3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 25, 2010

Sepatutnya Happy =(

Halooo...

Owh..Monday again!! why do I hate Monday?Seeing the bosses everywhere, hear their voices giving instruction to do this and that. Keep asking this and that.Boss can't you see that I am sick?Monday sickness la boss!adeh la..terrible la boss aku yang satu nie..sangat pantang kalau dia nampak muka aku nih!huh..ada aje yang dia nak tanya.

Hurm..so busy with wedding preparation even though I still have 6 month to do those things but mak is always pushing me to do this and that. Semalam aku pergi pula jakel dengan harapan untuk mendapatkan border lace for my reception cloth yang sudah ada di tangan tailor. Thought harga border lace within my budget which is around 50-60.oo per meter but surprisingly 200 and above.Wow!admit that I'm not good in cloth materials and the price. Agak terkejut jugak, no wonder baju pengantin dekat butik yang pakai border lace so expensive ek?Hurmm so at last decide with mak to do another design je la.

After Jakel, went to kedai bunga pula looking for bunga telur, we plan to do those bunga telur ourselves.  We look for the design yang mana terkini and cantik so dah dapat satu design and mak kata we should start now doing those bunga telur sikit-sikit. So today, I'll buy the things for bunga telur and do the homework with mak. am looking forward to spend my time with her doing those pretty bunga telur.hahahah 

In the evening, I had my trial make up as promised. Saje jek sebab muka aku nie tak pernah mekap and always rasa bila mekap muka turn to pondan's look.hahahaha that's why decide to have trial mekap dulu. She play with those colors on my face, doing the eyes, lips and everything..tadaa..once finish, hurm..I'm not really satisfied but still ok. I'm looking for natural make up. Ibarat kata tanak nampak tepek bedak tebal sangat. Nak yang sangat soft yet nampak sangat lembut jek..heheheh so lepas nie kena pegi kedai pengantin india to do threading (itu kot cara tulis nya) untuk membersihkan muka from bulu roma and kemaskan kening. Actually, we do exchange our thought between mak, dek jai and Arra. I send mms to the partner and he said the look not so suit with me. Need to erase those smokey eyes and change to another style. Supprisingly, my lovely sister willing to attend make up class because she want to do those make up for me. Baik and sangat sweet la my sister nie maybe she feels that she can do better?hehehe

Anyway, early in the morning, arra send me a sms and ask to do it again since dia pun rasa tak puas hati dengan hasil tangan dia semalam and this time for free..hee HAPPY!

Talking about last nite before I fall asleep, suddenly i feel like crying and I do cry till 2am because I can't imagine how do it looks when the day is come. DO the foods are delicious? how about the canopy? the theme color?The cloth?the bunga telur, the door gift and everything about the day. Sebab boleh kata semua buat sendiri, bukan macam orang lain yang hire mak andam untuk their cloth, pelamin and mekap (sume yang berkaitan dengan butik pengantin), get caterer for foods and menda yang berkaitan dengan catering. Deep inside my heart, aku pun tak tahu apa aku buat sekarang. Just follow the flow jek. 

Ape-ape pun sangat berterima kasih kepada mak yang sudi diusung ke hulu dan ke hilir looking for those things. Mak sudi berkongsi idea. I love my family more each day..I love my mother more each day..since sekarang doing all the preparation without my partner because he is so unwilling to share those kepayahan but I'm still ok with mother (the best friend forever). Hurm..harap semua berjalan dengan baik sehingga the day. Sekarang plan to save money utnuk bagi present untuk mak yang berpayah sebelum 18092010 (the e-day) hingga the day. I should happy because I still have mak as my best friend and no one can replace her.

Status kat FB:

semalam tensen..balik umah cite kat mak..hati pun sejuk macam dok dalam chiller...harini pegi keje..mak tepon lagi tanya ok ke tak..hati rasa sejuk beku macam dok dalam cold room dah...Lepas nie sape boleh buat hati sejuk cam dok dalam chiller atau sejuk beku cam dok dalam cold room?Love my mother more each day...

Friday, October 15, 2010

Dear Hati Alkisah 2

Salam..haloo

Ntah kenapa ek..harini macam sebal dan banyak pula perkara yang menyesakkan jiwa. Pertamanya akibat tidak cukup tidur. Setiap kali bangun pagi ada rasa badan tak rehat dan rasa letih. Alhamdulillah setiap kali pegi keje Miz Pucca tak perlu mengharung jem kalau tidak mesti rasa lebih penat yek. Bila permulaan hari dah tak best, hampir setengah hari dalam keadaan moody (di jiwa sahaja tapi telepas gak pada yang berkenaan sahaja).
Keduanya adalah S.T.R.E.S.S dan datang dari pelbagai cabang. Stress dengan kerja sebab semakin hari semakin berlambak dan kini Miz Pucca lebih suka berada di opis lebih dari 12 jam (tak mengapa mentara belum ada tanggungjawab besar dan sebenarnya lebih baik dari merayau sampai ke Damansara). Stress dengan kewangan apabila memikirkan keadaan masa kini yang jika nak kenduri kahwin duit keluar macam air. Apa sahaja berkaitan kawin too pricey! STRESS dengan keadaan semasa ini. Miz Pucca ada satu STRESS hebat yang tak dapat nak ditulis disini tapi yang pasti amat berkaitan ngan hati sendiri.

