3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 19, 2010

YaNG MaNA SAtU????

Haloooo...

Owh kira-kira atas kertas selepas di congak tambah tolak, ada 31 hari lagi hari itu tiba. Hurm ape saya nak bagi sebagai surprise? adakah

Nikon Model

1. Kurang tahu mengenai spesifikasi kamera jenis nie. So kena banyak study dulu. hee 1st choice as special gift

2. Digital camera biasa asal boleh amek gambar. 
3. Handphone idaman kalbu?
 4. Makan malam yang sedap plus romantik di bawah cahaya lilin?hehehehe


Hurm mana satu yek?kena wat decision cepat nie sebab sebulan je lagi. Duit takleh pakai banyak2 sangat masa pegi langkawi hujung bulan nie..kena spend untuk salah satu di atas. HIK!

Hari Tandas Sedunia!

Halooo Friday.....

On the way datang kerja macam biasa layan Hot Fm bertopik Hari Tandas Sedunia. Owh sangat tak sangka ada juga ye hari tandas sedunia..19 November merupakan hari tandas sedunia. Bila dengar respon pendengar dekat Hot Fm tadi memang sebenarnya rakyat Malaysia nie masih ada yang kurang kesedaran sivik. Ambil contoh kak yati pendengar dari kedah yang bekerja di sebuah stesyen minyak. Kebanyakan stesyen minyak di Malaysia nie, pengusaha tak hire cleaner untuk kerja mencuci tandas so pekerja la yang dipertanggungjawabkan untuk mencuci tandas.

Apa yang dikesalkan oleh kak Yati nie pula, tak payah tunggu ramai pengguna cukup la orang pertama dah mampu buat tandas tu kotor dengan tanah merah la, muntah dalam sinki la, lampin anak pun buang dalam sinki. Belum lagi mereka yang tak reti nak flush tandas and mereka yang merosakkan pam tandas tue. Kenapa ek?masih kurang sivik. 

Bukan setakat tandas awam di stesen minyak dan mall sahaja menghadapi masalah pengguna kurang sivik nie, masalah tandas di masjid pun sama juga. Kita sebagai pengguna masih perlu di didik menjadi manusia dan masyarakat yang punya nilai sivik dan paling penting tahu membaca arahan atau sign yang dipamer dalam tandas. Macam sign dibawah nie:
Hee bagus gak ada hari tandas sedunia nie tapi rasanya perlu diperluaskan kepada masyarakat umum nie supaya lebih sedar. So takdelah yang buang lampin tahi anak dalam sinki, bila buang air tue sila la parking lelok supaya tak tercemar mata orang lain. Kadang2 boleh jadi seminggu takleh makan kalo teringat.Uwekkk!heheheh 


Oleh itu, sila la sedar ye rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Kebersihan tue aspek paling penting. Mak kami pesan kan kalo pi umah orang nak tau tuan rumah tue bersih ke tak pi tengok jamban dia. hahahahaha




Sangat takde kerja masuk umah orang nak pi jengah jamban pula. hik!