3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 1, 2010

New Life As QC Executive cum Microbiologist..HECTIC!

Haloo...
 Miz Pucca harini lelah macam berlari 50 m (maklumlah badan I chomel sangat, 50 m lari pun dah kira cam 100m)hahahaha. Dari pagi tak dok diam dapat dok diam sekejap aje itupun sebab kena join food testing ada salmon grill and salmon masak atas hot plate. Hurm boleh tahan juga la rasa salmon ek?tapi  aftertaste cam hanyir tapi not bad la. Owh esok tempat keje Miz Pucca nie ada jamuan raya plus majlis cukur jambul cucu owner. Kemain grand lagi yek tuan-tuan. Khemah arabian je pasang tengah jalan nie sampai 8 pastu ada khemah utama boh pelamin untuk cucunya. Bukan main grand lagi. Semalam Miz Pucca dapat tugasan untuk esok kena memastikan kebersihan tapak jamuan dari pukul 10am sampai 12 pm. Memo ada keluar arahan untuk semua ketua jabatan stay sampai 4 petang tapi esok Miz Pucca nak melanggar arahan hampeh tue. Sabtu keje setengah hari, ahad kita off la.Takde kerja nak stay sampai ke pukul 4. Lagipun ada banyak lagi jemputan yang memerlukan Miz Pucca punya perut ni.hehehehe
Nie bukan nak cerita pasal jamuan raya nie tapi nak cerita pasal Miz Pucca yang terpaksa rela jadi microbiologist nie gara-gara lab asisstant meletak jawatan kerana masalah disiplin yang Miz Pucca takleh blah. Lebih baik Miz Pucca buat sendiri dari ada assistant macam budak tue. Tak faham juga dengan anak muda masa kini, Miz Pucca dulu pun keje dari bawah jugak bukan terus jadi cam sekarang nie. Tak faham betul dengan depa nie kalo dari keluarga kaya takpe la. Ni dari keluarga biasa berlagak macam anak orang kaya.

Eh, merepek lagi..hahahahah aktivit kat lab nie leceh teramat sangat. Equipment tak cukup, schott bottle takde nak buat media banyak-banyak buat buffer pastu tong air suling takat 10 liter. satu hari guna dekat 10 liter dah, tetiap hari nak kena wat air suling plak. Leceh betul nak buat kerja. Freezer nak simpan retain sample pun takde, bila Miz Pucca request freezer management suruh buat proposal. Ei, I takde masa nak buat proposal tue takat nak mintak freezer kecik aje bukan nak mintak walk in punya freezer. Freezer kecik tue ada dalam 5ratus kot. 
Skang keje atas meja Miz Pucca pula dah bertimbun!dokumen untuk verification je dah setinggi menara KLCC dah nie plus report mingguan. boleh tak sesapa bagi pinjam tangan jap?heheheh anyway I have a very nice day as a microbiologist and QC Executive, I learn  a lot and they are useful for better future. Hik!Pasni kalo lompat lagi boleh la demand tinggi lagi..heheheheh