Halooo...
7 bulan yang lalu : Aku terima nikahnya si dia binti ayahnya dengan mas kahwin sekian barang/wang. Tunai...
Kawan: Dah 7 bulan kahwin dah..masih upload gambar kahwin lagi ke?
Empunya gambar: Sebab rasa masih baru kahwin...heee (senyum simpulan bahasa)
Saya antara yang baru menikah, batch 2011. heee Saya antara mereka yang menikah lambat juga sebab ramai yang kata umur sesuai menikah nie 25 tue just nice. Saya menikah di usia 27 tahun (matang sikit, kiranya kalau kelapa tue kira sedang baik la santannya). Sepanjang tempoh umur 18 tahun (minima usia kenal cinta) hingga 23 tahun, saya antara mereka yang kurang terfokus kepada isu cinta since saya masih belajar dan memegang prinsip 'Lebih baik fail sebab aku main daripada fail sebab bercintan cintun' Yes, saya menamatkan pengajian dengan baik serta enjoy dengan kehidupan sebagai seorang student.
Berbekalkan segulung ijazah dalam Food Science and Nutrition (Lulusan universiti tempatan), saya kembara mencari kerja (kembara melalui surat khabar je..hee). Target saya adalah kilang sebab saya aim 10 tahun akan datang saya sudah berada di posisi QA dengan jawatan membanggakan.eceh!Mak adalah insan pertama yang sangat tegas dan membantah keras usaha saya untuk bekerja di kilang kerana takutnya saya sangkut dengan mamat kilang. Memang rezekinya dah tertulis saya diberi peluang kerja yang pertama (dalam bidang) di Bioherbs Laboratories Sdn Bhd area Sunway Damansara as a production chemist. Nama jawatan je tapi sebenarnya tugasan harian adalah QC.
Bermula episod saya sebagai pekerja dan episod mengenal kasih sayang. Eceh!memang apa yang mak saya takut sangat tue benar-benar terjadi. Saya tersangkut hati dengan mamat kilang cuma dia bukan operator la. QC kerja rapat mestilah dengan production team kan? kalo tempat lain QC dengan production musuh ketat tapi disini QC baik pula dengan production. Saya suka mengekor aka membuntuti production supervisor nie sebab masa awal kemasukan saya, company tengah kurang job so saya ikut dia buang product reject. Mula-mula saya kenal production supervisor nie saya rasa dia bijak sebab dia suka bercerita tentang mesin dan dia bagi saya faham dengan cara mudah. Lepas cerita mesin, cerita dah jadi lain...hahaha melalui cerita nya saya tahu dia seorang yang suka duduk rumah, suka indoor activities, minat permainan PS2, minat robot, kawan baik dia duduk rawang keje perodua nama Iswan, anak peneroka, agak-agak gaji dia pergi rawang jumpa Iswan.
Lepas cerita-cerita kat kilang, cerita-cerita kat sms pula tapi tak mesra alam sangat. Lama-lama mesra alam flora jadinya. Sedar tak ingat dah couple (dikecilkan sebab malu..blushing..blushing). Nak kahwin, kena usha line clear ke tak kan?nak jadi cerita line tak clear sebab mak saya tak suka. Tak suka sebab dia belajar tak tinggi tapi bagi saya dia belajar tak tinggi sebab hidupnya banyak kekangan tambah pula dengan ketiadaan bapa serta masih ramai adik yang ingin bersekolah. (saya respect gile kat production supervisor nie) Saya suka dia, dia suka saya pengorbanan pertama kami if betol la awak nak saya, awak sambung belajar. Saya suka awak maka saya sanggup sambung study. Bulan 6 tahun pertama kami suka sama suka tue dia sambung diploma dalam kejuruteraan mekanikal. Tuntutan sabar pada kala ini memang diperlukan. Saya sabar tunggu dia habiskan study dan dia sabar menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja dan pelajar (I am proud of You!).
Setiap semester dia cemerlang dan saya sentiasa update mak saya tentang pencapaian dia. Tujuan hanya satu!Mak, terima la dia.heee Semakin lama mak saya semakin percaya kan kemampuan dia. Kesabaran itu memang besar kemanisannya apabila saya akhirnya dibenarkan untuk membawa pulang dia ke rumah untuk diperkenalkan kepada mak dan abah buat pertama kalinya. Mak bertanyakan pelbagai perkara malah terus membincangkan tentang pertunangan. Urusan kami dimudahkan hingga akhirnya dinikahkan selepas 3 tahun berkawan dan melalui pelbagai cabaran. (saya tak cerita sepenuhnya cabaran lain)
Bila dah kahwin, lupakan 3 tahun dulu perkenalan. Reset semula macam saya baru kenal dia sebab alam rumahtangga jauh bezanya dengan sebelum ini. Hakikatnya benar sebab bila tinggal sebumbung, tidur sebantal, makan sepinggan banyak baik dan buruk pasangan yang kita nampak. Masa ini baru kita tahu, contoh: kesukaannya kalau makan nasi mesti nak budu (masa dating tak pernah tau pun kaki budu sebab asik ajak makan McD). Kalau tidur, tak sah kalau tak mengigau (sampai tak lena dibuatnya), Kalau memasak mesti guna application clean as you go (macam theme hygiene olympic jusco), sambil godak sayur kena sambil-sambil kemas dapur. Ini antara contohnya!So peringkat ini macam mana?belajarlah mengenali dan memahami (saya faham begini untuk saya yang baru setahun jagung).
Saya tak pernah di bawa kenal oleh bakal suami kepada bakal ibu mertua hatta hari raya saya tidak pernah berjalan ke rumah bakal ibu mertua. Ini tegahan ibu bapa saya. Apa yang saya buat untuk mengambil hati bakal mertua yang saya belum temui, saya titipkan kuih raya yang saya buat sendiri untuk bakal ibu mertua melalui bakal suami saya. Kejutan budaya memang terjadi pada saya selepas menikah bila memasuki keluarga suami. Alhamdulillah ibu mertua saya seorang yang optimis dan sentiasa menyelesakan. Tapi saya mahu ibu mertua lebih selesa dengan saya. Seperti saya maklum, suami saya sudah tiada bapa jadi sejak sebelum kahwin saya menanam rasa untuk tidak menjadi penghalang kepada suami untuk berbakti kepada ibunya. Yelah, ibunya duduk di kampung, tidak ada kenderaan pula, masih ada adik kecil yang bersekolah rendah saya suka suami berbakti kepada ibunya. Awal-awal dulu suami pesan pada saya untuk sentiasa merasa redha bila dia berbakti kepada ibunya sebab nanti bila kami punya anak, anak itu buat perkara yang sama macam suami saya lakukan pada ibunya.
Antara pesanan awal suami buat saya juga, tanamkan sifat bersederhana dalam hubungan. Bersederhana dalam semua segi supaya bila sampai peringkat bertengkar tidak la sampai mengguris hati masing-masing dengan kata-kata kesat dan sebagainya(ada terdengar jenis yang bila bergaduh suka minta diceraikan). Ada benarnya juga bila bersederhana sampai marah pun jadi sederhana. Then timbul rasa seronok dan manis berumahtangga walaupun terpaksa spend time masa hanya 6 jam sehari sahaja.
Kisah ini actually untuk panduan (sikit je la) untuk rakan-rakan yang belum berumahtangga dan buat rakan-rakan yang baru berumahtangga macam saya. Saya doakan agar rakan yang belum berumahtangga tue dimudahkan jodoh dan buat rakan-rakan yang sudah berumahtangga pula sentiasa seronok menjalani kehidupan suami isteri.