD Raub. 4.30 petang baru tiba di PKD Raub, aku sempat membuat rayuan agar diberi tempoh 2 minggu untuk aku habiskan baki notis. Rayuan diterima.

Aku lihat bandar Raub kecil benar, bangunan semua lama memang tak terbanding bandar KL, jalan raya juga tak terbandingkan. SUKAR. Rasa ini yang pasti.

Aku tak banyak bicara dimana penempatan aku sebab ada suara yang sebut apa yang susah hati?Susah mengerti barangkali. Aku mungkin tidak normal atau hilang kewarasan baginya. Tak mengapa, aku tak minta kamu mengerti, aku cuma meluah rasa jika tertahan mendengar jika tidak aku pasti berhenti bicara. Aku berhenti. 

23 November 2013

Keputusan tercapai, Dhia mengikut aku, tidak mengapa nak, ibu heret juga kamu ke mana ibu pergi supaya kamu tak rasa ibu tak sayang kamu bila dewasa, tanggungjawab di ambil nenek dan atok. Ibu berfikiran usaha mendidik dan menjaga kamu biarlah antara babah dan ibu sahaja, jangan disusahkan orang lain walaupun masih upaya. Ini jelas keputusan nya. 

Mengambil kira kisah taska yang tidak bertanggungjawab, mengetepikan nilai ringgit kami mengambil keputusan hanya yang berdaftar buat anak ini. Senarai JKM hanya ada dua. Aku maklum dari beberapa kenalan di raub ada beberapa taska selain yang dua itu. Tidak berdaftar barangkali. Aku hanya ada dua pilihan ini. Aku jadualkan temujanji dengan pengusaha untuk bagi ruang aku membuat pilihan. 

Sabtu, 7 pagi aku dan suami sudah bersedia memulakan 'hunting' kami. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub terus menuju ke Taska A.

Taska A
Luaran penuh bergantung belon, mainan kanak-kanak. Suasana luar nampak menyeronokkan.

Kelas di dalam bersih, penuh bertampal koleksi gambar anak-anak yang tinggal di situ, ABC, 123 penuh di dinding. Ada meja dan kerusi kecil untuk anak-anak duduk belajar. Ada mainan tersusun rapi di keliling bilik kelas. Pengusaha nya keturunan serani. Bahasa pengantar nya English, aku berbelit lidah menyebut kata kerja, kata nama dan pelbagai kata di dalam sebutan English. Akiviti kelas nampak menarik dengan aktiviti anak-anak. Bagi aku kalau aktiviti koyak kertas pun sudah menarik. hihihih 400 untuk kelas begini cuma taska nya dalam rumah kayu tapi redup dek pokok besar. Ruang bermain di luar sangat luas untuk anak berkejaran. 

Otak aku mula mencongak, jika di KL 400 kelas nye lebih hebat boleh dapat siap kelas renang dan banyak lagi aktiviti. Ini Raub, mana sama KL ada kelas aktiviti begini dah cukup bagus. Lokasi taska berdekatan dengan bandar Raub.

Taska B

Taska B pengusahanya melayu, membahasakan diri pun akak-akak, mewujudkan mesra di peringkat awal. Lokasi di rumah taman corner lot. Ruang luar nampak sempit untuk anak berkejaran. Ruang dalam bagi ku boleh tahan sebab kosong tiada perabot mungkin mengelak bahaya. Dekorasi dalaman nampak kurang interaktif untuk anak kecil. Pengusaha bagitahu sekadar menjaga anak sahaja, aktiviti tak terlaksana sebab kurang kakitangan juga nilai gaji 900 perlu dibayar. Yuran bulanan 300. 

Keputusan dicapai memilih Taska A, setakat ini itu yang terbaik mungkin Dhia boleh belajar berbahasa Inggeris walaupun di rumah Melayu. Aku tak berminat mengajarkan anak berbahasa Inggeris di rumah, biar la English di sekolah sahaja. 

Jika mengikut hati, aku mahu yang lebih baik seperti Brainy Bunch Montessori tapi di Raub ini, itu sahaja yang terbaik. Tak mengapa, ibu sahaja mengajarkan alif ba ta, mengajarkan solat dan doa. Ibu pasti mampu mengusahakannya. 

