3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Why stay?Apa Tunggu LAGI?

'Zam, I dapat kerja tu. I terus sign je sebab piki tak payah keje sabtu.' 

Just received text message form my colleagues. Tahniah you!hopefully lebih berjaya di tempat baru dengan udara kerja yang baru.

Sedih pun ada gak bila dengar dah dapat kerja lain sebab kami boleh kata rapat juga. Dia lah rakan tempat nak luah bila tak puas hati dengan bos yang tetiba je suka hati dia nak ammend proposal aku lepas tu taruk nama dia!rakan tempat share perkembangan our baby sebab kami ada anak yang sebaya, rakan share al kisah susu ibu, hal wanita dan macam-macam lagi la. Banyak sangat kalau nak tulis. heee

Actually ada juga la 2,3 orang yang tertanya-tanya kenapa saya masih bekerja disini even 'udaranya tercemar', kanser hati berleluasa, politik pejabat yang tak terkawal sebab peluang di luar lebih baik terbentang luas. Jawapan saya sebab saya ibu dhia.

Sejarahnya, saya pilih kerja disini atas faktor dekat dengan rumah sebab saya belum berkahwin lagi masa tu. Bila dah kahwin dan mengandung, niat berhijrah tertahan sebab ada baby kan dalam perut rasa leceh pula kalau dapat tempat baru kerja beberapa bulan dah sibuk nak bercuti 2 bulan so tangguhkan dahulu. Then melahirkan dhia, risau sebab masih kecil saya mengambil keputusan menghantar dhia ke rumah mak sementara saya 8 jam di kilang. Tangguhkan lagi hingga dhia 6 bulan sebab lepas tu nak hantar rumah pengasuh yang dekat dengan rumah sewa saya. Tapi sekarang dhia dan 7 bulan 2 minggu pun saya masih tiada usaha mencari kerja yang lain.

Maybe saya perlu lupakan tentang ketidakseronokan kehidupan bekerja saya ni, just focus on all the good things in my life sekarang. Teruskan berdoa agar Allah hapuskan segala rasa yang bertumbuh (benci, menyampah, tak suka) ini kepada keadaan yang saya dapat terima keadaan ini seadanya dan sentiasa memasang niat aku bekerja kerana Allah taala. 

Perkara Baik Terus Bekerja Disini:

a) En. Husband pernah cakap, saya bekerja disini paling kurang dengar saya merungut pasal kerja kalo nak banding keje sebelum ni. (actually saya je malas nak cerita sangat, kita kan ada banyak menda lagi nak cerita, we love to gurau senda usik mengusik, kita kan spend masa just 5 jam sehari je. such a waste nak masih bercerita alkisah kilang dan mereka yang ntah hape2 tu)

b) Setiap pagi bila hantar dhia semua orang gembira jumpa dhia. (Dhia cucu sulung actually, nenek umi ngan tok abah dah jaga since umur sehari, even bersama-sama menanti kelahiran dhia kat hospital. nenek umi teman ibu dhia ni sakit sampai nagis-nangis juga tengok ibu ni sakit.)

c) Dhia pun sangat ceria bila sampai rumah nenek umi and tok abah dia sebab ada paksu, auntie zaf, mak uda yang sesama tunggu dhia.Atok abah pun selalu nyanyi untuk dhia..atok abah panggil dhia ucuk atok! (mesti sedih pula kalau dhia tukar suasana)

d) Setiap pagi dan tengahari makan kat rumah mak sebab ada dhia. Boleh balik tengok dhia kejap walau hanya 20 minit dan sempat juga bf dhia bagi dia tido. 

e) Setiap hari dapat jenguk mak and abah masih macam dulu masa anak dara masa masih duduk ngan dorang dulu. (beruntung actually setiap pagi nak pergi keje dapat salam cium tangan suami, mak and abah. Rasanya orang lain pun tak dapat specialty ni)

Banyak rupanya kalau cuba dikorek kebaikan kerja sini. Dari segi tempat kerja memang la kot tak memberangsangkan tapi just fokus on good things selain kerja tu..So STAY! Chayyok ibu dhia!heee now I dah happy!

