Hari ke-2 masuk kerja. Bestnye harini bos saya bercuti hingga esok..yeay! apsal ek kita suka bos kita cuti?kih3!
Jumaat cenggini cam biasa kena attend tazkirah di bilik training dengan tajuk sifat sombong. Tengok keliling bilik nampak si dia yang femes dengan title nie.heee sesuai sangat la tue anda dengar supaya lepas nie takdela menyombong melampau sangat.
Ustaz kata orang yang paling mulia adalah orang yang bertakwa. Antara sifat yang paling keji adalah sombong dan ia merupakan sifat Iblis. Mengikut kata ustaz tadi
1. Kalau kita meninggi diri beserta merendahkan orang lain ia dikira sebagai sombong
Situasi: seorang pemuda menegur sekumpulan anak muda yang sedang melepak di kaki lima
Pemuda: apsal kamu semua tak solat?cuba la jadi seperti aku nie, aku solat 5 waktu tak pernah tinggal
2. Meninggi diri tapi tidak merendahkan orang lain dikira sebagai riak
Situasi: seorang wanita menunjukkan gelang emas barunya
Wanita: Eh, jenab!cuba ko tengok gelang mas baru aku nie. berat nie, aku beli 5 ribu.
3. Meninggi diri dan merendahkan orang lain di dalam hati dikenali sebagai ujub
Situasi: Seorang lelaki yang berada di autoshow
Pemuda( di dalam hati): Dalam banyak kereta, hanya kereta aku je paling cantek. kereta budak mamat nie tah hape yang dia wat tah?macam ampeh!
Ish..ish..sebenarnya setiap manusia di kalangan kita semuanya memiliki sifat sombong dan hebatnya kita tidak sedar pun kita sedang menyombong. Tau tak?ustaz kata orang yang sombong nie Allah belokkan taufik dan hidayat darinya malah juga doa tidak dimakbulkan. Sifat sombong nie boleh jadi sombong dengan ALLAH, sombong dengan Nabi dan sombong dengan sesama manusia. Mengikut kepada Imam Al-Ghazali ada 7 tanda orang yang sombong nie
1. sifat sombong ada pada orang yag berilmu tinggi
2. kerana banyak nya ibadat
3. Keturunan yang baik
4. Cantik dan kesempurnaan
5. Harta kekayaan
6.Kekuatan/kekuasaan/kehebatan hingga boleh menzalimi orang bawahan
7. Mempunyai ramai pengikut atau nak murid
Heee sebenarnya kita kena selalu ingatkan diri kita nie supaya jangan la rasa bagus sangat dan sebolehnya serta berusaha untuk mmenyisihkan sifat sombong dari diri kita nie
Kat kilang saya nie ada seorang yang sangat sombong. Tak tahu apsal tah dia nak sombong sangat menyebabkan ramai orang tak suka nak berkawan ngan dia. Ramai orang kalu terserempak dengan dia tidak akan senyum, menegur atau memandang dia sebab dia sangat SOMBONG!Dia tak sombong bila perlu bantuan sahaja. EEEE teruk!elok la ko dengar tazkirah tadi supaya takdelah over sangat menyombong tue. Hik!
PS: kengkawan jangan sombong-sombong tau kang jadi kera sumbang
kih..kih..kih |