3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

Buku Baru 1432H

Salam...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada seluruh saudara islam seantero dunia (ceh!bajet wat ucapan kat Hotfm..=) )


HIJRAH bukan setakat maksud berpindah tapi meliputi segala aspek kehidupan. Apa yang saya nak hijrahkan di tahun baru nie ek? 1432H bakal ada penghijrahan besar dalam diri saya tidak lama lagi

Azam pengHIJRAHan 1432H nie:

1. HIJRAH dari kehidupan single kepada kehidupan berumahtangga.
2. HIJRAH menjadi seorang yang punctual segala segi termasuk solat
3. HIJRAH menjadi seorang yang lebih cool macam En. Shafie. Sangat kewl, ada masalah besar bila deal ngan dia rasa ringan jek plak..
4. HIJRAH menjadi seorang yang suka mencari ilmu
5. HIJRAH menjadi seorang yang lebih penyayang


5 penghijrahan besar yang saya nak buat bagi tahun 1432H. Saya tak nak lagi set azam tahun baru tapi saya nak reset azam di setiap tahun HIJRAH agar saya sentiasa berhijrah menjadi yang baik, lebih baik dan terbaik. 


To all muslims, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga setiap dari kita berusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan menjadi umat ISLAM yang cemerlang. amin.

Happy Weekend!

Haloo Monday!

Ish...hati rasa tak best pula gara-gara terima panggilan komplen dari customer. Oleh itu nak melegakan rasa tak best nie. Nie nak cerita pasal aktiviti hujung minggu baru nie. BEST! sangat sebab spend time dengan mak and adek-adek di Taman Tasik Titiwangsa. Saya tak pernah jejak kaki pun ke sana kebetulan ada pameran kraf OKU dan mak nak sangat pergi. 



Owh cantek rupanya Taman Tasik Titiwangsa nie even dok tengah bandar pun terasa gak la tenang. Macam jauh je dari ibu kota. Nak pula angin petang best je kat situ. Lebih ramai yang dok melepak dari yang beriadhah kat situ. Banyak nye couple la dok melayan rasa kat tepi tasik.Macam-macam cara dan gaya ada tapi for myself enjoy with my family. Lately nie rasa cam hening plak kat jiwa raga nie, sejak plan nak kawen next year, rasa macam nak spend banyak masa lagi ngan family.


Banyak gak aktiviti boleh layan kat taman nie termasuk la naik kereta kuda. Bayar seringgit je sekali pusing untuk dewasa and 50 sen untuk budak-budak. Kami pun naik la kereta kuda 2 kali pusingan. Pengalaman yang menarik gak la, next time boleh merasa naik kuda plaks. Berjalan keliling taman amek angin plan nak naik kayuh bot ke tengah tasik tapi kaunter pula tutup. Adek bongsu dah bad mood dah sebab dia beria sangat nak kayuh bot tue. Takpe, next week boleh pegi lagi bukan jauh pun rumah kita dengan taman nie.


Dok berehat tepi tasik tengok pemandangan, terfikir pula nak amek pre wed punya gambar kat sini. Mulanya plan nak amek tema memancing sambil berkelah di Ulu Yam untuk pre wed gambar tapi bila tengok Taman Tasik nie rasa cam best pulak..kih..kih...


Anyway, sangat enjoy dapat berjalan ngan family.