Friday, September 14, 2012

Ibu Susu Formula

Halooo



Dah lama sebenarnya saya nak menulis tentang isu breastfeeding. Statement kat atas tu kalau ibu-ibu yang bagi susu formula kat anak diorang sure rasa macam ada mendidih jiwa kan? Bagi saya, kalau dah namanya wanita bergelar ibu, dia pasti nak jadi yang terbaik dan mahukan hanya yang terbaik buat anaknya. Kadang-kadang kita ni cenderung untuk menjadi obses hingga sampai mengeluarkan statement yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak. 

Ada ibu yang sangat obses tentang penyusuan susu ibu ini sampai sanggup mengeluarkan statement yang 'anak minum susu lembu ni perangai pun macam lembu' ohhh please!mind your words. Saya ada juga la join beberapa kumpulan ibu menyusu ni just nak gather inforomation and ilmu yang sesuai tentang breastfeeding ni namun sometimes ia mengecewakan bila ada segelintir mereka yang obses nie. Kita dapat menyusukan anak kita pun dengan keizinan Allah, Allah membuka pintu hati dan terangkan serta mudahkan jalan untuk kita meneruskan niat kita menjadi yang terbaik buat si anak maka elok la menjaga tertib seorang ibu yang mahukan segalanya terbaik. 

Bukan sahaja setakat menjaga pengambilan makanan agar beroleh hasil susu yang tinggi khasiat untuk si kecil tapi juga kena jaga sahsiah kita sebagai seorang yang bergelar ibu. Even ibu tu bagi susu formula pun kita kena gak ingat yang ibu itu juga membancuh susu tersebut dengan penuh rasa kasih serupa macam kita bila menyusukan anak dengan penuh kasih sayang. Entry ini bukan nak condemn mana-mana pihak tapi ambil la sebagai ingatan untuk diri saya dan anda. saya lebih suka statement dibawah:


Tahniah kerana kita semua ibu yang penyayang, penyabar dan sentiasa mahukan yang terbaik buat permata hati kita.peace!just my 2 cents opinion.

Thursday, September 13, 2012

Orang Rumah atau Bibik gelaran untuk isteri anda?

Haloooo...

Baru harini datangnya mood nak menulis setelah sekian lama ditinggal sepi walaupun I tahu yang takde pun orang tunggu entry from blog nie tapi..ada aku kesah?aku nak tulis jugak..heee 

Segalanya dah kembali on track nampaknya which is saya slowly adapted to kehidupan sebagai seorang ibu mithali serta isteri yang solehah (eh..nie doa ok!hee) maka saya boleh la kembali menulis disini. Tak banyak tapi takde la sikit idea menulis tu sebab dah diperap dekat bertahun kot.heheheh 

Al-kisahnya, harini topik pembukaan seperti yang anda baca di atas tu. Setiap kali saya berbual dengan rakan lelaki bila masuk part isu isteri, wife, bini, kesayanganku, dorang akan ringkaskan menjadi orang rumah ku. Hurm..agak tak best dan tak senang telinga mendengar gelaran orang rumah ditujukan kepada kami para isteri. So far, bagi saya bergelar isteri bila sembang dengan kengkawan perempuan takde pula mereka gelarkan suami dorang ni orang rumah walhal ada yang memang tak bekerja. Apa salahnye kalau disebut isteri saya, wife saya kalau tak pun sayang saya(nie macam gedix) bila menyebut perihal isteri anda. Ada je isteri yang keluar bekerja, boleh ke dikatakan part time housewife?macam sama je dengan fulltime sebab bila balik kerja nak kena gak memasak, nak kena gak mengemas even ala kadar (tapi ahad atau sabtu buat kerja rumah dengan pulunnya) dan nak kena gak mencuci kain bagai (even ahad atau sabtu gak memulun melipat kain). Title orang rumah tu bagi saya macam ok sket dari panggil bibik so panggil jela isteri saya dan panggilan yang sesuai.