Jalan keluar daripada kedua masalah itu adalah Miz Pucca ingin menjalani kehidupan yang lebih normal dengan cara menukar number handphone supaya Miz Pucca boleh berada dalam mode silent yang selesa. Jadi kepada sesiapa yang berkenan nak berhubung dengan Miz Pucca boleh la melalui laman sosial FB atau emel sahaja. Number baru itu hanya untuk tujuan kerja serta mereka yang terdekat sahaja.Supaya bebanan di fikiran berkurangan serta dapat tidur dengan lena serta cergas hendaknya. Tindakan ini untuk 15 Oktober 2010.

Miz Pucca nie dah banyak mengalami kelupaan dan baru kini perasan yang diri yang dulu adalah lebih baik (konteks kejiwaan). Makanya bagi mengurangkan stress adalah lebih dekat dan praktikal mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Memperbanyakkan santapan rohani dan dengan demikian la Miz Pucca sangat perlu berada di posisi silent mode bagi mencari erti diri sendiri. Pengharapan Miz Pucca adalah tinggi supaya kembali kepada jiwa yang naif dan lebih sayang DIA dari segala yang lain. 
Memang Miz Pucca mood tak best harini jadi tulisan pada harini juga ke arah yang tak best. Hanya disini untuk mencoret rasa hati..

Tuesday, October 12, 2010

Dear Hati...

Ikut hati MATI, Ikut rasa BINASA
Malam nie Miz Pucca rasa payah nak lelapkan mata walaupun sebenarnya mata yang dua biji nie dah rasa pedih sebab mengantuk tapi otak nie tak berhenti berfikir. Miz Pucca baru je lepas tengok video kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS yang rakan-rakan FB letak di wall mereka. Sangat dasyat ye tuan-tuan dengan mayat bergelimpangan sana sini mungkin tercampak kot. Paling Miz Pucca tak boleh imagine adalah kereta Myvi merah yang dihempap oleh Bus Ekspress Delima tue. Orang kat dalam kereta tue agaknya sure lenyek kot. Adus!ngeri pastu dalam video tue ada tunjuk mayat yang hilang kepala, muka pecah dan ada mayat yang terhempap dek bas itu. Owh!ngerinye...

Hati ini ada rasa keinsafan bila tengok keadaan camtu. Rasa insaf bila di jalan raya sebab kita tak tahu bila kita ni mati dan atas sebab ape kematian kita itu. Serius Miz Pucca terasa yang maut itu menjengah bila-bila masa sahaja. Miz Pucca teringat pula pesanan mak yang Miz Pucca selalu lupa nak amalkan which is bila nak gerak je (driving atau menunggang motor even berbasikal) mak pesan untuk mengucap dahulu. Miz Pucca terfikir jugak yek kalau Miz Pucca adalah driver Myvi Merah itu, dalam keadaan panik serta berlaku dengan pantas adakah Miz Pucca sempat untuk mengucapkan kalimah syahadah?sebelum nyawa bercerai dari badan jika berada di situasi itu?Nauzubillah!Miz Pucca sangat berdoa supaya tidak menemui ajal sebegitu rupa. Mak pesan juga sebelum tido amalkan mengucap syahadah itu yang sememangnya Miz Pucca selalu miss. 

Miz Pucca bayangkan jika Miz Pucca adalah penumpang bas dan sedang nyenyak tidur (standard perangai Miz Pucca bila naik kenderaan awam, mata nie suka nak lelap tau). Langsung tak sempat nak bangun pun dari tidur terus menemui ajal atau mungkin sempat sesaat terjaga bila dengar jeritan penumpang lain yang panik dan sedar akan kecemasan itu, again..Adakah sempat aku mengucap?nauzubillah..jauhkan la dari kematian sebegitu.

Actually banyak lagi yang Miz Pucca dok fikir berkaitan dengan peristiwa kemalanga ngeri 10.10.10 itu namun dah tak terdaya nak menulis nya disini dan jauh disudut hati supaya Miz Pucca mengamalkan pesanan mak Miz Pucca. Apa-apa pun, mengingati mati sememangnya buat kita rasa seperti tiada esok dan maut sedang mengekori kita. Terasa juga seperti malaikat maut jumpa kita hari-hari, setiap detik dan ketika. Miz Pucca berazam memantapkan iman serta mendekatkan diri pada ALLAH. The End

Sunday, October 10, 2010

A Day with Mother and My Dear Best Friend..