'Hunting' kedua adalah rumah sewa, payah benar mendapatkan sekeping iklan pun menawarkan rumah untuk disewa. Walaupun mengeliling taman sekali pun tiada sebarang papan iklan membuat tawaran sewa atau jual. Allah mudahkan urusan melalui sepupu mak yang tinggal di mukim Gali. Aku panggil makcik enun, ini pertama kali bertemu berbual bicara sudah terasa mesra dan senang di hati. Rumah kedai berhampiran stesen bas lama cadangannya. Aku dan suami menyatakan setuju, 400 untuk sebuah rumah dengan 2 bilik yang dikira agak luas. Tawaran 350 tidak boleh ditimbangkan. 

Lokasi rumah, lokasi taska, lokasi tempat kerja nampak searus jalan. Keluar rumah boleh menghantar dhia kemudian ke tempat kerja. Jarak rumah di bandar Raub ke Klinik kesihatan terpilih hanya 15- 20 minit. Dari jaraknya aku girang cuma fikiran buruk menerjah lagi bila memikirkan isu rumah kedai itu. Aku faham rumah itu duduknya sama ada pangsapuri, jika tidak pun teres. Rumah kedai bagi aku macam tidak sesuai menjadi tempat tinggal. Berulang kali aku tanyakan suami, ok ke rumah tu?ok ke taska tu?aku tanya ratusan kali. Aku cuma nak jawapan sama setiap kali aku bertanya. 

Setelah lama berdiam, aku faham kini apa yang aku sangat gusarkan, DHIA.

Dhia selamat ke tinggal berdua dengan ku di rumah itu?
Dhia mampu ke berkawan dengan rakan berlainan bangsa?
Dhia mampu ke berkelakuan baik supaya semua cikgu senang menjaga dia?
Dhia gembira ke sekolah?

Ya, aku gusar, risau kerana Dhia. Aku luahkan rasa itu dengan mengirim satu pesanan ke telefon mak. Aku luahkan segala ketidaksenangan hati aku. Mak cuma cakap Inshaallah segalanya baik. Serah pada Allah, Allah la penjaga terbaik. Aku teringat doa yang diajarkam seorang kakak bagi ku. Iye, aku lupa dunia ni milik Allah, Segalanya di bawah kuasa Allah, aku telah berdosa membelakangkan kuasa Allah. Sedikit sebanyak aku mula tenang. Ini la hikmah pertama yang aku terima.

Aku berharap bertemu hikmah yang lebih lagi atas takdir yang Allah tetapkan buat aku, suami dan Dhia. Semoga kami boleh menempuh dengan tenang dan aku pacakkan segalanya kerana Allah taala. Sekian tulisan aku untuk kali ini. Mohon pembaca doakan aku serta anak aku, keselamatan kami berdua, kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Sampai kita jumpa di surat yang lain. 


Wednesday, November 28, 2012

Why stay?Apa Tunggu LAGI?

'Zam, I dapat kerja tu. I terus sign je sebab piki tak payah keje sabtu.' 

Just received text message form my colleagues. Tahniah you!hopefully lebih berjaya di tempat baru dengan udara kerja yang baru.

Sedih pun ada gak bila dengar dah dapat kerja lain sebab kami boleh kata rapat juga. Dia lah rakan tempat nak luah bila tak puas hati dengan bos yang tetiba je suka hati dia nak ammend proposal aku lepas tu taruk nama dia!rakan tempat share perkembangan our baby sebab kami ada anak yang sebaya, rakan share al kisah susu ibu, hal wanita dan macam-macam lagi la. Banyak sangat kalau nak tulis. heee

Actually ada juga la 2,3 orang yang tertanya-tanya kenapa saya masih bekerja disini even 'udaranya tercemar', kanser hati berleluasa, politik pejabat yang tak terkawal sebab peluang di luar lebih baik terbentang luas. Jawapan saya sebab saya ibu dhia.