Ini belum lagi kalau ada yang si suami tak bekerja sabtu but isterinya terpaksa kerja sabtu half day, bila diberi sedikit task rumah macam menyapu sket, basuh pinggan sket, mengemop ke dah terasa macam diri tu bibik, baru kerja sikit gitu dah rasa jadi bibik. Macam ini pun ada, surprised me!itupun jenuh bagi task dah keluar ayat gitu, tak ke makan dalam sang isteri. No wonder la ramai jugak sahabat2 yang bekerja ni kekadang merungut perihal suami mereka yang tak ringan tulang ni. A good friend of mine pernah cakap, kadang2 dia rasa kehidupan dia seperti robot sebab segala menda dia kena buat dari celik mata hingga la menutup mata but then when she request nak jadi fulltime housewife, sang suami merungut pula tentang kewangan keluarga yang tak cukup but then sang suami juga yang takde daya usaha meringankan beban si isteri. For myself, ini kategori takde perikemanusiaan sebab mempergunakan isteri sepenuhnya dan tidak berbayar pula tu perkhidmatannya. Bibik pun orang bayar gaji ok, 10% minta pun para isteri tak dapat. But then still kerja kerana Allah dan kami buat kerja tu semua supaya semua orang rasa senang. 

So tak salah buat kerja sikit, meringankan si isteri. Since tak mampu nak mengadakan bibik untuk sang isteri maka sesama la buat kerja rumah sebab nye bila isteri keluar bekerja suami turut rasa tempias senang tu. Jangan la nak berkira sangat. Hee just my one cent opinion..

Regards,
Isteri prihatin. (chewah)

Friday, June 29, 2012

Alhamdulillah..

Hurm..bismillahirrahmanirrahim..


Selamat pagi jumaat everyone!bila jumaat je rasa macam sangat best,sangat suka sebab harinya lebih tenang compare dengan hari lain some more esoknya weekend.


Masuk 3 minggu kembali bekerja,alhamdulillah.Actually deep inside ni rasa nak je tukar profession jadi housewife tapi en.hubby tak bagi. 'sape nak tanggung b?' Errr bukan maksud tanggung en.hubby tau tapi membantu dalam kewangan keluarga. Hehehe jangan salah faham ek..Dhia the dolia pun duduk dengan nenek,my mother. Rasa yakin sebab dhia the dolia halus lagi so takut nak bagi kat orang tambahan pula dok dengar banyak kisah baby tersedak susu.apsal ek lately dengar ramai baby tersedak susu?


So macam biasa dhia the dolia diangkut oleh ibunya yang comel ni setiap pagi dan petang. She is the best and the cuttest co pilot i ever had.hee mesti la ibu sendiri puji anak comel kan,sama la cam korang kan.hehehe 1st week sangat mencabar tapi cekalkan hati sebab fikir dhia the dolia kena get used to this routine.after a while dhia the dolia nampaknya dah faham,even dia berjaga pun dalam kereta dia hanya dok diam main tangan,kadang2 tegur2 dalam bahasa dia,kadang2 layan menguap or else bosan sangat dia terlena sendiri. Bijak!alhamdulillah dhia mudah menerima keadaan baru.


Setiap hari bekal susu dhia,dhia ni minum susu ibu exclusively,alhamdulillah people around me semua menyokong breastfeed even mak pun sanggup belaja cara nak handle susu ibu dengan baik. Yela kan,susu ibu kan the best milk.Masa dalam pantang saya keep stock ebm just 100 oz,sikit kan?sebab ada ibu yang ready ebm sampai 600 oz before kembali bekerja.The reason why saya simpan sikit je sebab rasa kesian dhia minum susu ebm yang lama so saya plan dhia minum susu yang sebulan je. Setiap hari saya bawa bekal susu fresh dia 6-7oz yang saya pam setiap pukul 5 atau 6 pagi dan ebm 5oz.Sampai rumah mak around 7.50am saya akan feed lagi dhia if dia nak la.sekarang dia suka main-main which is isap kejap pastu lepas senyum2,cakap ngan saya pastu isap semula saya limit sampai 8.10 am aje sebab nak gerak pergi kerja plak punch before 8.30 am.


Dhia akan minum 3 hingga 3.5 oz untuk 4 kali penyusuan. Dhia will wait for df around 5.30 pm pula before angkut balik home sweet home.hee rasa sangat seronok dhia minum susu ibu sebab rasa dapat menyalurkan kasih sayang sepenuhnya. Masa df saya akan usap pipi,kepala,jari and kaki dhia. This time belek semua anggota. Seronok sangat!


