3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Just Married!!!

Halooo...


7 bulan yang lalu : Aku terima nikahnya si dia binti ayahnya dengan mas kahwin sekian barang/wang. Tunai... 


Kawan: Dah 7 bulan kahwin dah..masih upload gambar kahwin lagi ke?
Empunya gambar: Sebab rasa masih baru kahwin...heee (senyum simpulan bahasa)

Saya antara yang baru menikah, batch 2011. heee Saya antara mereka yang menikah lambat juga sebab ramai yang kata umur sesuai menikah nie 25 tue just nice. Saya menikah di usia 27 tahun (matang sikit, kiranya kalau kelapa tue kira sedang baik la santannya). Sepanjang tempoh umur 18 tahun (minima usia kenal cinta) hingga 23 tahun, saya antara mereka yang kurang terfokus kepada isu cinta since saya masih belajar dan memegang prinsip 'Lebih baik fail sebab aku main daripada fail sebab bercintan cintun' Yes, saya menamatkan pengajian dengan baik serta enjoy dengan kehidupan sebagai seorang student. 

Berbekalkan segulung ijazah dalam Food Science and Nutrition (Lulusan universiti tempatan), saya kembara mencari kerja (kembara melalui surat khabar je..hee). Target saya adalah kilang sebab saya aim 10 tahun akan datang saya sudah berada di posisi QA dengan jawatan membanggakan.eceh!Mak adalah insan pertama yang sangat tegas dan membantah keras usaha saya untuk bekerja di kilang kerana takutnya saya sangkut dengan mamat kilang. Memang rezekinya dah tertulis saya diberi peluang kerja yang pertama (dalam bidang) di Bioherbs Laboratories Sdn Bhd area Sunway Damansara as a production chemist. Nama jawatan je tapi sebenarnya tugasan harian adalah QC. 


Bermula episod saya sebagai pekerja dan episod mengenal kasih sayang. Eceh!memang apa yang mak saya takut sangat tue benar-benar terjadi. Saya tersangkut hati dengan mamat kilang cuma dia bukan operator la. QC kerja rapat mestilah dengan production team kan? kalo tempat lain QC dengan production musuh ketat tapi disini QC baik pula dengan production. Saya suka mengekor aka membuntuti production supervisor nie sebab masa awal kemasukan saya, company tengah kurang job so saya ikut dia buang product reject. Mula-mula saya kenal production supervisor nie saya rasa dia bijak sebab dia suka bercerita tentang mesin dan dia bagi saya faham dengan cara mudah. Lepas cerita mesin, cerita dah jadi lain...hahaha melalui cerita nya saya tahu dia seorang yang suka duduk rumah, suka indoor activities, minat permainan PS2, minat robot, kawan baik dia duduk rawang keje perodua nama Iswan, anak peneroka, agak-agak gaji dia pergi rawang jumpa Iswan. 


Lepas cerita-cerita kat kilang, cerita-cerita kat sms pula tapi tak mesra alam sangat. Lama-lama mesra alam flora jadinya. Sedar tak ingat dah couple  (dikecilkan sebab malu..blushing..blushing). Nak kahwin, kena usha line clear ke tak kan?nak jadi cerita line tak clear sebab mak saya tak suka. Tak suka sebab dia belajar tak tinggi tapi bagi saya dia belajar tak tinggi sebab hidupnya banyak kekangan tambah pula dengan ketiadaan bapa serta masih ramai adik yang ingin bersekolah. (saya respect gile kat production supervisor nie) Saya suka dia, dia suka saya pengorbanan pertama kami if betol la awak nak saya, awak sambung belajar. Saya suka awak maka saya sanggup sambung study. Bulan 6 tahun pertama kami suka sama suka tue dia sambung diploma dalam kejuruteraan mekanikal. Tuntutan sabar pada kala ini memang diperlukan. Saya sabar tunggu dia habiskan study dan dia sabar menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja dan pelajar (I am proud of You!). 

Setiap semester dia cemerlang dan saya sentiasa update mak saya tentang pencapaian dia. Tujuan hanya satu!Mak, terima la dia.heee Semakin lama mak saya semakin percaya kan kemampuan dia. Kesabaran itu memang besar kemanisannya apabila saya akhirnya dibenarkan untuk membawa pulang dia ke rumah untuk diperkenalkan kepada mak dan abah buat pertama kalinya. Mak bertanyakan pelbagai perkara malah terus membincangkan tentang pertunangan. Urusan kami dimudahkan hingga akhirnya dinikahkan selepas 3 tahun berkawan dan melalui pelbagai cabaran. (saya tak cerita sepenuhnya cabaran lain)


