Ikut hati MATI, Ikut rasa BINASAMalam nie Miz Pucca rasa payah nak lelapkan mata walaupun sebenarnya mata yang dua biji nie dah rasa pedih sebab mengantuk tapi otak nie tak berhenti berfikir. Miz Pucca baru je lepas tengok video kemalangan ngeri di lebuhraya PLUS yang rakan-rakan FB letak di wall mereka. Sangat dasyat ye tuan-tuan dengan mayat bergelimpangan sana sini mungkin tercampak kot. Paling Miz Pucca tak boleh imagine adalah kereta Myvi merah yang dihempap oleh Bus Ekspress Delima tue. Orang kat dalam kereta tue agaknya sure lenyek kot. Adus!ngeri pastu dalam video tue ada tunjuk mayat yang hilang kepala, muka pecah dan ada mayat yang terhempap dek bas itu. Owh!ngerinye...
Hati ini ada rasa keinsafan bila tengok keadaan camtu. Rasa insaf bila di jalan raya sebab kita tak tahu bila kita ni mati dan atas sebab ape kematian kita itu. Serius Miz Pucca terasa yang maut itu menjengah bila-bila masa sahaja. Miz Pucca teringat pula pesanan mak yang Miz Pucca selalu lupa nak amalkan which is bila nak gerak je (driving atau menunggang motor even berbasikal) mak pesan untuk mengucap dahulu. Miz Pucca terfikir jugak yek kalau Miz Pucca adalah driver Myvi Merah itu, dalam keadaan panik serta berlaku dengan pantas adakah Miz Pucca sempat untuk mengucapkan kalimah syahadah?sebelum nyawa bercerai dari badan jika berada di situasi itu?Nauzubillah!Miz Pucca sangat berdoa supaya tidak menemui ajal sebegitu rupa. Mak pesan juga sebelum tido amalkan mengucap syahadah itu yang sememangnya Miz Pucca selalu miss.
Miz Pucca bayangkan jika Miz Pucca adalah penumpang bas dan sedang nyenyak tidur (standard perangai Miz Pucca bila naik kenderaan awam, mata nie suka nak lelap tau). Langsung tak sempat nak bangun pun dari tidur terus menemui ajal atau mungkin sempat sesaat terjaga bila dengar jeritan penumpang lain yang panik dan sedar akan kecemasan itu, again..Adakah sempat aku mengucap?nauzubillah..jauhkan la dari kematian sebegitu.
Actually banyak lagi yang Miz Pucca dok fikir berkaitan dengan peristiwa kemalanga ngeri 10.10.10 itu namun dah tak terdaya nak menulis nya disini dan jauh disudut hati supaya Miz Pucca mengamalkan pesanan mak Miz Pucca. Apa-apa pun, mengingati mati sememangnya buat kita rasa seperti tiada esok dan maut sedang mengekori kita. Terasa juga seperti malaikat maut jumpa kita hari-hari, setiap detik dan ketika. Miz Pucca berazam memantapkan iman serta mendekatkan diri pada ALLAH. The End