Masa kerja plak saya pam susu. Saya terpaksa lupakan aktiviti lunch di luar,chit chatting with friends masa lunch time sebab saya nak pam susu so saya bawa bekal pergi kerja,if tak sempat saya minta delivery.kadang2 abg mcD selalu juga delivery nasi oleh aman,my assistant supervisor qc,thanks banyak2 aman sebab memahami,yela kan lagi beberapa bulan awak lak nak jadi babah.hehehe


During pam saya selalu terbayang dhia ngah df..sweet la moments with her!so susu pun keluar dengan sangat happy!dapat la hasil tuaian session kedua 7 atau 10 oz alhamdulillah. Jauh di sudut hati saya bahagia bergelar ibu kepada dhia fatheeya dan isteri kepada En.Mohd Faizal bin Arsad. I am so proud to have both of you around.


So much thankful to en.hubby sebab sangat memahami dan sanggup mengambil beban tugas especially memasak,he is the one yang memasak bila saya mula preggy and until today (skill memasak saya memang berkarat) sampai bekal lunch saya pun disediakan.Alhamdulillah he can tolerate with me. Dia sangat pandai masak and the foods are yummy but once a while saya masak juga during weekends nanti my chef bosan pula. Kemas rumah pun en.hubby assist,if saya menyapu,he will do the mopping thingy,if he do the laundry saya akan lipat kain pula. So,actually memang kena saling membantu since both bekerja and ada baby pula. Thanks hubby!ni dah gaji dah,i belanja u makan best nak?2 july nanti yek..


Last but not least,when i am a mother now i could easily understand my mother and my mother in law. Thanks sebab lahirkan saya and mendidik penuh kasih sayang sejak dalam rahim hingga kini. Dah faham saat melahirkan dan pepatah bagai nyawa di hujung tanduk. To my mother in law,thanks sebab lahirkan my en.hubby and mendidik dia dengan baik dan penuh kasih sayang.alhamdulillah.


ps:dear hubby,next time please la bawa stroller bila do shopping thingy.faham la my motherly feeling nie.hihuha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

mY liTtle GirL's DaY

Haloo


11 hari sahajA lagi.hee tak sudah-sudah mengira hari kan?hurm..so excited!boleh la berjingle Bell nanti.


As planned,semalam telah selamat melaksanakan majlis akikah Dan cukur jambul si anak dara. AlhAmdulillah,majlis berjalan lancar Dan segalanya seperti dirancang.


Ye,si ibu ini yang beria dengan dibantu neneknya chibbi.actually nak mengabadikan tarikh anniversary dengan buat majlis si kecil tapi disebabkan Mr.husband busy sangat keje terpaksa la ditunda ke 13 may 2012. Namun,masih sangat bermakna.


Bermakna bukan sebab kebetulan ia nya hari ibu tapi jauh lebih bermakna bila chibbi ditahnikkan oleh imam yang satu ketika dulu menikahkan Kami,menghalalkan hubungan,menyatukan 2 hati. Saat ditahnikkan,saya rasa mahu berderai air Mata gembira bercampur terharu. Sangat bermakna buat saya. Alhamdulillah hubungan Kami diseurikan dengan kehadiran anak ini Dan Kami bergelar ibu bapa.


Majlis diserikan dengan kumpulan marhaban taman pinggiran batu caves,fasa dua..usai marhaban,acara tahnik Dan akhirnya majlis doa selamat.


Teringat dulu masa time bertunang tak beria pun nak berpelamin bagai since fikir buat membazir duit aje..but this time,its different. Thanks to tisya little cottage untuk buaian fairy tale. Sangat cantik and my little princess wearing dress yang my bff bagi.thanks ani..Dhia comel ngan dress itu..last but not least,event ni adalah ruang kami first time parent share the joy,happiness having a baby. Hee


Ibu and babah love you Dhia. Semoga Dhia menjadi anak solehah Dan sentiasa membahagiakan Kami.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

SinAraN rEmbUlan

Haloooo...


Biasa jam 2 pagi camni,ramainya dah diulit mimpi maybe ada yang sampai ke China dah kot. As me,ntah mimpi APA menaip blog plak di kala malam pekat ni.


Sejak bergelar ibu ni,waktu malam dan saya memang sinonim. Rasa kembali ke zaman muda remaja dulu yang time begini la masa saya mentelaah atau menyiapkan assignment. Nak-nak musim exam memang jadi bestfriend dengan namanya malam. Kebiasaan kalau plan nak berburung hantu,lepas solat isya' saya dah menidurkan diri. Takdela rasa teruk sangat aktiviti burung hantu saya.