Bila dah kahwin, lupakan 3 tahun dulu perkenalan. Reset semula macam saya baru kenal dia sebab alam rumahtangga jauh bezanya dengan sebelum ini. Hakikatnya benar sebab bila tinggal sebumbung, tidur sebantal, makan sepinggan banyak baik dan buruk pasangan yang kita nampak. Masa ini baru kita tahu, contoh:  kesukaannya kalau makan nasi mesti nak budu (masa dating tak pernah tau pun kaki budu sebab asik ajak makan McD). Kalau tidur, tak sah kalau tak mengigau (sampai tak lena dibuatnya), Kalau memasak mesti guna application clean as you go (macam theme hygiene olympic jusco), sambil godak sayur kena sambil-sambil kemas dapur. Ini antara contohnya!So peringkat ini macam mana?belajarlah mengenali dan memahami (saya faham begini untuk saya yang baru setahun jagung). 


Saya tak pernah di bawa kenal oleh bakal suami kepada bakal ibu mertua hatta hari raya saya tidak pernah berjalan ke rumah bakal ibu mertua. Ini tegahan ibu bapa saya. Apa yang saya buat untuk mengambil hati bakal mertua yang saya belum temui, saya titipkan kuih raya yang saya buat sendiri untuk bakal ibu mertua melalui bakal suami saya. Kejutan budaya memang terjadi pada saya selepas menikah bila memasuki keluarga suami. Alhamdulillah ibu mertua saya seorang yang optimis dan sentiasa menyelesakan. Tapi saya mahu ibu mertua lebih selesa dengan saya. Seperti saya maklum, suami saya sudah tiada bapa jadi sejak sebelum kahwin saya menanam rasa untuk tidak menjadi penghalang kepada suami untuk berbakti kepada ibunya. Yelah, ibunya duduk di kampung, tidak ada kenderaan pula, masih ada adik kecil yang bersekolah rendah saya suka suami berbakti kepada ibunya. Awal-awal dulu suami pesan pada saya untuk sentiasa merasa redha bila dia berbakti kepada ibunya sebab nanti bila kami punya anak, anak itu buat perkara yang sama macam suami saya lakukan pada ibunya. 


Antara pesanan awal suami buat saya juga, tanamkan sifat bersederhana dalam hubungan. Bersederhana dalam semua segi supaya bila sampai peringkat bertengkar tidak la sampai mengguris hati masing-masing dengan kata-kata kesat dan sebagainya(ada terdengar jenis yang bila bergaduh suka minta diceraikan). Ada benarnya juga bila bersederhana sampai marah pun jadi sederhana. Then timbul rasa seronok dan manis berumahtangga walaupun terpaksa spend time masa hanya 6 jam sehari sahaja.

Kisah ini actually untuk panduan (sikit je la) untuk rakan-rakan yang belum berumahtangga dan buat rakan-rakan yang baru berumahtangga macam saya. Saya doakan agar rakan yang belum berumahtangga tue dimudahkan jodoh dan buat rakan-rakan yang sudah berumahtangga pula sentiasa seronok menjalani kehidupan suami isteri.  


Wednesday, December 21, 2011

Selamat Hari LAhir Suami Ku!


Happy Birthday!

Bestday sape yang dok sakan berbelon tue?hee Today is my husband's birthday!weeeehoooo...

Semalam dah terfikir nak wish before sleep tapi disebabkan sindrom ibu mengandung yang pelupa nie menyebabkan saya tidur lebih awal depan TV. Bangun pagi as usual buat nasi goreng untuk Mr.Husband then terus kelam kabut bersiap nak pergi kerja. Langsung lupa nak wish beday dia and kiss..kiss sikit! (gediks). Only realize bila buka facebook perasan ramai orang wish beday Mr. Husband!

 Segak sungguh pakai baju oren! Itu Mr. Husband saya, lelaki pilihan hati sejak 3 tahun yang lalu. heee Senyum nya menawan ok!tengok senyuman pun kenyang (yeke?) hahahaha 

My Dear Husband, 

Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki, diberi keberkatan umur, sentiasa dipandu untuk menjadi anak yang soleh, suami yang beriman, babah yang penyabar. amin.. 
 

Thursday, December 15, 2011

Hanya Sebab Tudung.......

Dear Mr.Husband...

Hanya kerana pakai tudung tak betol, B kena marah.

Hanya kerana pakai tudung senget, jadi keluar rumah lambat. B kena marah sebab salahkan tayar keta B tukar belakang pergi depan, sebabkan kereta gegar bila time-time lambat nie nak rushing laju-laju tak boleh.

Hanya kerana pakai tudung senget, salahkan kereta, pastu marah B sebab bila lambat tak boleh nak makan nasi lemak. (Baby minta nasi lemak pagi nie, so mommy frust la kunun, mommy pun marahkan babah)

Sure Mr.husband melalui pagi yang tensen kan sebab wifey nya marah tak pasal-pasal hanya kerana tudung pink yang dipakai tak betul. Heee...

