3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

SeMAngAT KEmBALi

Halooo..

Baru je lepas blogwalking akibat kemengantukan teramat sangat di kala petang menjengah. Kat luar tue cam dengar bunyi guruh je..nak hujan la tue gaknya. Teringat kat Mr. Garu yang kena naik motor balik rumah kejap lagi. Eh, kembali kepada cerita asal (asik nak ingat Mr. Garu aje kan?heheh). After menyinggah ke sebuah blog dia terima nikahnya saya rasa bersemangat dengan tetiba pula.


Tengok owner blog (tak jupe cari namanya) sangat detail merangka majlis nya. Saya rasa semangat la pulak!Masa nie jugak la teringat dekat bunga telur yang belum jalan lagi. Tambah pula kad kawen yang saya plan nak buat DIY pun tak berbuat lagi jugak. ADEH!kemana menghilang semangat berkobar dahulu?hehehehe

Since sabtu nie saya bercuti makanya merancang nak pergi Nilai 3 ngan Mr. Garu saya tue. Buat permulaan langkah pertama ke arah DIY segalanya, saya nak senaraikan ape yang saya perlu beli di sana nanti.

Barang hiasan untuk dulang hantaran
a) 5 Bekas untuk barang hantaran - Dah survey 3 minggu lepas
b) Hiasan dulang (Bunga kecil kuning/ cream, Bunga ros orange cream, Bunga lili Orange)
c) 4 polisterin saiz sederhana serta kain alas putih jernih

Keperluan Bunga telur
a) Manik orange, putih atau krim
b) Dawai halus - boleh dapat di kedai 2 ringgit
c) sarung telur - 50 helai
d) tape putih
e) Inti bunga

Permulaan perbelanjaan DIY nie beli ape yang perlu sahaja dahulu. So lepas nie saya kena ada buku nota untuk catat semua perbelanjaan yang dah saya buat, sticky note, serta pen.

Saya mesti bermula semula. Hee malam nie kena belek semula kad kawen saya tue. hehehehe

BILa MaKAn Je NGanTUKS!

Halooo...

Sedap betol lauk lunch harini yek?Ikan keli sambal ye kawan-kawan ditambah pula ulam-ulam kampung memang selera. Penuh perut nie tapi yang tak tahan nya bile masuk opis lepas je lunch. Rasa layu betol sebab mengantuk. Apesal ha? Korang ada rasa yang sama ke? Nie baru survey2 cari tips nak elak mengantuks..
Mesti sarapan!walaupun anda tidak lapar
Supaya anda berasa lebih segar dari segi mental dan fizikal

Makan setiap 3 atau 4 jam dengan kuantiti kecil
Makan sedikit tapi kerap adalah lebih baik dari makan banyak pada satu-satu masa. So korang pasni boleh la tapau mee goreng ke nasi lemak ke masuk opis pastu makan setiap 3 atau 4 jam..heheheh boleh ke?bos tak marah? maybe snacking boleh la. makan buah potong ke kan? diet sehat gak tue.

Lebihkan pengambilan serat
Makan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buah setiap hari. Mampu ke?huhuhu

Minum banyak air
kalau ngantuk lepas makan tengahari maknanya kurang oksigen sampai ke otak, oleh itu minum la sebanyak mungkin air sebab air nie pengankutan utama dalam badan. so boleh la molekul air nie carry oksigen. Kalau macam tak cukup jugak bawak la tabung gas supaya korang boleh sedut..heheheh itu tak betol yek..kih..kih

Kurangkan pengambilan minuman berkafein terutama waktu petang dan malam
Ini sebab kafein ada kesan diuretik yang menyebabkan korang asik nak terkucil sahaja so pengambilan sederhana adalah digalakkan. Lagipun kalau korang minum secawan sebelum tidur misalnya, ia akan membuatkan jantung korang berdegup kencang yang juga menjadi sebab kenapa tak boleh tido. sudahnya esok pegi keje tak cukup tido..

Amalkan teknik pernafasan yang betul
Ini bukan kata korang bernafas tak betul cuma amek sedikit masa untuk membuat aktiviti pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam (hingga rasa udara masuk dalam perut), tahan seketika kemudian lepaskan perlahan-lahan dari mulut anda ye bukan dari saluran kentut..kih..kih ulang sebanyak 10 kali


So tips ini mungkin membantu mereka yang mengalami keadaan mengantuk lepas makan seperti aku nie. Pernah dulu kan masa sekolah cikgu wat senaman gerakan mata tapi aku rasa lagi mengantuk wat senaman cenggitu..heee