Saya fikir,bila ijazah tergenggam maka nikmat malam sayA pun graduate la juga kan tapi rupanya tersasar,saya kembali menjadi bff kepada malam bila selamat ditabal menjadi ibu gara-gara 'sinaran' sukakan rembulan.


APA benar bila habis pantang bayi dah tak macam ni?ni skang ni Si anak Lena tidur Di celah kaki sayA.ape port la dia nie.main bedal je.takpelah janji Kami Lena..dia baru Lena selepas membuntangkan Mata sejak pukul 1 pagi tadi.anyway guys,saya patut tidur sekarang...heee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

EmOsI iBu

Halooo sunday!


When Sunday comes,Mula la ibu baru ni beremosi. Hee mula la hujan dalam rumah. Ni semua gara-gara kena berpantang di rumah mak 44 hari dan en.husband datang menjenguk di hujung minggu aje.


Awal-awal berpantang emosi memang tak boleh blah!tak tau la nak kategori manja atau mengada tapi memang rasa hiba manjang,dok terasa nak berkepit ngan en.suami 24 jam. Tambah pula baru bergelar ibu,macam-macam rasa ada so macam sangat perlukan sokongan suami especially 2-3 minggu pertama. 1st week tu memang dok rasa nak menangis je,rasa badan lemah,rasa macam tak boleh adapt dengan baby,segala rasa bercampur aduk.


Kalau saya,suami hanya boleh meneman di minggu pertama aje,selepas itu dia terpaksa menjenguk hanya hujung minggu sahaja and option untuk ulang alik tak praktikal buat suami. Sudahnya saya merasa sangat tak kuat di minggu kedua hingga selera makan langsung hilang,sekejap2 rasa hiba sampai saya rajin menangis. Sampai penghujung minggu kedua baru saya menguatkan azam,rasa sangat sayang pada si kecil baru terasa. Tapi masih....bila suami nak balik je mesti berjuraian ayo mato nie sampai en.husband request saya to be tough and independent.


Alhamdulillah,progress kesihatan saya cepat dan saya rasa semakin kuat. Actually sangat semangat bila hari dihitung hanya dalam kiraan belasan sahaja lagi. Tempoh sebulan semakin hampir and I'm looking forward for dhia's aqiqah event on coming Sunday. Bila tiba hari itu,kiraan saya semakin hampir.


27th may,en.husband boleh bawa saya balik rumah Kami even suami kata date itu dia kerja and he planned to pick up Dhia and I on 29th terus bawa balik kampung for kenduri kawin sahabatnya. I refused!nak juga balik 27th. I don't mind if he datang ambil Kami malam 12 tengah malam.hehehe


Serius!rindu nak balik umah sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

sinaran kemenangan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

sinaran kemenangan...

Halooo...


Sangat la lama tak update blog nie...today,1st may 2012 genap setahun saya menjadi isteri melayari rencah hidup berumahtangga.


Baru 20 hari bergelar seorang ibu. Chibbi selamat dilahirkan pada 11 April 2012 jam 9.33pm. Insan kecil yang sangat ditunggu oleh Kami berdua. 10 April 2012 jam 9.30 malam saya telah dimasukkan ke wad kerana bukaan pintu rahim telah 3 cm. Actually saya langsung tak sakit,pergi hospital pun sebab plan nak ambil mc since saya tak pergi kerja sebab keluar tanda jam 3 pagi..saya ingat bila tanda keluar,anytime  saya akan sakit so that saya tak berani nak hadir bekerja.


Malam pun tido Lena hingga esok pagi.11.30 pagi masuk drip,itupun saya tak sakit Dan bukaan baru 4 cm. Saya sempatla mencekik nasi,roti canai biasa,roti canai telur..hehe petang pukul 5,mak suruh saya mandi..naa lepas je mandi terus sakit kuat. 7.30pm bukaan 6 cm,saya ditolak masuk labor room. 9.33pm saya selamat melahirkan chibbi.kepenatan hilang bila bayi diletak atas dada saya,Mr.husband banyak membantu saya menghadapi detik-detik sukar. Tangisan chibbi sangat melegakan,kucupan suami Di dahi saya amat bermakna. Dengan 2 Kali teran chibbi dapat melihat dunia.


