Halooo Thursday...
" Hai Cik Zam!Baru nampak muka yek?" pagi-pagi je kak Sina dah menegur dan saya hanya membalas dengan senyuman paling manis umpama gula batu.hehehehe Agak bersemangat hadir ke kilang harini selepas cuti lama yang boleh dikatakan panjang tapi ada sikit mengantuk plak pagi nie sebab tido pun dah pukul 1 pagi.heee
SERONOK! sebab mak, abah, kakak and baby dah pulang ke rumah after 3 days bercuti di utara. Seronok betul adek-adek saya dapat bercuti, almaklumla abah saya nie jenis tak rajin nak bawak jenjalan so bila dapat jenjalan cenggitu bukan main gumbira hati mereka. Balik umah bawa cerita macam-macam. Mak pun nampak sangat happy, ruginya saya tak dapat ikut.
Abah komplen tak cukup masa nak round banyak tempat kat Langkawi. Abah kata tak sempat merasa naik cabel car sebab ujan, tak dapat bagi makan burung helang tengah laut sebab tak jupe cari (lambat jumpa peta), tak sempat pi banyak pantai. huhuhu kesiannya abah, takpe abah nanti kita pergi la yek?heee
Paling menghiburkan bila mak saya cerita pasala baby, adek bongsu kesayangan saya tue. Macam-macam karenah dia kat sana. Paling saya rasa lawak pasal cerita dia di kedai mamak
Abah: Bagi mee goreng mamak satu
Adek: Bagi mee goreng melayu satu
Mamak: Aiyo adek...mee goreng melayu takde la adek..
Semua yang lain: kin..kih..kih (gelakkan dia)
mee goreng mamak |
mee goreng basah |
Baby pun nampaknya matang jugak, dengar mak cerita pasal di pantai Cenang
Mak: Amboi canteknya, pasir pun hitam
Adek: Mak, kena sebut subhanallah (dia menyebut beberapa kali)
Mak: Subhanallah
Adek: Kalau kita tengok laut camni kita sebut subhanallah mak, kalo kita tengok bangunan cantek ke baru la boleh sebut cantiknya..
Mat salleh nie biasalah kalo dok bercuti tepi laut nie. Abeh sume kain nak buka tinggal kain kecik-kecik je dah.
Adek: Ish! mak..nape dorang nie pakai cenggitu
Mak: hurm..omputih mana tau jaga aurat
Adek: kita tak boleh tengok mak. Kita kena sebut astaghafirullah (ulang-ulang menyebut dan terus mengalih pandangan)
Hee...My Little brother sudah agak matang!I'm so proud of you. Dari cerita mak, saya rasa termalu sendiri jugak. Sepatutnya saya kena tiru sifat baik adek saya nie. Tenkiu Baby untuk nilai yang kamu tunjukkan.
Seronok tengok semua orang hepi...Mak sibuk dengan pinggan mangkuknya. Amboi banyak nye barang mak beli. Borong sakan nampaknya.
PS: Hope boleh jenjalan langkawi lagi hujung bulan nie?heee