On the way pergi kerja, eh!jalan langsung tak jem rupanya. Even traffic light pun macam faham je sebab semuanya hijau. Perjalanan ke tempat kerja sangat mudah harini dan sempat menyinggah gerai nasi lemak beli nasi lemak dan kuih karipap 3 ketoi. Alamak!rasa tak best sebab dah marah-marah Mr. Husband pepagi buta harini.

To My Lovely Mr. Husband,

I am sorry sebab pagi-pagi B dah kena marah. B duduk kat birai katil terpinga-pinga kena marah sambil tengok wifey nye nie betulkan tudung. Sorry sebab tinggalkan je B kunci pintu and grill sorang-sorang. Sori sebab tak salam cium tangan B pun pagi tadi. SO SORRY!

From Wifey...

Saturday, December 10, 2011

Pagi Huru HAra

Halooo

Celik mata terkejut!Lewat nak solat subuh. Lepas solat terus rasa nak membebel, memang membebel dan jadi berjela-jela panjangnya. Sudahnya lewat ke tempat kerja. Driving pun dengan hati yang agak panas. Si chibbi dalam perut macam berjingga-jingga maybe sebab jantung dipam dengan cepatnya. 

Lewat jugak pergi keje harini sebab membersih bahagian dapur. Balik keje harini misi utama menyental bilik mandi dan toilet, lipat kain, mengemas bilik sidai kain dengan arrange semula kotak-kotak yang semak mata dalam bilik tue. 


Sekian kisah 'maid' tak bergaji.

Ps: mak saya pesan tak elok bising-bising di waktu pagi. Katanya rezeki susah masuk nanti.

Layan le Osbon minggu 7 nie bagi ceria semula..LAWAK GILE!

Friday, December 9, 2011

Saya Dan Gambar!!!

Halooo...

Harini asik membelek gambar-gambar kahwin haritu kat facebook. Best la pula bila tengok semula gambar-gambar yang tertepek kat FB. Belek punya belek terperasan yang tiada gambar terbaru di FB yang saya upload. Gambar honeymoon pun takde. Ingat balik rumah kejap lagi nak ajak bergambar la kot ek?heheheh Nie yang terasa nak flashback nie, dulu masa cintan cintun si dia tue suka sangat la amek gambar I nie, penuh la dalam memori kad tepon tue. La dah jadi bini,ingat-ingat balik dah 7 bulan takde amek gambar I pun.hahahah Mr.Husband memang jenis tak suka bergambar pun selalu je request ditolak mentah-mentah. Agaknya dia dok tunggu kamera DSLR kot baru nak sakan bergambar ngan I nie.

Agaknye kena tunggu Chibbi kami nie keluar dulu kot baru le I ada gambar baru kot.heheheh anyway, syukur..stage sekarang dah mula rasa chibbi kat dalam. Rasa macam angin!seronok bila rasa nyut..nyut tue especially ketara masa sedang rehat-rehat santai. hee..



Tuesday, November 8, 2011

SUka!CheRAting & KemAMaN TriP HuJUNg TAhuN 2011

Halooo..

Selamat menjalani ibadah korban buat muslimin dan muslimat seluruhnya. Tahun nie beraya AidilAdha bersama keluarga di Jerantut Feri, The husband jugaks. (sayaNG kamu ketat-ketat). Bersempena itu juga abah buat akikah untuk adek bongsu kami. Hurm takde gambar sebab memang tak amek gambar pun.hehehehe 


Tak lama lagi dah cuti sekolah.yahoooo!macam la budak sekolah jugak. Baru kejap2 tadi buat plan ngan the husband nak pergi bercuti since teringat pula kat adek-adek the husband dok kat kampung tak pi memana. Adek I takpe..cuti sekolah bawak pi jalan dalam bandar, pi zoo, pi aquaria dorang dah suka sangat dah pun tak pun bawa ja pi tengok wayang pastu berjingga kat time square pun dah orait dah. Adek-adek the husband nak pi mana?tengok sawit hari-hari, dah tue nak ke bandar pun jauh setakat jerantut je pun. 


Fikir punya fikir, usha punya usha, ape kata enjoy the beach!chewah!Tak pernah pergi Cherating, so I choose Cherating untuk spend the holiday with mother in-law and 2 adik ipar yang masih bersekolah. Takpe, tahun nie abang korang nak bawa jenjalan sampai kemaman katanya.Yeay!double suka, seronok, happy!