Sejarahnya, saya pilih kerja disini atas faktor dekat dengan rumah sebab saya belum berkahwin lagi masa tu. Bila dah kahwin dan mengandung, niat berhijrah tertahan sebab ada baby kan dalam perut rasa leceh pula kalau dapat tempat baru kerja beberapa bulan dah sibuk nak bercuti 2 bulan so tangguhkan dahulu. Then melahirkan dhia, risau sebab masih kecil saya mengambil keputusan menghantar dhia ke rumah mak sementara saya 8 jam di kilang. Tangguhkan lagi hingga dhia 6 bulan sebab lepas tu nak hantar rumah pengasuh yang dekat dengan rumah sewa saya. Tapi sekarang dhia dan 7 bulan 2 minggu pun saya masih tiada usaha mencari kerja yang lain.

Maybe saya perlu lupakan tentang ketidakseronokan kehidupan bekerja saya ni, just focus on all the good things in my life sekarang. Teruskan berdoa agar Allah hapuskan segala rasa yang bertumbuh (benci, menyampah, tak suka) ini kepada keadaan yang saya dapat terima keadaan ini seadanya dan sentiasa memasang niat aku bekerja kerana Allah taala. 

Perkara Baik Terus Bekerja Disini:

a) En. Husband pernah cakap, saya bekerja disini paling kurang dengar saya merungut pasal kerja kalo nak banding keje sebelum ni. (actually saya je malas nak cerita sangat, kita kan ada banyak menda lagi nak cerita, we love to gurau senda usik mengusik, kita kan spend masa just 5 jam sehari je. such a waste nak masih bercerita alkisah kilang dan mereka yang ntah hape2 tu)

b) Setiap pagi bila hantar dhia semua orang gembira jumpa dhia. (Dhia cucu sulung actually, nenek umi ngan tok abah dah jaga since umur sehari, even bersama-sama menanti kelahiran dhia kat hospital. nenek umi teman ibu dhia ni sakit sampai nagis-nangis juga tengok ibu ni sakit.)

c) Dhia pun sangat ceria bila sampai rumah nenek umi and tok abah dia sebab ada paksu, auntie zaf, mak uda yang sesama tunggu dhia.Atok abah pun selalu nyanyi untuk dhia..atok abah panggil dhia ucuk atok! (mesti sedih pula kalau dhia tukar suasana)

d) Setiap pagi dan tengahari makan kat rumah mak sebab ada dhia. Boleh balik tengok dhia kejap walau hanya 20 minit dan sempat juga bf dhia bagi dia tido. 

e) Setiap hari dapat jenguk mak and abah masih macam dulu masa anak dara masa masih duduk ngan dorang dulu. (beruntung actually setiap pagi nak pergi keje dapat salam cium tangan suami, mak and abah. Rasanya orang lain pun tak dapat specialty ni)

Banyak rupanya kalau cuba dikorek kebaikan kerja sini. Dari segi tempat kerja memang la kot tak memberangsangkan tapi just fokus on good things selain kerja tu..So STAY! Chayyok ibu dhia!heee now I dah happy!

Friday, September 14, 2012

Ibu Susu Formula

Halooo



Dah lama sebenarnya saya nak menulis tentang isu breastfeeding. Statement kat atas tu kalau ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak diorang sure rasa macam ada mendidih jiwa kan? Bagi saya, kalau dah namanya wanita bergelar ibu, dia pasti nak jadi yang terbaik dan mahukan hanya yang terbaik buat anaknya. Kadang-kadang kita ni cenderung untuk menjadi obses hingga sampai mengeluarkan statement yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak. 

Ada ibu yang sangat obses tentang penyusuan susu ibu ini sampai sanggup mengeluarkan statement yang 'anak minum susu lembu ni perangai pun macam lembu' ohhh please!mind your words. Saya ada juga la join beberapa kumpulan ibu menyusu ni just nak gather inforomation and ilmu yang sesuai tentang breastfeeding ni namun sometimes ia mengecewakan bila ada segelintir mereka yang obses nie. Kita dapat menyusukan anak kita pun dengan keizinan Allah, Allah membuka pintu hati dan terangkan serta mudahkan jalan untuk kita meneruskan niat kita menjadi yang terbaik buat si anak maka elok la menjaga tertib seorang ibu yang mahukan segalanya terbaik. 

