3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 24, 2011

GangGUan BIpoLAr (ManIC DEpressSION)

Hai Mon...

Pagi nie mengantuk dan takda mood mungkin kerana menempuh hari yang padat semalam. Semalam sempat melawat seorang kawan seperjuangan masa di Universiti yang sedang menderita sakit psikologi yang dipanggil Bipolar Disorder. Pernah dengar tentang penyakit nie? Kalau nama penyakit saya memang pernah dengar tapi tidak tahu detail mengenai penyakit nie.

Siapa sangka sahabat yang dulu sihat, ceria, pemalu dan bersopan santun kini berubah menjadi sebaliknya. Mengikut perubatan moden, ini la yang sedang dialami oleh dia tapi kalau ikut perubatan tradisional, dia mengalami sihir. Disihir orang yang dengki khianat. Susah untuk saya memberi kata putus apakah faktor yang membolehkan dia mengalami keadaan ini.

Menjengah ke kediaman nya di Sri Kembangan dengan kereta mewah serta rumah yang tersergam indah, siapa sangka penghuninya mengalami gangguan psikologi. Pertama kali saya menjejak kaki ke rumah itu dengan niat berziarah sahabat yang menderita psikologinya. Melalui ceritanya, dia mengalami manic depresssion. Ada fasa menjadi seorang yang agresif, merasakan diri sangat hebat, sangat cantik manakala fasa yang kedua mengalami kemurungan yang menyebabkan dia tidak mahu langsung berjumpa dengan sesiapa, insomnia serta berprasangka buruk terhadap orang lain. Bila ditanya sama ada dia sedar atau tidak perubahan fasa dalam dirinya, dia mengaku berada dalam sedar namun tidak berupaya mengawal keadaannya. Simpati saya mendengar ceritanya terutama bila dia menyebut, rasa penat dengan keadaan sedemikian.

Secara ringkas saya terangkan disini bahawa penyakit Bipolar disorder ini keadaan dimana sesorang menderita perubahan mood yang teruk. Mereka mengalami perubahan mood dalam tempoh yang panjang. Setiap seorang daripada 100 orang dewasa akan mengalami penyakit Bipolar nie. Apa yang dialami oleh pesakit adalah
a) Rasa rendah diri dan putus asa
b) Rasa bahagia yang ekstrim serta kegirangan
c) Perasaan bercampur

Ada 4 kategori penyakit ini
a) Bipolar I
Mengalami keadaan manic (bahagia atau girang yang ekstrim) yang berpanjangan lebih daripada 1 bulan. Sesetengah mereka yang mengalami Bipolar I hanya mengalami episod manic walaupun kebanyakan mengalami tempoh depression.
b)Bipolar II
Mengalami lebih dari satu episod depression tetapi mengalami maniac ringan dikenali sebagai hypomania.
c) Kitaran Berulang
Mengalami lebih daripada 4 perubahan mood dalam tempoh 12 bulan
d) Kitaran berulang
e) Cyclothymia

Keadaan pesakit bergantung kepada mood yang dialami nya
Depression:
Emosi:
Rasa ingin menangis tanpa sebab jelas
Hilang minat pada sesuatu perkara
Tiada upaya untuk bergembira pada sesutu perkara
Hilang keyakinan diri
Ingin membunuh diri
Kepenatan

Pemikiran:
Tidak boleh berfikiran positif
Sukar untuk membuat keputusan walaupun mudah
Sukar untuk memberi tumpuan

Fizikal
Hilang selera makan serta kurang berat badan
Sukar untuk tidur
Bangun lebih awal daripada biasa
Mengalami sembelit

Kelakuan
Banyak menangis atau berperasaan untuk menangis tetapi tidak mampu untuk menangis
Mengelak daripada bertemu orang ramai

More info boleh tengok dekat mental health info ini. Website ini banyak terangkan fasa Bipolar disorder ini serta kaedah merawat pesakit.

Bila saya baca info mengenai penyakit ini, betul la..kita mesti beringat semasa kita masih sihat sebelum kita sakit. To dear friend, saya berharap dia dapat sembuh seperti sedia kala dan kembali normal seperti dahulu yang saya kenal. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya. Apa yang boleh saya buat bagi membantu rakan ini hanyalah sentiasa berhubung dengannya agar dia sentiasa positif serta ceria.