Jom kita tengok ape gaknye yang best kat Cherating ye...
stay at suria cherating beach resort   


Mangrove River Tour:
Boat tour dalam hutan Mangrove sejam setengah dengan bayaran 25.00 sorang. Macam best!enjoy nature la kan...heee

Fire flies tour kat tasik chini, 20.00 sorang.Hurm sure the husband takmo bawak kot.heee anyway datang cherating untuk berehat dan menikmati alam. Dapat jalan-jalan cari makan pun best. Initial plan,


24/12/2011 - Balik Pahang after kerja.
25/12/2011 - stay kat kampung je, bagi mak and adik-adik berkemas-kemas.Nak pi holiday nie..heee
26/12/2011 - Gerak ke Cherating!Maybe BBQ malam tue tepi laut!syoknye!
27/12/2011 - Berjalan-jalan sekitar kuantan (the husband tau kot), enjoy fishing, adik-adik nak mandi manda kat laut pun boleh, mak boleh dok rehat-rehat.=) Nana nak pi berendam kat kolam renang pun boleh sebab hotel ada kolam renang, Dinner cari seafood.Yummy!
28/12/2011 - Berjalan kemaman, rumah keluarga abang mat (besan mak), cari keropok lekor and souvenir untuk kengkawan, mak and abah serta adik-adik I, perjalanan pulang ke pahang.
29/12/2011 - Balik KL!semua orang happy. 


Bestnye plan, semoga Allah mudahkan urusan. 27-29/12/2011, cuti tahun 2011 pun clear!tak sabo rasa nak isi borang cuti nie.hiks!





Friday, October 28, 2011

TeRinGiN

Halooo Jumaat!

Sejak dua menjak nie pandai dah teringin-teringin nie. Aish!teringin meatball Ikea?Jom!the husband sanggup redah jem untuk mendapatkan 10 ketoi meatball Ikea tue. Teringin Kek Chocolate Secret Recipe?Jom!Teringin Nasi Ayam Warisan Seksyen 6 Kota Damansara?Jom!siap bertapau bawak balik sedangkan makan nye dah double dah.Huh!cerita pasal teringin nie, baru saya tahu ek?bila datang rasa teringin tue, jam-jam tue jugak rasa nak!kalau teringat kat meatball Ikea tue dari 10am sampai 5pm takleh ingat lain dah. Keje pun jadi huru hara sebab teringin.hehehehe

Di ketika ini, di saat ini, tau tak ape yang saya teringin beno nie?Saya teringin nak makan makanan kenduri kahwin. Mak aih!memang tak kuasa la melayan teringin nie. Celah mana la nak dapat nie, kalau dapat pun hari ahad nie boleh la!harini jumaat sayang oooii...Sabar ye perasaan!Nasib baik tak teringin yang bukan-bukan kan?teringin nak minum petrol, teringin nak makan nasi gaul dengan minyak hitam ke kan?heheheh  ada ke?

Ape-ape pun, pengalaman teringin nie sesuatu yang cukup bermakna buat saya!bermakna sangat sebab malam tadi saya teringin nak makan roti canai telur. Pukul 8 mata dah mula berat, the husband suruh tidur dulu. Pukul 10 the husband gerak and tanya masih lagi ke nak roti canai?Mata mengantuk jadi segar, siap-siap nak pi makan roti canai telur kat mamak depan tue. Siap minum nescafe ais, naaa...12.30 mata cerah lagi!pukul 1 cerah lagi!pukul 2 cerah lagi!tiba-tiba saya tensen sorang-sorang sebab mata tak ngantuk and saya terkebil2 sorang-sorang dalam gelap!Akibat teringin la nie, harini rasa mengantuk betul.heee menariknya pengalaman teringin nie.

Friday, October 21, 2011

JOm Tengok REAL SteeL

Halooo...

Boring!Layan makan kurma keras sebab perot sangat lapar, dak tecik kat dalam nie la nie yek?lapo la tue dia..heee Sekarang nie memang tak boleh menahan lapar, rasa macam dengan segera kena dapatkan makanan. Nampak gayanya lepas nie kena ada stok megi kat opis nie, time lapo sangat boleh gak dibedal buat alas perut kan?heee

Dah tengok ke cerita Real Steel?Cite yang robot-robot bertinju tue la yang buah hati I berlakon tue. Hugh JAckman. Semalam lepas kerja terus roger the Hubby ajak tengok wayang!mentang-mentang dah sehat nie memang berjingga-jingga la nie. Since I yang ajak the Hubby, so poket I la yang mencurah-curah keluarnya. Lama tak dating!