Ei, Kini sedang berpantang dengan dikawal ketat Cik nor,my mother..makan berlada hitam,minum air akar kayu,air kunyit,air manjakani,duduk berpanas tanpa kipas,jadual bertungku yang ketat (rajin kena marah mak sebab bila bertungku je mula la Mata nak lelap) rasa seksa bebeno..hehehe


Apepun,melangkah ke dunia kehidupan baru sangat mencabar sebab terkial-kial nak handle baby,ape pun nangis sampai kadang-kadang saya pun nangis sama bila ada ketika chibbi buat hal.hehe


Ibu sayang Dhia..

Sayang syg hubby!

Happy 1st anniversary...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

CTG - BoLEh KE BErAnAK???

Halooo...

Sleepy head!panas gila cuaca kat luar nie ha..baru 30 minit duduk makan kat gerai nasi ayam dah rasa macam duduk dalam oven..hurm...tak tahu la kalau kat padang masyar sok dengan berbogel dan matahari sejengkal je atas kepala. Kat dunia nie pun dah tak tahan, telah air limau ais pun tak mau hilang gak dahaga tak tahu la sok di dunia lagi satu nanti. 

13 hari lagi!!nape chibbi tanak keluar lagi nie? puas ibu cakap-cakap ngan chibbi tapi chibbi buat dek je ngan ibu..ish..ish..ish..takpe, anak ibu nie ringan je!heee...tadi check up dengan doktor Hamiza again!new look plak dia sebab dah gunting rambut nampak so young!heheheh Dr. hamiza kata chibbi dah turun bawah banyak dah tapi nampaknya memang tak nak keluar lagi kot. Then ibu bagitahu doktor yang ibu kurang rasa gerakan anak ibu nie. Doktor kata actually bila pegang perut rasanya ada contraction cuma ibu je yang tak perasan agaknya. huhuhuh then dia mintak midwives buatkan ujian CTG.

Dup..dup..dup...waaaah!kuatnya jantung anak ibu, actually ibu terperanjat!kuat sangat volume mesin tue kot. CTG kat dalam labour room, erm..masuk je bilik tue ada bau macam tak best!bau darah ke?ok!ibu actually gementar bila tahu itu bila nak bersalin. hahahahaha


Dari result CTG tue nampaknya contraction pun tak seberapa maka kesimpulannya ibu ada appoinment lagi dengan Doktor Hamiza next week. Chibbi suka berenang kat dalam nie yek?ok la..ibu tak paksa, duduk la sampai cukup masa nya..heheheheh muahx2!cayang chibbi ibu!
 

Saturday, March 31, 2012

DEbaR BErdEBar!

Halooo....


Common kot ek bagi 1st time mother nie rasa berdebar-debar. Tak pasal-pasal semalam payah tidur sebab berdebar and suddenly confuse dengan rasa sengal kat pinggang and macam terasa period pain. Gara-gara checkup semalam doktor explain rasa sakit contraction tue macam mana. huh!memang berdebar. Terngiang-ngiang aje kata-kata doktor siang tue. Adeh!chibbi, ibu tak boleh tido?golek kiri golek kanan dah serupa ayam golek bulan ramadhan pun mata tetap luas!at last,bangun sidai kain baru la mau mengantuk dua biji mata nie. 


Doktor kata sakit nak bersalin tue mula-mula rasa cam sengal-sengal kat pinggang dan bahagian rahim macam kena period pain. Lepas tue sakit tue semakin kerap dan kuat. Sempat juga doktor ajar macam mana nak meneran keluar si kecil. Masa contraction kuat tue, tarik nafas dalam-dalam dan push the baby. lepas tue hembus nafas, and tarik nafas semula untuk meneran keluar si kecil. Bila contraction berhenti, ambil masa untuk berehat dan mengumpul tenaga. Peringatan: Jangan keluarkan bunyi masa proses meneran sebab takkan keluar pun baby dan masa meneran tue kancingkan gigi. Heee harap2 ibu berjaya teran keluar si chibbi..Adeh!berdebar semula bila menaip pasal hal bersalin nie.


