Hai Tues,
Hee sibuk!itu pasal dah lama tak update blog saya nie. Tersangat sunyi yek?heheheh take, harini saya nak bercerita pasal tarikh 1 May dan kenapa saya memilih tarikh itu.
Dalam keluarga saya ada 2 perkara yang berkaitan dengan 1 may bukan setakat menyambut hari buruh / hari pekerja tapi adalah tarikh pernikahan parents saya. 1 may 1983 adalah tarikh mak dan abah di ijab kabulkan. Pada tarikh 1 may 2011 maka genaplah 28 tahun mereka menjadi suami isteri. So saya mengabadikan tarikh tersebut sebagai tarikh pernikahan saya dengan lelaki pilihan hati, chewah! sebagai teman hidup saya. Alahai sweet ok tang ayat lelaki pilihan hati. cukup perasan!hahahah
Kebetulan pula ye, 1 may 1983 mak saya dinikahkan di usia 17 tahun tapi saya anak sulungnya bakal dinikahkan pada 1 may 2011 ketika berusia 27 tahun. hehehe alahai kesian! majlis pernikahan saya nanti bukan setakat meraikan saya ke alam baru malah meraikan juga kedua ibu bapa saya yang sudah menjadi suami isteri. Lebih bermakna juga sebab adik saya zamry juga diraikan dengan disekalikan majlis menjemput menantu. Seorang lagi ahli keluarga yang diraikan adalah adik saya Zafirah yang menyambut hari lahir nye yang ke-13. So saya berbesar hati untuk celebrate together!
Saya memikirkan sesuatu yang agak menarik!saya nak buat majlis potong pulut kuning berhias sebagai simbolik meraikan macam-macam perkara pada hari tersebut. Mana nak cari yek pulut kuning berhias nie?heeee keep searching!