3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 15, 2010

Dear Hati Alkisah 2

Salam..haloo

Ntah kenapa ek..harini macam sebal dan banyak pula perkara yang menyesakkan jiwa. Pertamanya akibat tidak cukup tidur. Setiap kali bangun pagi ada rasa badan tak rehat dan rasa letih. Alhamdulillah setiap kali pegi keje Miz Pucca tak perlu mengharung jem kalau tidak mesti rasa lebih penat yek. Bila permulaan hari dah tak best, hampir setengah hari dalam keadaan moody (di jiwa sahaja tapi telepas gak pada yang berkenaan sahaja).
Keduanya adalah S.T.R.E.S.S dan datang dari pelbagai cabang. Stress dengan kerja sebab semakin hari semakin berlambak dan kini Miz Pucca lebih suka berada di opis lebih dari 12 jam (tak mengapa mentara belum ada tanggungjawab besar dan sebenarnya lebih baik dari merayau sampai ke Damansara). Stress dengan kewangan apabila memikirkan keadaan masa kini yang jika nak kenduri kahwin duit keluar macam air. Apa sahaja berkaitan kawin too pricey! STRESS dengan keadaan semasa ini. Miz Pucca ada satu STRESS hebat yang tak dapat nak ditulis disini tapi yang pasti amat berkaitan ngan hati sendiri.

Jalan keluar daripada kedua masalah itu adalah Miz Pucca ingin menjalani kehidupan yang lebih normal dengan cara menukar number handphone supaya Miz Pucca boleh berada dalam mode silent yang selesa. Jadi kepada sesiapa yang berkenan nak berhubung dengan Miz Pucca boleh la melalui laman sosial FB atau emel sahaja. Number baru itu hanya untuk tujuan kerja serta mereka yang terdekat sahaja.Supaya bebanan di fikiran berkurangan serta dapat tidur dengan lena serta cergas hendaknya. Tindakan ini untuk 15 Oktober 2010.

Miz Pucca nie dah banyak mengalami kelupaan dan baru kini perasan yang diri yang dulu adalah lebih baik (konteks kejiwaan). Makanya bagi mengurangkan stress adalah lebih dekat dan praktikal mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Memperbanyakkan santapan rohani dan dengan demikian la Miz Pucca sangat perlu berada di posisi silent mode bagi mencari erti diri sendiri. Pengharapan Miz Pucca adalah tinggi supaya kembali kepada jiwa yang naif dan lebih sayang DIA dari segala yang lain. 
Memang Miz Pucca mood tak best harini jadi tulisan pada harini juga ke arah yang tak best. Hanya disini untuk mencoret rasa hati..