Doktor pesan juga nak minum air selusuh, minum la masa dah sakit. Bila bukaan dah 3cm nipis boleh la minum air selusuh sebab dari 3 nak ke 10 cm ada 7 cm lagi nak dibuka. 7 cm tue lebih kurang 7 jam menderita sakit. so air selusuh memudahkan proses bukaan la lebih kurang. Myself, takda ready air selusuh pun just minum air kelapa 2 hari sekali cenggitu. heee


Dalam berdebar terselit jugak perasaan tak kesabaran nak tengok rupa anak sendiri. TERUJA!rasa nak keluarkan dia cepat. Mungkinkah minggu depan sudah bergelar ibu?Semoga Allah memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran si chibbi. AMIN..

Thursday, February 23, 2012

PeREMpuaN CanTEK?

A good day!

Hurm...teringat petang semalam masa duduk makan buah mangga dengan Mr. Husband, rasa gatal nak tanya soalan merapu. "kalau mati masa beranak chibbi, sape nak jaga anak kita?" Tanya si isteri. "urm..takpe..nanti Mr. Husband kawen dengan perempuan CANTEK untuk jaga anak kita, chibbi perlukan ibu." Alamak!rasa nak tertelan biji mangga dengar jawapan PEREMPUAN CANTEK. heheheh "eh, kenapa mesti dia perempuan cantek?" Petang yang sengal buat kami berdua dan saya tak merajuk pun dengar jawapan MR. Husband. Ala..apa saya nak sekat, saya dah tiada di dunia, Mr. Husband kahwin jela wanita lain yang mampu jaga our chibbi baik-baik. Heee tapi boleh tak kalau saya nak request perempuan tu bukan perempuan cantik?Perempuan yang ada iras saya la eah?hehehehe

Owh sangat sedih juga bila di suatu malam dekat nak tidur Mr. Husband suruh saya tinggal di rumah mak di Gombak since dia risau saya tak mampu panjat tangga (perut berat). Tapi saya menangis hanya sebab saya tak mau la duduk jauh awal-awal since I plan to balik rumah mak bila dah sampai 37 minggu. Sekarang baru 32 minggu dan masih ada 5 minggu je lagi nak mengada-ngada dengan Mr. Husband. Hee macam mana nak kata ye bukan ke fitrah wanita tue bila dia kahwin banyak perasaan dia tertumpu kepada suaminya so even saya tidur rumah mak semalam kalau suami saya tiada ada rasa hilang sikit la. So I just don't want to feel it too early. Biarlah sampai masanya baru kita jauh-jauh yek..heee Love you yesterday, today and tomorrow!love you everyday!hee tetiba jiwang.

 

Tuesday, February 21, 2012

8 WeeKS To GO!

Halooo....

Actually 5 minit yang tadi saya sangat khusyuk buat kerja hingga bom meletop di tepi meja ini saya mungkin tidak akan menyedarinya (gile khusyuk!) suddenly saya 'diganggu' oleh my little chibby inside "ibu!" macam menyapa ibu nya yang sedang tekun (susah nak dapat tekun nie sayang) Then ibu 'assalamualaikum sayang...Ibu sayang kamu ketat-ketat"

8 weeks to go!hurm..hampir ke destinasi sudah, lagi 8 minggu ibu boleh tatap wajah awak, boleh cium awak, boleh peluk-peluk awak (babah kita letak tepi la kan?) Ahad lepas masa mencari baju nak pergi kenduri, si ibu ini telah terbelek-belek baju si kecil yang tersusun kemas dalam almari. Bisik si hati 'tak sabar nye nak tengok tuan punya baju nie.' cium-cium baju kecil tersebut berangan kan si pemakainya. 'ei, kumbah baju pula dia!' then babah ganggu lamunan ibu yang bersila cium baju kamu!hahahah SEE!kami sangat tak sabar nak jumpa kamu chibbi..

Sepatutnya saya sediakan senarai semak sebelum masuk labor room kan?maybe next entry boleh buat senarai semak. Sekarang kena fokus siapkan kerja yang selonggok atas meja nie supaya nanti saya dapat bercuti panjang dengan tenang.heee...

Tuesday, January 10, 2012

MonDAy BlueS

Halooo..

Monday blues clues datang lagi!pagi-pagi jem dasyat maybe sebab jalan tutup kot. Perhimpuan 0901 tu la..Pelik betul la dengan orang yang suka himpun berhimpun nie. Susah kat orang yang hak nak pergi keje cam I nie. Jenuh tau tekan clutch, tekan brek, tekan minyak, jalan pun paling tinggi gear 2 aje. Tolong pilih sabtu ke ahad ke nak berhimpun yek..Tak susah kat orang yang hak nak pergi kerja nie. 

