3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 1, 2011

NeW YeaR BeGINsssss...

Halooo...

Alhamdulillah, masih bisa berada ditahun baru 2011. Masih bernafas di suasana baru 2011. Ada debaran meniti saban hari di tahun baru, ada cabaran menanti di setiap detik masa tahun baru 2011 ini. Angka umur semakin bertambah, pengalaman hidup juga meningkat. Ramai manusia terkinja-kinja gembira malah ramai juga yang berduka lara menyambut tahun baru. Bagi aku, aku suka, aku berdebar juga aku gusar menyambut tahun baru.

2010 sudah menjadi sejarah, 365 hari telah aku habiskan dengan tidak tahu berapa banyak udara yang aku hirup demi terus hidup dan kini telah berada di hari pertama 2011. Semacam ada kesal di balik hati kecil kerana tidak meniti 2010 dengan sebaik-baiknya. Aku rasa tidak menggunakan masa yang telah diberi dengan baik. Aku terasa aku telah lalai sepanjang 2010. Keadaan aku pagi ini umpama terhantuk batu kerana mamai diulit mimpi indah. Baru terjaga?Baru sedar? heee lucu!Terima kasih Allah kerana meniup sedar ku di kala azan subuh ku dengar pagi ini. Alunan azan pagi ini yang paling indah pernah aku dengar, alunan yang sangat menginsafkan. HEBATnya ALLAH. Walaupun aku sering lupakan kan MU namun KAU masih sayangkan aku. MALU!aku rasa malu dengan MU.

2011 ini aku tidak mahu lagi sia-siakan hidup ku. Tidak mahu lagi lalai dengan duniawi. Aku perlu perbetulkan diri ku. Aku perlu lebih dekat, lebih cinta kan MU. 1.1.2011 ini seperti ada nafas baru buat ku. Aku mahu jadi lebih baik!Aku mahu jadi lebih berilmu!Aku mahu jadi yang TERBAIK!

2011 aku bakal jadi isteri kepada seorang suami, terima kasih akan kesedaran ini kerana terasa bebanan tugas masa depan. Aku mahu jadi anak solehah!aku mahu doa ku kelak boleh membantu ibu-bapa ku. Aku mahu hidup ku lebih bermakna. Aku mahu 2011 lebih baik dari sejarah ku 2010...