Haloo...

Ramai sungguh yang bergelar raja sehari harini (10.10.10) yek. Sepanjang perjalanan Miz Pucca ke rumah pengantin di gombak menghadiri jemputan kahwin rakan sekelas banyak betol sign ke rumah pengantin. Kakak kepada rakan sekolah Miz Pucca juga berkahwin harini, Dr. Halina dan Angkasawan pertama Malaysia. Glamour betul yek..Barakallah buat mereka yang mendirikan masjid pada hari ini. 

Miz Pucca tak berkesempatan nak tengok Dr. Halina dan hanya sempat pergi kenduri rakan sekelas sahaja. Hurm..grand ye tuan-tuan kenduri rakan saya nie. Karpet merah dari pintu masuk khemah sampai la ke depan rumah. Makanan memang tip top meletop!siap ada ayam golek. Semua lauk pun sedap and Miz Pucca enjoy makan kenduri harini. Tema rakan Miz Pucca nie pink turqoise dan sangat menarik dihiasi fresh flowers. Atas meja makan ada fresh flower dalam bekas gelas diisi air dan ada seekor ikan lagi menghiasi bekas itu. Menarik dan eksklusif hiasan meja tetamu. 
1 kanopi khas untuk melindungi raja sehari ini bersantap serta 1 kanopi khas untuk singgahsana mereka serta dihiasi dengan fresh flowers. Majlis dihiasi indah dengan foto mereka berdua dan seperti menceritakan kisah percintaan mereka.SO SWEET!As Amad who is Dina's husband mempunyai wajah seiras Lah VE tue. Kamar beradu mempelai nie simple je tapi bila masuk disambut dengan haruman bunga dan pada masa kami sampai tue Dina sedang mekap pula. Hiasan kamar beradu raja sehari nie lebih kepada warna putih (my favorite color) dan sangat suka akan suasana kamar nye tue. Miz Pucca dah lama plan to have white for kamar pengantin soon and simple decoration.

Selamat Pengantin Baru Dina dan semoga berkekalan bukan sahaja di dunia malah hingga akhirat. Miz Pucca doakan mereka bahagia selalu. 
Selepas makan kenduri Miz Pucca ambil mak dirumah dan terus ke Jakel. Mak and I plan untuk buat sendiri je baju reception sebab bila pergi butik rasa sangat tidak puas hati. Baju lebih kurang sama nak pula bila tengok macam lusuh jek dan butik pengantin nie charge melampau. Satu lagi mereka sangat suka menggunakan ayat 'Ala..kahwin kan sekali. Takpelah..' Mereka ingat orang nak kahwin nie cop duit ke?amek daun pastu cop muka sendiri ek? bila minta baju baru lain pula charge nye so decide to have our own design and tempah sendiri. 

Masa pilih kain, Miz Pucca takdelah cakap ini untuk kain pengantin just bagitahu salesgirl tue kain untuk buat baju dinner. Entah macam mana agaknya budak tue terdengar perbincangan Miz Pucca, Lyane and Mak tentang majlis kahwin dan mencari kain lain untuk ahli keluarga juga. Budak tue terus cakap dia ada special pakej untuk kami. Dia bawa la kami ke tingkat 3 kot, kawasan kain lace,chiffon pengantin nie. 6 set 280!murah tak?Kami tanya banyak kali pun budak tue masih jawab 6 set 280. Miz Pucca agak terkejut gak la sebab Miz Pucca beli kain pun 4 lebih yek cane pula 6 set nie boleh dapat 280. Namun begitu, budak itu masih sebut 6 set for 280. 