Mula-mula bila tengok banyak robot dalam cerita tue, rasa takut jugak la kan sebab teringat dulu masa lepas tengok cerita transformers I begitu fobia nak tengok side mirror nak-nak pula kalo nampak lori kat belakang rasa macam lori tue akan bertukar jadi robot.hahaha

Kisahnye bermula dengan Hugh JAckman nie mengetahui bahawa dia ada anak dengan bekas isterinya dulu nama Max. Dalam cite nie Hugh JAckman membawa watak Charlie Kanton, dulunya seorang peninju. Bila bekas isterinya mati, adala sikit isu hak penjagaan sebab Debra, kakak bekas isterinya nak jaga Max so Charlie amek kesempatan cam jual 'anak' tue kat dorang melalui suami Debra yang kaya tue dengan harga 100K. Bila dapat je duit pendahuluan 50K, Charlie terus beli robot nama Noisy Boy. Robotnya rupa askar jepun dahulu kala. Max nie teruja tengok Noisy Boy. Nak jadi kisah, charlie bawak bertinju la robot tue kat pertandigan tinju robot secara haram. Noisy Boy kalah teruk dengan Midas sebab Charlie nie cam tak explore betul2 lagi robot tue dah bawa pi bertinju.

Dah kalah teruk dorang nie pergi cam tempat buang robot nie nak cari spare part kalo ada, MAx nie pula terjumpa robot. Dia angkut bawa balik robot tue and programkan semula. Robot nama Atom,body dia kecik je. Robot nie guna untuk sparing jek sebenarnya. MAx suka sangat dengan robot dia. Hari-hari dia belek robot tue dan yang comelnya ada scene dia menari dengan robot tue. Max minta Charlie latih Atom boxing tapi Charlie request Max untuk buat persembahan pembukaan menari dengan robot dia kat perlawanan robot.

1st pertandingan Atom join adalah dekat Zoo lawan dengan Metro. MENANG!Semakin lama Atom nie dikenali dan akhirnya berjaya masuk pertandingan WRB, World Robot Boxing. Zeus robot paling kuat dalam kejuaraan tersebut. Mula-mula sekali Atom lawan dengan robot kepala dua, Atom menang!Max happy sangat dia cabar Zeus untuk lawan dengan Atom. 


 LEpas tue,korang kena la tengok sendiri cemana kesudahan cerita robot tinju nie. Keseluruhan cerita memang best!nak pula I nie memang menyokong semua lakonan buah hati I tue, yelah sape nak sokong dia kalau bukan I nie, GF lama dia (bluwek!muntah ijo jawabnya the husband). Eh, husband I muka cam Hugh Jackman tau!I je yang nampak.hahahaha Memang tidak menyedari masa bergerak bila tengok cerita nie. Bila habis je cerita memang rasa macam nak repeat lagi tapi the hubby kata kena simpan sweetnye.Hujung minggu nie boleh la korang layan cerita Real Steel nie. BEST!TERBAIK!









all piccas credit to google images

Apa lagi?cepat la book tiket!Best woooo

Thursday, October 20, 2011

Obimin+Calcium = MAHAL

Halooo...

Sebab hujan kat luar tue kan..maka mood malas-malas pun kembali dengan girang gembiranya. Suka-suka nak malas yek?dah la masuk keje dekat pukul 12.hehehehe!Appoinment pagi nie pukul 9.30am, 8.40 - 9.25 menjamu perut kat mamak sambil baca berita Beli Bini Orang Hmetro, (dunia sekarang nie macam-macam). Datang klinik,adek kaunter bagitahu "kak, doktor tak sampai lagi..pukul 10 nanti" tunggu punya tunggu sampai dah rasa hilang mood..pukul 10.30 baru doktor muncul. Adeh la..wasting my time you know..waiting is killing me.Heeee...10.45 dapat jumpa doktor!yahooo...

Maybe sebab tunggu lama kot, BP tinggi..adeh la.. 146/85!mak aih..gusar jiwa raga makcik..Takut gak nie kalau kena hypertension ke tak pun pre-eclampsia ke..BAHAYA!doktor buat urin test, dia kata if ada banyak kandungan protein dia akan bagitahu segera. Babah yang baru 1st time ikut antenatal checkup mesti teringin beno nak tengok baby dia..heee!Intai si kecik kat dalam, tido la pula yek.Kenyang makan nasi lemak ngan roti canai telur la tue. Jantung dia dup dap, ada kaki and tangan.Tido pun terkangkang!Miraclenye la rasa bila tiap kali tengok baby dalam tummy nie. Kali nie doktor tunjuk tulang belakang dia, otak dia pun nampak kiri dan kanan..Alhamdulillah sehat.Semoga kami berdua dapat menempuh 9 bulan dengan baiknya!amin...Doktor amek darah jugak untuk check jika ada penyakit kelamin, kandungan hemoglobin dengan ape lagi satu ek?LUPA!hahahaha

Babah dah lambat terus start motor pergi kerja, ibunya tinggal kat klinik. Minta time slip..budak mata coklat tue bagi 9.30 sampai 11.30 je?la..cemana dengan 8.30 - 9.30 tue?maknanya kena potong gaji la yek?"kak, nie calcium dengan obimin, semua sekali 187.00" erk!MAHALNYE LA!Nasib bawak duit lebih tau dek...Minggu depan kena cepat-cepat daftar FPP kat Hospital Selayang nie, kalau tak melayang tah berapa ratus lagi tah nie. TOBAT makcik nak repeat check up kat klinik tue. Doktornye memang best!

