Haloo...
Ramai sungguh yang bergelar raja sehari harini (10.10.10) yek. Sepanjang perjalanan Miz Pucca ke rumah pengantin di gombak menghadiri jemputan kahwin rakan sekelas banyak betol sign ke rumah pengantin. Kakak kepada rakan sekolah Miz Pucca juga berkahwin harini, Dr. Halina dan Angkasawan pertama Malaysia. Glamour betul yek..Barakallah buat mereka yang mendirikan masjid pada hari ini.
Miz Pucca tak berkesempatan nak tengok Dr. Halina dan hanya sempat pergi kenduri rakan sekelas sahaja. Hurm..grand ye tuan-tuan kenduri rakan saya nie. Karpet merah dari pintu masuk khemah sampai la ke depan rumah. Makanan memang tip top meletop!siap ada ayam golek. Semua lauk pun sedap and Miz Pucca enjoy makan kenduri harini. Tema rakan Miz Pucca nie pink turqoise dan sangat menarik dihiasi fresh flowers. Atas meja makan ada fresh flower dalam bekas gelas diisi air dan ada seekor ikan lagi menghiasi bekas itu. Menarik dan eksklusif hiasan meja tetamu.
1 kanopi khas untuk melindungi raja sehari ini bersantap serta 1 kanopi khas untuk singgahsana mereka serta dihiasi dengan fresh flowers. Majlis dihiasi indah dengan foto mereka berdua dan seperti menceritakan kisah percintaan mereka.SO SWEET!As Amad who is Dina's husband mempunyai wajah seiras Lah VE tue. Kamar beradu mempelai nie simple je tapi bila masuk disambut dengan haruman bunga dan pada masa kami sampai tue Dina sedang mekap pula. Hiasan kamar beradu raja sehari nie lebih kepada warna putih (my favorite color) dan sangat suka akan suasana kamar nye tue. Miz Pucca dah lama plan to have white for kamar pengantin soon and simple decoration.
Selamat Pengantin Baru Dina dan semoga berkekalan bukan sahaja di dunia malah hingga akhirat. Miz Pucca doakan mereka bahagia selalu.
Selepas makan kenduri Miz Pucca ambil mak dirumah dan terus ke Jakel. Mak and I plan untuk buat sendiri je baju reception sebab bila pergi butik rasa sangat tidak puas hati. Baju lebih kurang sama nak pula bila tengok macam lusuh jek dan butik pengantin nie charge melampau. Satu lagi mereka sangat suka menggunakan ayat 'Ala..kahwin kan sekali. Takpelah..' Mereka ingat orang nak kahwin nie cop duit ke?amek daun pastu cop muka sendiri ek? bila minta baju baru lain pula charge nye so decide to have our own design and tempah sendiri.
Masa pilih kain, Miz Pucca takdelah cakap ini untuk kain pengantin just bagitahu salesgirl tue kain untuk buat baju dinner. Entah macam mana agaknya budak tue terdengar perbincangan Miz Pucca, Lyane and Mak tentang majlis kahwin dan mencari kain lain untuk ahli keluarga juga. Budak tue terus cakap dia ada special pakej untuk kami. Dia bawa la kami ke tingkat 3 kot, kawasan kain lace,chiffon pengantin nie. 6 set 280!murah tak?Kami tanya banyak kali pun budak tue masih jawab 6 set 280. Miz Pucca agak terkejut gak la sebab Miz Pucca beli kain pun 4 lebih yek cane pula 6 set nie boleh dapat 280. Namun begitu, budak itu masih sebut 6 set for 280.
Dekat sejam kami pilih kain dan sampai kain ke 5 dan ke 6, Mak teringin kain yang price lain pula demi mencukupkan 6 set dengan harga 280 tue. Bermula disini baru la kekeliruan terungkai bila kami tanya dia balik (kali ke berapa tak tahu sebab everytime dia potong kain kami akan tanya betul ke 6 set 280?dan dia akan jawab ye) kain yang lain design tue dia kata kena tambah 150, so seorang 430 hengget. Ha?masa nie terkejut gile bila kami tahu yang sebenarnya 1 set 280 bukan 6 set 280. Kami terus kata taknak la kan sebab takkan la nak spend lebih 1k untuk pakaian ahli keluarga pula. Nanti nak tempah baju dah satu hal pula.Budak tue gelabah la bila kami kata tak nak dan dia panggil bos dia. Awalnya bos budak tue kira nak salahkan kitorang sebab salah faham tapi kami rasa kami tak salah faham sebab kami tanya dia banyak kali dan dia tidak memberi keterangan yang sebetulnya. Budak tue memang diam jek and cam dah nak nangis dah. Kami bertegas tanak kain-kain tersebut dan terus pergi bayar kain yang saya beli awalnya. Mood nak membeli belah pun dah lari, kalau tak kami nak beli renda perancis pula untuk kain reception Miz Pucca tapi dah terhalang dek kerana budak tue yang telah putar alam.
Miz Pucca terfikir pula, budak tue selalu buat macam tu ke? dia cakap salah awalnya dan pelanggan biarkan dia potong kain banyak-banyak tapi bila time kira dia baru bagitahu harga sebenar dan buat pelanggan tu mesti bayar sebab kain dah terpotong. Sangat tak baik kalau budak tue ada niat sedemikian untuk dapatkan komisen lebih. Dah tue, dia boleh cakap pula yang boleh letak deposit nanti bayar semua dapat kain. Masalah sekarang bukan kain tetapi mana kami nak cekau duit sampai seribu lebih untuk kain sahaja.
Moral of the story, Peniaga sila guna tatabahasa yang betul yek. 6 set 280 membawa maksud yang lain dengan beli 6 set, setiap 1 set harga 280. Mind your words ok!Niat nak untung lebih tapi sendiri yang rugi akhirnya. Salesgirl di luar sana, jangan le buat perangai camtu yek..
Miz Pucca kesian dekat mak sebab dia kata nak kering darah dia bila budak tue bagitahu harga sebenar camtu. Ish..ish..tak baik tau salesgirl tue. Sangat mengarut sebab sepatutnya kami boleh beli menda lain terpaksa layan budak tue potong kain pula.