Ape pun keputusannya Anwar bebas dari isu liwat tu yek?aih..yeke?Harapnya keputusan itu diadili dengan bijaksana la yek. Teman tak nak komen panjang-panjang isu politik Malaysia. No komen!(alamak, jawapan standard artis gituw!)

Dua tiga hari ni rasa hati berbunga kembang mekar macam bunga raflessia besarnya sebab Mr. Suami menyatakan hasrat mulianya untuk menyambung pengajian lagi tahun depan. Yeay!Akhirnya Mr.Suami rela hati untuk belajar lagi. (tiada paksaan ye nie) Alhamdulillah semoga impian terlaksana dan dimudahkan jalannya.


Kalau Mr.Suami nak sambung hingga PHD pun saya sokong kalau beliau berdaya la kan. Takut stress plak bila time nak stadi, time tue la anak kuek..kuek..heee...Saya sempat mengarut dengan Mr.Suami, nanti bila dah masuk mengaji, jangan la pula tersuka kat bebudak U tue pula. Kesian kat kami anak beranak. eceh!jangan marah cik abang..


Sebut cerita pasal mengaji nie, saya teringat bila abah suarakan satu isu yang berbunyi 'dia jadi macam tue sebab dia mengaji asrama, itu yang jauh dengan keluarga.' Hurm..yeke?Saya pun mengaji asrama juga dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 lepas tue masuk matrikulasi pastu mengaji nun jauh di Sabah. Jenuh kena naik belon 2 jam baru sampai. Saya elok je dok mengaji asrama. Ingat je kat keluarga, tau je asal usul. Saya tak terfikir pula isu mengaji asrama menjadikan sesorang tue jauh dari keluarga, bila besar jadi tak berapa heran kat famili. 

Rasa nak bebel panjang nie tapi tunggu next entri..hehehe

Thursday, January 5, 2012

New Year Chibbi!

Halooo...

 Happy New Year!!dah 5 haribulan baru terhegeh-hegeh nak wish new year. Bila muncul tahun baru ni antara yang bestnye adalah pergi bank dan semak 'blue book' $$$$. Alhamdulillah, berbaloi menabung!eceh! (ada yang intai-intai sport rim la tue). 


Biasa kalau masuk tahun baru orang mesti cakap kena pasang azam baru. Apa nak set ek tahun nie?hurm..biarlah rahsia!heee menggelabah je minah nie. Owh yang pastinya saya berazam untuk terer memasak tahun nie. Nak pandai masak segala menda, pastu nak tayang banyak-banyak kat blog nie. heee Saya memang 'phail' masak memasak nie, boleh kata Mr. Suami lagi terer la!


InsyaAllah tahun baru ini saya bakal bergelar seorang ibu. Rasa macam tak bersedia tapi bak kata zizan bolos saja dinding itu!hee..so be prepared untuk jadi ibu. Saya kena prepare lebih sebab mana tau anak saya nakal macam saya dulu-dulu ke?ha..jenuh!adakah saya akan jadi sepesen cam mak saya?heheheh TUNGGUUUU!!!!Diri sendiri pun tak boleh imagine nak jadi ibu cemana nanti.


Lembaran baru dibuka dengan check up bersama doktor Hamizah, hurm..timbang-timbang tengok memberat dengan jayanya!

Nie mesti sebab few days back makan 2 large pizza, semangkuk spaghetti dengan 3 ketul deli wings la nie. Anak di dalam pun memberat juga rupanya. 25 weeks dia dah achieve 900g. Saya dinasihatkan untuk berdiet sedikit dengan menjaga pengambilan makanan seharian. Oleh yang demikian, ibu dan anaknya pun mula berdiet. Pagi, 7 biji kuih serta air kosong, tenghari bihun sup sayur lebih serta susu soya manakala malam sup sayur serta buah. Anak ibu ok ke?heee...


Kesimpulannya, tahun 2012 ini permulaan cabaran baru kehidupan saya. Doakan saya dapat melaluinya dengan baik. aish,cemana ye rupa anak ibu!mulut cam babah ke?mata kecik cam babah ke?kulit cam ibu ke?heee seronok ok kalau berangan di kala waktu mengantuk nie.

Anyway, selamat tahun baru to all....