3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

MaJLis PotONG KEk..

Hai Tues,

Hee sibuk!itu pasal dah lama tak update blog saya nie. Tersangat sunyi yek?heheheh take, harini saya nak bercerita pasal tarikh 1 May dan kenapa saya memilih tarikh itu.

Dalam keluarga saya ada 2 perkara yang berkaitan dengan 1 may bukan setakat menyambut hari buruh / hari pekerja tapi adalah tarikh pernikahan parents saya. 1 may 1983 adalah tarikh mak dan abah di ijab kabulkan. Pada tarikh 1 may 2011 maka genaplah 28 tahun mereka menjadi suami isteri. So saya mengabadikan tarikh tersebut sebagai tarikh pernikahan saya dengan lelaki pilihan hati, chewah! sebagai teman hidup saya. Alahai sweet ok tang ayat lelaki pilihan hati. cukup perasan!hahahah

Kebetulan pula ye, 1 may 1983 mak saya dinikahkan di usia 17 tahun tapi saya anak sulungnya bakal dinikahkan pada 1 may 2011 ketika berusia 27 tahun. hehehe alahai kesian! majlis pernikahan saya nanti bukan setakat meraikan saya ke alam baru malah meraikan juga kedua ibu bapa saya yang sudah menjadi suami isteri. Lebih bermakna juga sebab adik saya zamry juga diraikan dengan disekalikan majlis menjemput menantu. Seorang lagi ahli keluarga yang diraikan adalah adik saya Zafirah yang menyambut hari lahir nye yang ke-13. So saya berbesar hati untuk celebrate together!

Saya memikirkan sesuatu yang agak menarik!saya nak buat majlis potong pulut kuning berhias sebagai simbolik meraikan macam-macam perkara pada hari tersebut. Mana nak cari yek pulut kuning berhias nie?heeee keep searching!

Saturday, February 5, 2011

SepATU NikaH Ku!ProJEK RaJA SEhaRI

Hai Sat.

Seronok pula rasa di hati sebab puas saya mencari sepatu nikah akhirnya bertemu jugak dan MURAH! sangat penting ye untuk mendapatkan material yang berkualiti serta padan dengan harga. Gara-gara niat hati suci murni nak pergi wedding classmate yang nikah dengan schoolmate saya maka saya beria membeli hadiah. Bukan la maksud sebelum nie hati saya tak suci nak pergi kenduri rakan-rakan yang lain cuma ada sesetengah rakan tue yang saya tak sempat beli hadiah maka banyak kali saya hulur duit sahaja. hehehehe

Macam entry  flat shoe or heel saya pernah cerita pasal nak beli kasut nikah yang berwarna putih sebab majlis akad nikah bakal diadakan di masjid maka saya mesti la bersepatu kan. Kalau sebelum ini saya memang nak flat shoe sahaja namun terpaksa ditukar kepada heel yang tak berapa nak tinggi dan kasut bertutup atas permintaan mak saya. ok..at last saya dah dapat kasut putih bersih dan kosong. Sangat excited!biasalah orang perempuan nie suka excited pada perkara kecil.Saya terus mms pada Mr. Garu gambar kasut tersebut dan biasalah orang lelaki mana excited menda macam nie and he just give me a smile. Itupun membahagiakan. Ok bukan nak cerita pasal kebahagiaan di hati ketika ini tapi nak cerita pasal kasut saya itu. hehehe

Since saya sudah dapat membeli kasut putih bersih nie maka ada projek mendekorasi kasut ini..hehehehe
Pertama sekali saya nak buat bunga ros dari fabrik satin berwarna putih di tepi kasut dan hadapan kasut adalah bunga seperti di bawah
credit to make it do
Cara nak buat bunga di atas boleh dapatkan disini. Diceritakan step by step untuk menghasilkan bunga seperti di atas.

Saya berangan nak dapatkan sepasang kasung nikah yang boleh combine all the ideas dari gambaran yang saya dapat di bawah
google images

google images
google images
Heee....so excited!Semoga saya berjaya menyiapkan kasut idaman kalbu saya nie. Tunggu saya upload hasilnya yek?heee

Thursday, February 3, 2011

OranGE TheME

Hai Thurs...

Happy Chinese New Year to all Chinese friends all over the world. Harini bosan je duduk rumah sebab tak boleh nak buat ape since rumah skang tengah renovate, bunyi memang bising gedegung gedegang!

Actually beberapa harini sangat beku idea umpama ada ice dalam kepala yang tak mampu mencair. Entry kali ini hanyalah sebab tidur malam tadi saya termimpi saya berada di majlis pernikahan namun saya langsung takde preparation even inai pun takde di jari saya paling dasyat saya mencari cincin kahwin saya. Bila saya tanya pada suami tunang saya, dia kata cincin tak sempat nak beli. waargggh!nitemare la mimpi tersebut.

Ini kali kedua saya bermimpi sedemikian rupa. Apa ye petanda disebalik mimpi saya yang pelik itu?Saya teringat dalam mimpi tue saya berbaju pengantin warna oren sama dengan warna baju yang saya pilih di Butik Tania itu.

Saya terfikir pula sesuatu yang perlu saya fikir, butik pilihan saya tue bagi saya bunga segar untuk hiasan pelamin serta bunga tangan. Hurm..ada ke ek bunga segar warna oren?bunga ape?so tugasan saya harini mencari jenis bunga segar oren.