Bukan sahaja setakat menjaga pengambilan makanan agar beroleh hasil susu yang tinggi khasiat untuk si kecil tapi juga kena jaga sahsiah kita sebagai seorang yang bergelar ibu. Even ibu tu bagi susu formula pun kita kena gak ingat yang ibu itu juga membancuh susu tersebut dengan penuh rasa kasih serupa macam kita bila menyusukan anak dengan penuh kasih sayang. Entry ini bukan nak condemn mana-mana pihak tapi ambil la sebagai ingatan untuk diri saya dan anda. saya lebih suka statement dibawah:


Tahniah kerana kita semua ibu yang penyayang, penyabar dan sentiasa mahukan yang terbaik buat permata hati kita.peace!just my 2 cents opinion.

Thursday, September 13, 2012

Orang Rumah atau Bibik gelaran untuk isteri anda?

Haloooo...

Baru harini datangnya mood nak menulis setelah sekian lama ditinggal sepi walaupun I tahu yang takde pun orang tunggu entry from blog nie tapi..ada aku kesah?aku nak tulis jugak..heee 

Segalanya dah kembali on track nampaknya which is saya slowly adapted to kehidupan sebagai seorang ibu mithali serta isteri yang solehah (eh..nie doa ok!hee) maka saya boleh la kembali menulis disini. Tak banyak tapi takde la sikit idea menulis tu sebab dah diperap dekat bertahun kot.heheheh 

Al-kisahnya, harini topik pembukaan seperti yang anda baca di atas tu. Setiap kali saya berbual dengan rakan lelaki bila masuk part isu isteri, wife, bini, kesayanganku, dorang akan ringkaskan menjadi orang rumah ku. Hurm..agak tak best dan tak senang telinga mendengar gelaran orang rumah ditujukan kepada kami para isteri. So far, bagi saya bergelar isteri bila sembang dengan kengkawan perempuan takde pula mereka gelarkan suami dorang ni orang rumah walhal ada yang memang tak bekerja. Apa salahnye kalau disebut isteri saya, wife saya kalau tak pun sayang saya(nie macam gedix) bila menyebut perihal isteri anda. Ada je isteri yang keluar bekerja, boleh ke dikatakan part time housewife?macam sama je dengan fulltime sebab bila balik kerja nak kena gak memasak, nak kena gak mengemas even ala kadar (tapi ahad atau sabtu buat kerja rumah dengan pulunnya) dan nak kena gak mencuci kain bagai (even ahad atau sabtu gak memulun melipat kain). Title orang rumah tu bagi saya macam ok sket dari panggil bibik so panggil jela isteri saya dan panggilan yang sesuai.

Ini belum lagi kalau ada yang si suami tak bekerja sabtu but isterinya terpaksa kerja sabtu half day, bila diberi sedikit task rumah macam menyapu sket, basuh pinggan sket, mengemop ke dah terasa macam diri tu bibik, baru kerja sikit gitu dah rasa jadi bibik. Macam ini pun ada, surprised me!itupun jenuh bagi task dah keluar ayat gitu, tak ke makan dalam sang isteri. No wonder la ramai jugak sahabat2 yang bekerja ni kekadang merungut perihal suami mereka yang tak ringan tulang ni. A good friend of mine pernah cakap, kadang2 dia rasa kehidupan dia seperti robot sebab segala menda dia kena buat dari celik mata hingga la menutup mata but then when she request nak jadi fulltime housewife, sang suami merungut pula tentang kewangan keluarga yang tak cukup but then sang suami juga yang takde daya usaha meringankan beban si isteri. For myself, ini kategori takde perikemanusiaan sebab mempergunakan isteri sepenuhnya dan tidak berbayar pula tu perkhidmatannya. Bibik pun orang bayar gaji ok, 10% minta pun para isteri tak dapat. But then still kerja kerana Allah dan kami buat kerja tu semua supaya semua orang rasa senang. 

So tak salah buat kerja sikit, meringankan si isteri. Since tak mampu nak mengadakan bibik untuk sang isteri maka sesama la buat kerja rumah sebab nye bila isteri keluar bekerja suami turut rasa tempias senang tu. Jangan la nak berkira sangat. Hee just my one cent opinion..

Regards,
Isteri prihatin. (chewah)