Semalam pepagi dah terima berita sedih tentang seorang rakan kerja yang mengalami keguguran kali ketiga. TERKEJUT!sebab saya tak tahu pun dia mengandung. Sedih la bila dengar berita semacam tue sebab dia dah sangat lama menantikan kehadiran cahaya mata. Saya berharap agar dia redha dengan dugaan ini dan bertabah hati hendaknya.
Anak ibu,
kuat semangat ye!sayang membesar dengan baik ye.Ibu doa Allah mudahkan perjalanan kita berdua dan kita dapat menghadapi hari-hari dengan baik. Hari-hari ibu doa pada Allah supaya perjalanan ibu dan anak ibu nie sentiasa dalam keredhaannya.
Google terus cari pasal info keguguran nie and kengkawan boleh refer satu artikel dari Prof.Datuk Dr. Hamid Arshat Punca Keguguran Banyak persoalan yang bakal terjawab terutama bakal ibu untuk menimba ilmu. Ape pun sebenarnya keguguran adalah perkara yang tak dapat dielakkan. Pentingnya, menjaga kesihatan fizikal serta mental sebelum dan semasa mengandung.
Masalah utama saya sepanjang trimester pertama nie apabila sering kekembungan. Kawan-kawan ramai yang pelik kenapa saya kembung sebab kata mereka hanya bayi sahaja yang diketahui kembung. Saya ingatkan abnormal tapi bila saya google info, OH!kembung nie sebenarnya biasa berlaku dan ia hadir semasa trimester pertama dan ketiga. Masalah kembung disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat yang menyebabkan peristalsis usus menjadi lambat. Itu yang sebabkan angin terkumpul dalam perut. Sedawa banyak kali pun tetap kembung jugak.
google images |
Hehehe kak yus mmg klu everytime pregnant mesti asalah paling utama ialah kekembungan. Adehhhh... lemau betoi bila perut kembung smua serba tak kena. Harap bersabar ye!!!
ReplyDeleteheee kak yus..seksa yek kekembungan nie..tak tau nk cakap cemana dah..huhuhu
ReplyDelete