Cerita ngan kak Lia, dia kata"kamu redha jela kena potong gaji..ingat-ingat untuk baby jugak tue. Lepas nie pergi check up tempat lain jek."

Tanak bagitahu babah la..kalau tak kena bebel (bajet dia tak baca entri nie la!)hahahaha...petang nie enjoy tengok wayang jom!cerita Real Steel, makan popcorn menenangkan jiwa raga..heeee

 

Tuesday, October 18, 2011

DuGAan

Haloooo!

Seronok!harini masuk hari ke-4 sihat seperti biasa.Indahnya!dapat makan nasi goreng merah Yeop dengan milo suam-suam gitu. Khamis nie ada date dengan Dr. Hamizah, Ibu nak tengok anak ibu sihat macam ibu tak kat dalam nie. hehehehe

Since disahkan mengandungi nie, memang rajin berderai ayaq mata, sampaikan tahap tak buang sampah pun rasa sedih sungguh (bila teringat rasa tah pape tah). Semalam dok bersedih-sedih jugak sebab geram yang amat sangat bila ada manusia yang bertindak ikut hati dan tak berpegang kepada iman. Alang saya belum sarat cuma mengah - mengah la bila memanjat tangga yang tinggi nak ke surau untuk solat zohor. Bila tiba di atas untuk solat, bilik wuduk dikuncikan, bilik pantry (laluan ke bilik wuduk lelaki) juga dikuncikan. Siapa la yang mulia sangat jiwa raga nie?

Saya rasa merah padam muka menahan amarah serta bengang, terpaksa pula turun ke tingkat bawah untuk berwuduk dan kembali memanjat tangga ke surau. Hati saya yang mulanya tenang terus berkecamuk sebab kena melayan perangai manusia yang tua tapi anak-anak. 

Ye pun anda kecewa kerana kini anda sudah tiada ruang solat bersama kami (kerana sikap anda sendiri juga) janganlah anda bersikap seperti tidak seagama dengan kami. Menyedihkan dan sangat bersimpati dengan anda yang pendek akal serta tindakan ini.

Rasa puas agaknya, lagi kita diam lagi dibuat-buat perangai anak-anak nye tue. Tak mengapa, perbuatan anda memang berjaya buat emosi saya tersasar namun saya akan lebih bertabah hati dan saya tak mungkin lepas laku seperti anda. 

Biarlah anda dengan sikap anda, anda buatla sehingga setakat anda puas, saya akan sentiasa bergantung kepada ALLAH. Biarpun anda mendoakan saya tidak berkahwin, jika berkahwin biar cerai berai serta tidak punya anak. Saya tetap teguh keyakinan kepada Allah, Allah lebih mengetahui setiap hambanya. Segalanya berlaku dengan izin Allah. 

Macam-macam dugaan sejak sejak akhir nie. Tak sabar tunggu bulan November nie, nak bersuka ria.

Saturday, October 15, 2011

Pre-Vacation Ke?

Halooo...

Saturday!yahoo setelah seminggu dok berjauhan ngan 'sahabat baik' harini boleh le jumpa..Ape yang dibuat sekarang tah kunun basuh baju ngan kemas rumah. Tak tau la kemas rumah cemana rupanya tue. 

Leately ni dihujani pelbagai perkara tak best!cuaca di sini tak berapa elok untuk ibu mengandung macam saya nie. chewah!sebabnya banyak sangat dengar cerita pasal si pengadu domba yang perasan tue. Ape yang dia dapat agaknya jadi pengadu domba yek?Semoga dia dibantu Allah untuk kembali ke jalan yang benar. Tak baik okeyh!domba dombi nie.

Bukan domba dombi yang nak diceritakan tapi nak cerita pasal over excited menghitung hari hingga 19 november 2011. Ha..ada ape?Actually keterujaan nak pergi kenduri kawen je pun 20.11.2011 di Melaka dengan Port Dickson. Sekali la dengan pergi vacation jugak la kiranya.heheheh Orang lain kawen, orang lain lak excited honeymoon..kwang3!Setiap hari berdoa supaya by that time dah sehat sepenuhnya, hilang segala mabuk dan ketidakselesaan. Hanya fikir nak bawak anak ibu ni (dalam tummy) pergi pre vacation. NAnti dah keluar ke dunia ibu bawak pi vacation tempat best-best tau.hehehehe 

EXCITED! segala hotel dah booking siap buat payment untuk PNB Ilham Resort untuk 20 November nanti. Bukan hape, dulu masa baru kahwin dah pergi bercuti dengan keluarga ke resort nie tapi the suami request next time nak enjoy pergi berdua-duaan sahaja. TERHARU isteri..(gelenya gile)...Jom kira hari sesama..heee

Monday, October 10, 2011

Towards Mother World!