Dekat sejam kami pilih kain dan sampai kain ke 5 dan ke 6, Mak teringin kain yang price lain pula demi mencukupkan 6 set dengan harga 280 tue. Bermula disini baru la kekeliruan terungkai bila kami tanya dia balik (kali ke berapa tak tahu sebab everytime dia potong kain kami akan tanya betul ke 6 set 280?dan dia akan jawab ye) kain yang lain design tue dia kata kena tambah 150, so seorang 430 hengget. Ha?masa nie terkejut gile bila kami tahu yang sebenarnya 1 set 280 bukan 6 set 280. Kami terus kata taknak la kan sebab takkan la nak spend lebih 1k untuk pakaian ahli keluarga pula. Nanti nak tempah baju dah satu hal pula.Budak tue gelabah la bila kami kata tak nak dan dia panggil bos dia. Awalnya bos budak tue kira nak salahkan kitorang sebab salah faham tapi kami rasa kami tak salah faham sebab kami tanya dia banyak kali dan dia tidak memberi keterangan yang sebetulnya. Budak tue memang diam jek and cam dah nak nangis dah. Kami bertegas tanak kain-kain tersebut dan terus pergi bayar kain yang saya beli awalnya. Mood nak membeli belah pun dah lari, kalau tak kami nak beli renda perancis pula untuk kain reception Miz Pucca tapi dah terhalang dek kerana budak tue yang telah putar alam. 
Miz Pucca terfikir pula, budak tue selalu buat macam tu ke? dia cakap salah awalnya dan pelanggan biarkan dia potong kain banyak-banyak tapi bila time kira dia baru bagitahu harga sebenar dan buat pelanggan tu mesti bayar sebab kain dah terpotong. Sangat tak baik kalau budak tue ada niat sedemikian untuk dapatkan komisen lebih. Dah tue, dia boleh cakap pula yang boleh letak deposit nanti bayar semua dapat kain. Masalah sekarang bukan kain tetapi mana kami nak cekau duit sampai seribu lebih untuk kain sahaja. 

Moral of the story, Peniaga sila guna tatabahasa yang betul yek. 6 set 280 membawa maksud yang lain dengan beli 6 set, setiap 1 set harga 280. Mind your words ok!Niat nak untung lebih tapi sendiri yang rugi akhirnya. Salesgirl di luar sana, jangan le buat perangai camtu yek..
Miz Pucca kesian dekat mak sebab dia kata nak kering darah dia bila budak tue bagitahu harga sebenar camtu. Ish..ish..tak baik tau salesgirl tue. Sangat mengarut sebab sepatutnya kami boleh beli menda lain terpaksa layan budak tue potong kain pula.

Friday, October 1, 2010

New Life As QC Executive cum Microbiologist..HECTIC!

Haloo...
 Miz Pucca harini lelah macam berlari 50 m (maklumlah badan I chomel sangat, 50 m lari pun dah kira cam 100m)hahahaha. Dari pagi tak dok diam dapat dok diam sekejap aje itupun sebab kena join food testing ada salmon grill and salmon masak atas hot plate. Hurm boleh tahan juga la rasa salmon ek?tapi  aftertaste cam hanyir tapi not bad la. Owh esok tempat keje Miz Pucca nie ada jamuan raya plus majlis cukur jambul cucu owner. Kemain grand lagi yek tuan-tuan. Khemah arabian je pasang tengah jalan nie sampai 8 pastu ada khemah utama boh pelamin untuk cucunya. Bukan main grand lagi. Semalam Miz Pucca dapat tugasan untuk esok kena memastikan kebersihan tapak jamuan dari pukul 10am sampai 12 pm. Memo ada keluar arahan untuk semua ketua jabatan stay sampai 4 petang tapi esok Miz Pucca nak melanggar arahan hampeh tue. Sabtu keje setengah hari, ahad kita off la.Takde kerja nak stay sampai ke pukul 4. Lagipun ada banyak lagi jemputan yang memerlukan Miz Pucca punya perut ni.hehehehe
Nie bukan nak cerita pasal jamuan raya nie tapi nak cerita pasal Miz Pucca yang terpaksa rela jadi microbiologist nie gara-gara lab asisstant meletak jawatan kerana masalah disiplin yang Miz Pucca takleh blah. Lebih baik Miz Pucca buat sendiri dari ada assistant macam budak tue. Tak faham juga dengan anak muda masa kini, Miz Pucca dulu pun keje dari bawah jugak bukan terus jadi cam sekarang nie. Tak faham betul dengan depa nie kalo dari keluarga kaya takpe la. Ni dari keluarga biasa berlagak macam anak orang kaya.

Eh, merepek lagi..hahahahah aktivit kat lab nie leceh teramat sangat. Equipment tak cukup, schott bottle takde nak buat media banyak-banyak buat buffer pastu tong air suling takat 10 liter. satu hari guna dekat 10 liter dah, tetiap hari nak kena wat air suling plak. Leceh betul nak buat kerja. Freezer nak simpan retain sample pun takde, bila Miz Pucca request freezer management suruh buat proposal. Ei, I takde masa nak buat proposal tue takat nak mintak freezer kecik aje bukan nak mintak walk in punya freezer. Freezer kecik tue ada dalam 5ratus kot. 
Skang keje atas meja Miz Pucca pula dah bertimbun!dokumen untuk verification je dah setinggi menara KLCC dah nie plus report mingguan. boleh tak sesapa bagi pinjam tangan jap?heheheh anyway I have a very nice day as a microbiologist and QC Executive, I learn  a lot and they are useful for better future. Hik!Pasni kalo lompat lagi boleh la demand tinggi lagi..heheheheh