3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 18, 2010

Daring Woman

Haloo Thursday....

Tajuk nye daring woman ek?oppps bukan saya yang daring tau..heee nie al kesah drama korea yang saya tengah tergila-gilakan. Balik je rumah tak sabar nak tukar channel 393 yek walaupun ia hanya siaran ulangan sebab real show time dia pukul 10.15pm (senin - jumaat). 

Cerita nie best sebab berkisar tentang kekeluargaan dan penuh dengan rahsia terutamanya watak Se-Bin. Soo Young yang dulunya kakak ipar kepada Se-bin yang berkahwin dengan abang dia kini bertukar jadi mak mertua pula. Suami Soo Young mati akibat kemalangan dan Soo young membesarkan Tal -Gi (anak) seorang diri sehingga dia berkahwin dengan Han Kyu Jin bapa kepada suami Se-Bin. Watak Soo Young nie sangat comel dan dia sangat naiive. 

Episod terbaru nie mengisahkan tentang rahsia Se-Bin yang hampir terbongkar mengenai kewujudan Tal-Gi yang dibesarkan oleh Soo Young. Saya sebagai penonton pun rasa terkejut juga..heheheeh HARUS la saya nie terkejut!Al kisah pepagi waktu breakfast Tal-Gi tunjuk kat ibu dia pasal ujian fizikal and dia kena sign pastu ayah nye pun nak tengok sekali tengok jenis darah Tal-Gi adalah O tapi Soo Young AB. Masa nie dapat tau yang Tal-Gi bukan anak kandung Soo Young tapi anak angkat yang ibu Se-Bin suruh dia bela. Kononnya anak tue adalah anak sedara jauh mak Se-Bin la. Sume orang dalam rumah tue terperanjat bila dapat tahu Tal -Gi tue anak angkat termasuk la Se-Bin sampai jatuh mangkuk dia pegang. Hik!

Pastu Husband Soo Young pegi jumpa dengan ibu Se-Bin coz nak tanya siapa ibu sebenar Tal-Gi.  Se-Bin minta Soo Young tak perlu cari ibu kandung Tal-Gi dengan alasan saudara tue sudah berkeluarga baru dan bimbang  boleh memusnahkan kehidupan saudara itu. Tapi sebenarnya nak tau tak yang Tal-Gi itu sebenar anaknya Se-Bin tapi tak tahu dengan siapa. Waa...bila sampai part nie rasa makin teruja nak tengok sambungan cerita yang selanjutnya. 

 Persoalannya siapa bapa Tal-Gi yang sebenar? Since keluarga mertua Se-Bin termasuk Soo Young sendiri sekarang tak tahu siapa ibu kandung Tal-Gi..

Hee..MENARIK! so jom le layan cite nie..daripada layan cinta kirana tue tak sudah-sudah si Galang ngan Kirana tue dok kena kacau ngan Riana. BOSAN!heee

Soo Young and husband

Soo Young and Se-Bin


 

Eid al-Adha

Haloo...Selamat Menyambut Aidil Adha.


Dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan dirayakan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Raya Haji nie disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan ibadah korban pada hari-hari tersebut. 

10 Zulhijjah nie sebenarnya merupakan tarikh penting dimana Nabi Adam serta isterinya, Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum mereka bertemu di padang Arafah, diluar bandar Mekah. 

Dalam kehidupan seharian kita pelbagai pengorbanan yang dilakukan, pengorbanan seorang suami kepada isteri, isteri kepada suami, ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa dan sebagainya. Bersyukur kerana saya berada di Malaysia yang masih aman damai serta tiada sekatan dalam mengerjakan ibadah. Konsep Aidil Adha perlu diperluaskan jangan hanya memandang kepada penyembelihan dan korban haiwan sahaja.

Hari Raya sebegini la masa yang paling BEST untuk dihabiskan bersama keluarga. Rasa erat je hubungan sesama sendiri. Masa nie la banyak masa membantu mak di dapur, membantu abah melapah daging atau memotong daging. Masa ini juga saya menanti Dia yang istimewa untuk datang tapi malangnya dia tidak datang. Ape pun, saya masih seronok menikmati hari raya bersama keluarga. Mak saya buat seperiuk besar bihun sup!saya makan tak berhenti sebenarnya sampai la tengah malam sambil melayan cerita korea. Eh, sekarang saya sangat gilakan cerita korea Daring Woman di Channel 393. 

Daring Woman

Cute nye Soo-Young    
Selamat Menyambut Aidil Adha to ALL..entry lepas nie saya cerita pasal Daring Woman (korean drama) plaks.