3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 7, 2010

Melayu dan Sifat Kemelayuan

Haloo...

What about today?Hari ini hari sabtu tapi saya kena bekerja sampai pukul 1. Biasalah kalau di hari sabtu ini, cuaca keje lain macam sikit. Saya main-main je yang lebih tapi terasa lambatnye jarum jam tue nak pegi ke pukul satu. Hari ini saya takde sebarang plan tapi saje nak cepat balik. heheheh

Saya nak cerita sedikit environment saya bekerja di tempat baru nie. Lepas je belaja di Matrix, saya memang tak tahu nak amek course ape and saya pun masa tue confuse dengan kehendak dan keperluan saya. Nak jadi cerita, saya pilih bidang Food Science walaupun saya langsung takde idea tentang bidang ini, yang saya tahu manusia perlu makan so saya kena masuk bidang makanan supaya bila saya habis belaja nanti saya takdelah tanam anggur. heheheh

Perjalanan karier yang pelbagai, akhirnya saya diterima bekerja di sebuah syarikat swasta yang memproses makanan sejuk beku berasaskan daging dan terkenal. Jika sebelum ini saya bekerja dibawah pengawasan bos tapi disini, saya pula yang mengawas orang bawahan. Agak kekok juga saya nie seorang yang sangat tak suka handle masalah orang. Masalah keje saya ok jek tapi kalo ada anak buah nie saya kena piki masalah anak buah plak.

Bercakap pasal ada anak buah dan terpaksa monitor kerja mereka, baru-baru ini saya terpaksa mengendali satu masalah besar yang wujud dalam jabatan saya. Saya nie orang baru, jadi dah tentulah saya rapat dengan beberapa anak buah untuk tujuan kerja, yelah untuk saya faham tentang proses, kerja rutin jabatan dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, saya rapat dengan beberapa orang terutama QC Assistant Supervisor dan Lab assistant dan pada masa yang sama, salah seorang dari assistant saya telah meletak jawatan untuk menyambung pengajian. Dek kerana itu, saya berusaha mencari pengganti dan yang paling layak adalah Lab assistant saya sahaja kerana kerja yang cekap, rajin, report writing yang baik, boleh membuat keputusan jika berlaku masalah cuma dia lemah dalam kepimpinan tapi masih boleh digilap. Saya memang agak rapat dengan dia tapi tidak la melampau hanya kerana hal keje sahaja yang menyebabkan kami rapat.

Bagi saya yang sudah biasa bekerja dalam team, saya tidak nampak apa yang pelik pun sebab dengan yang lain pun saya sama rata sahaja cuma terbatas la sedikit, yelah yang lain hanya level SPM sahaja, 3,4 orang sahaja ada sijil dan diploma dalam bidang ini termasuk lab assistant saya. Pada suatu hari, ada rakan yang telah menceritakan pada saya tentang skandal dan gosip anak -anak buah saya dan saya tidaklah melatah pun sebab biasalah orang melayu nie nak pula kerja kilang cenggini. Ada sajalah skandal, ada yang ada anak ikan, ada yang teman tapi mesra dan bla..bla..bla..

Saya pun gatal mulut, saya tanya pada lab assistant saya tentang apa yang saya dengar namun dia hanya menjawab tak tahu dan saya mensihatkan jauhkanlah skandal di tempat keje nie. Tak sangka pula orang yang berkenaan tahu tentang itu tapi lebih mengejutkan dia boleh mengadakan fitnah yang menyatakan lab asisstant tue yang bawak mulut dan cerita kepada saya. subhanallah..bukan sahaja itu, malah dia tergamak membuat fitnah lebih dasyat lagi pada anak buah saya itu sehingga saya sendiri hilang sabar. Pernah dulu saya terangkan pada nya duduk hal sebenar tapi itulah masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Kesian anak buah saya yang seorang itu, hingga dia ambil tindakan bercuti 4 hari untuk meredakan perasaan. Hasil siasatan yang saya buat, saya baru tahu ini semua kerana dengki.

Dengan menggunakan kuasa veto saya, saya adakan morning briefing pagi tadi bertujuan memberi amaran kepada mereka yang tidak tahu menilai baik buruk walaupun umur dah tua. Saya beri amaran kepada semua, jika saya dapat lagi berita fitnah memfitnah ini, saya tidak teragak-agak membuang orang tersebut bekerja dan syarikat tidak memerlukan orang seperti itu. Saya turut menegaskan jangan rasa diri itu HEBAT sangat. Jangan asyik menyebut dia sepatutnya..dia sepatutnya..dia sepatutnya..TUKAR!saya sepatutnya..saya sepatutnya..Semua yang ada dalam briefing terdiam dan menunduk cuma seorang ini sahaja yang tengok saya macam nak kuar biji mata. Last sekali saya sudahkan briefing dengan cara baik dan bersurai.

Akak yang sorang nie pula tak faham bahasa, nampak sangat dia makan cili, beria dia nak terangkan kepada saya duduk perkara sebenar dan saya hanya minta dia berfikir sebelum menerangkan serta saya tidak mahu lagi membincangkan hal dia sebab saya sudah beritahu dalam briefing tersebut. Saya memang pantang jumpa mereka yang plastik nie, siap nangis pula tapi bagi saya ini tempat kerja dan seharusnya kerja dengan jujur dan berhemah. Disini bukan tempat untuk tunjuk hebat atau tunjuk kuat ibarat kata Nabil 'Lu Pikir la..'

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, sebelum ada rasa dengki-mendengki anda tengok la diri anda dahulu. Mampu kah memikul tanggungjawab?Anda buktikan dahulu kemampuan anda dan jangan sibuk menjaja fitnah jika anda tidak terpilih. Ini lah kalo kerja cuaca melayu nie, tak lari dari dengki mendengki, tidak boleh ditegur, malas. Hari ini saya simpulkan, orang yang berkenaan bawa-bawa la mengucap dan jangan sibuk nak buat propaganda.

Tanam la sedikit rasa kasihan pada orang lain, jangan anda pukul sama rata sahaja.

kucing yang terkantoi