3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

Cabaran Bertunang!

Halooo Khamis!

Kalau tengok kepada countdown yang saya tepek kat blog nie, saya hanya ada beberapa bulan je lagi untuk ke alam baru menjadi isteri orang namun begitu sukar nya berada di alam pertunangan ini. Betul la kata ramai orang yang masa bertunang nie sangat banyak cabaran dan dugaan. 
Oleh itu, saya cuba mencari nasihat dengan bertanya rakan serta saya terjumpa satu nasihat di sebuah laman sesawang

bertunang itu untuk kita belajar mengenali pasangan kita dari sudut luaranya saja.sudah bernikah nanti barulah kita tau sikap tunang kitasebenarnya. jadi semasa bertunang itulah kita kena pupuk kan kasih sayang ( mengikut cara islam ) beri perhatian yang lebih padanya supaya dirinya rasa dihargai. kerana ini semua akan memberi kenangan padanya. dan keyakinan padanya. harus diingat cara kita melayan dia juga ada kalanya boleh buat tunang kita tak yakin atau yakin pada kita. jangan sesekali endah tak endah dengan perasaan tunang kita. jadikan lah dan belajarlah jadikan dia tempat mengadu . bagi seorang lelaki bagaimana dia nak jadi seorang pembimbing kalau pasangannya bersikap negatif padanya. fikirkanlah kebaikkanya juga. tak ada manusia yang betul2 baik di dunia. sesudah berkahwin nanti berjemaahlah selalu. kalau pasangan kita sayang pada kita percayalah apa pun dia akan buat bersama2 kita.masaallah nikmatnya rasa kasih sayang yang tuhan beri untuk kita..... kasih sayang . sikap sabar dan timbang rasa   itu paling penting  dalam sesuatu hubungan selain agama. kerana masa sekarang terlalu banyak orang yang baik pada luaranya dan bertopengkan agama semata untuk mendapatkan apa saja. dan lagi satu terimalah keburukan pasangan anda dan sama sama lah berbincang untuk memperbaikinyahere

Oleh itu, kepada yang sedang di alam bertunang, renungkanlah nasihat di atas. Buat diri ini, semoga dapat bertabah hati serta bersedia menerima keburukan dirinya serta yakin dia mampu membahagiakan di masa kelak. Berdoa agar dia mampu membimbing diri ini ke jalan syurga bila diri ini sudah sah menjadi milik dia. 

After membaca nasihat tersebut, sedikit sinar saya perolehi. Dear hati berhenti la bersedih. Semoga semua urusan dipermudahkan. Ameen