Monday Blues Clues lagi!

Hai...cemana nak hilangkan blues clues setiap isnin nie ha?Bestnye kalau duduk rumah tapi ada duit sendiri.BESTNYA! Bestnya kalau kahwin dengan orang kaya, dah tentu skang nie dok pegi buat kerja-kerja kemasyarakatan je. (berangan je lebih) Nak-nak pula mabuk period yang semakin kritikal sekarang nie, bestnye la duduk rumah berehat dengan hidangan-hidangan berkhasiat (cik nor masak) BESTNYE!


Semalam ingatkan dah segar bugar pasalnya sabtu boleh berjingga-jingga soping seluar baju pasalnya banyak dah baju tak muat, siap bawa adik-adik pergi tengok Johnny English lagi tanpa sebarang masalah pun. Ahad pun ok siang harinya, makan mee goreng 3 pinggan, kuew teow goreng 3 pinggan, nasi lauk kari daging sepinggan. Malamnya?dekat nak masuk tidur boleh pula diserang kembung!Boleh tak kalo nak tulis TENSEN!memang tensen pun sebab kembung itu sangat menghuru harakan jiwa raga dan segalanya. 


Bila nak TENSEN tue cepat-cepat fikir positif tapi ayaq mata kuar jugak la setitis dua sebab tak menahan dah rasanya. Minggu lepas hari jumaat disebabkan sangat tak tahan dengan mabuk yang bagi saya teruk, pi klinik and minta doktor scan sebab nak kembalikan keyakinan diri. 'Mak aih!hepinya anak ibu..berpusing and melonjak masa ibu tengok dia. SERONOKNYA!' sampai doktor tegur 'Amboi, lasaknya dia..nie baru 12 minggu nie." So everytime kembung hits me, ibu akan berfikir cenggini, this is all because my lovely darling sangat seronok bermain kat dalam. takpe2 ibu sakit sikit je, ibu mesti boleh bertahan punya. Ibu nangis bukan sebab sakit tapi sebab ibu tahu kamu sangat hepi jadi anak ibu..kan..kan..kan..

O Allah!All praises are due to You alone and I express my gratitude unto You alone (for granting me the honour of motherhood)


 

Wednesday, October 5, 2011

SaYA NaK AwaK TAHU!

Haloooo

Lama dah kot tak merapu kat sini sebab asyik tak sihat manjang. Bila tah nie nak sehat, boleh makan dengan penuh selera tah. Panas gak la telinga bila ada yang menyebut saja mengada-ngada, dia ingat saja suka tak lalu makan?saje suka takleh bau itu dan ini. Logik la sikit, ada ke orang suka sakit?suka-suka tak lalu makan sampai perut banyak asid.SUKA?Hangin gak la deal ngan mereka yang tak berapa nak faham nie, dah la tak berapa nak faham, tanak pula cuba faham masalahnya. Bersepah ilmu pasal prenancy symptom kat tenet nie takde plak nak ditelek,dibelek,dirujuk, ditelaah supaya boleh faham kenapa orang pregnant nie cenggini?kenapa cenggitu?aleh2 dicompare dengan Dan Sa Ran (watak dalam cite korea yang sedang pregnant). 

Cite korea tue pun satu!pregnant baru 6 minggu dah boleh dengar heartbeat. eeee nak tipu pun agak2 la wei. Bagi yang takde ilmu percaya la kot bila tengok cerita tue.Aku muak la compare aku ngan pregnancy aku dengan si Dan Sa Ran tue. (emo plak tetiba!!)

Sangat suka jumpa doktor kat klinik nadia especially doktor Hafizah dan Dr. Hamiza, sebab banyak nasihat dan sokongan. Bukan ape, dalam keadaan yang sebegini sokongan sangat diperlukan supaya lebih kuat semangat. Ibu saya juga seorang yang sangat memberi sokongan. sehari 2 kali mesti akan tanya khabar saya, TERHARU!bila saya ada dirumah mak, rasa macam sehat walaupun sebenarnya tak berapa sihat juga sebab mak rajin masak apa saya nak, rajin urut2 belakang saya bila dia tengok saya melepek. Adek-adek pun menghiburkan juga dengan stori mori yang macam-macam. Itu semua sokongan buat saya!paling penting untuk buat saya terus bersemangat!


So berilah semangat kepada wanita mengandung nie terutama mereka yang berada di trimester pertama nie. Caring lebih sikit.Jangan setakat masa bercinta aje!ok?

