3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

DIY: Bunga Telur Idaman Kalbu

Halooo Tuesday!

Semenjak, dua menjak, tiga menjak (Nabil RL pinjam copy ayat nie.)hehehehe hati ada rasa berbunga-bunga je dah pula. New year dah boleh kira ngan jari je dah makanya ia memberi makna besar dah nie. Minggu lepas dah mula memberi gerakan positif ke arah misi 1 may 2011 nie. Sabtu dah berjalan ke Nilai 3 mencari bekas untuk barang hantaran yang pasti kali ini sendiri nak bikin hiasan. kih...kih...kih..Excited sebab Mr. Garu bagi beli bekas hantaran idaman.


Ahad pula berjalan dengan mak survey butik pengantin area Prima Sri Gombak!Yaccha!berjumpa juga dengan dress idaman kalbu serta pelamin impian. (hope semua menjadi seperti yang telah dibincangkan) nanti saya cerita kesah tema pilihan beserta pelamin itu yek..kih...kih...(excited mode)


Nie nak cerita pasal DIY pertama saya bersama team bunga telur. Dah dua hari dah membelek bunga telur idaman kalbu nie. Selepas puas mencari rekaan bersesuaian akhirnya team leader telah menetapkan gubahan bunga telur manik. Waaa..suka!sebab saya belum pernah jumpa lagi bunga telur manik nie. 


Sesi percubaan pun bermula la disebakan ketidaksabaran yang tidak terhingga maka kami telah membeli manik di kedai baru di Prima Sri Gombak yang mahal. Percubaan pertama nampaknya gagal akibat penggunaan manik kristal. Walaupun nampak sangat cantek namun ia lebih mahal daripada bajet sedia ada. Team leader pun mencari kedai bunga di selayang dan kami jumpa manik yang sesuai untuk bunga telur idaman kalbu nie..heheheh


Kalau kawan-kawan nak tengok gambar bunga telur tue kena tunggu tau..Siap je nanti saya akan upload hasilnya..tunggu tau!