Thursday, September 22, 2011

RaKAn IbU: MinYAk Yu YEE

Halooo

Semalam pepagi dah terima berita sedih tentang seorang rakan kerja yang mengalami keguguran kali ketiga. TERKEJUT!sebab saya tak tahu pun dia mengandung. Sedih la bila dengar berita semacam tue sebab dia dah sangat lama menantikan kehadiran cahaya mata. Saya berharap agar dia redha dengan dugaan ini dan bertabah hati hendaknya. 

Anak ibu, 
kuat semangat ye!sayang membesar dengan baik ye.Ibu doa Allah mudahkan perjalanan kita berdua dan kita dapat menghadapi hari-hari dengan baik. Hari-hari ibu doa pada Allah supaya perjalanan ibu dan anak ibu nie sentiasa dalam keredhaannya. 

Google terus cari pasal info keguguran nie and kengkawan boleh refer satu artikel dari Prof.Datuk Dr. Hamid Arshat Punca Keguguran Banyak persoalan yang bakal terjawab terutama bakal ibu untuk menimba ilmu. Ape pun sebenarnya keguguran adalah perkara yang tak dapat dielakkan. Pentingnya, menjaga kesihatan fizikal serta mental sebelum dan semasa mengandung.

Masalah utama saya sepanjang trimester pertama nie apabila sering kekembungan. Kawan-kawan ramai yang pelik kenapa saya kembung sebab kata mereka hanya bayi sahaja yang diketahui kembung. Saya ingatkan abnormal tapi bila saya google info, OH!kembung nie sebenarnya biasa berlaku dan ia hadir semasa trimester pertama dan ketiga. Masalah kembung disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat yang menyebabkan peristalsis usus menjadi lambat. Itu yang sebabkan angin terkumpul dalam perut. Sedawa banyak kali pun tetap kembung jugak. 

google images

Ini la sahabat baik saya, Minyak Yu Yee Cap Limau. Bila kembung datang sapu jela kat perut, confirm saya tidur lena sampai ke pagi. Sangat suka minyak nie sebab bau dia best!Lumur je kat perut pastu slowkan kipas setakat 2 jek, selimut terus!Lumur sikit kat kaki (dah macam baby). Bestnye bila dapat tido. Esok pagi baru fikir kembung tue semula.hehehehe so kepada bakal ibu yang mengalami kekembungan tue, pakai la minyak Yu Yee nie. SERONOK!

Tuesday, September 13, 2011

OuR FirsT GlanCE!

Halooo!!

Alhamdulillah, harini berjaya melangkah ke hari baru dengan baiknya walaupun tidur tak berapa nak cukup. Sejak beberapa harini dah mula muntah-muntah dengan kerap plus kembung perut yang macam tak boleh diubati. Seksa!bila makan je, mesti ada nak muntah sikit tapi masih ok lagi sebab tak teruk pun. Susah sikit bila mula kembung perut especially waktu petang hingga esok paginya. Segalanya serba tak kena sebab perut kembung dan tidak boleh tidur dengan lenanya. Sejak ahad dah mula mengalami simptom muntah serta kembung yang sangat ketara sampai kan duduk sekejap dalam kereta pun dah mula mabuk. 


Isnin memulakan pagi dengan sangat tak bestnya since muntah early in the morning (tiada ape nak kuar cuma rasa cecair pahit je) buatkan saya lemah di pagi hari. Actually lepas je muntah di pagi hari cenggitu terus perut ada rasa lega sikit tapi tu la azab bila yang kuar tue pahit gile!BLUWEK! Sudahnya melepek di rumah, pergi klinik pun tunggu suami balik. Niat nak minta ubat muntah and angin sahaja tapi bestnya doktor kata dah boleh tengok baby. 


Bagi ibu yang mengandung, minggu 8 hingga minggu 16 adalah minggu dimana morning sickness dah obvious. Doktor kata common bila mengalami perut kembung, muntah pagi-pagi yang pahit tue. Sudahnya doktor kata kena sabar sebab banayak perubahan hormon berlaku di ketika ini. Macam saya, minggu 9 nie memang terasa sangat perubahannya tapi alhamdulillah tak seteruk mana.


Bila doktor scan je, perasaan sangat gembira!rasa macam nak melompat pun ada.Ibu dapat tengok kamu darling!cutenye kamu kat dalam tue.eh sempat melonjak masa ibu tengok kamu. Tetiba rasa macam hebatnya mesin ultrasound tue kan?boleh tengok dia!dah nampak bentuk dah pun. Doktor explain mana kepala and kaki. Kamu baru 2.49 cm aje..ala teciknya!9 minngu 4 hari dah pun. Doktor print out gambar scan tue then ibu tunjuk pada abah kamu!Abah pun happy snap a picture save dalam phone. EXCITED!sekrang ibu dah sangat percaya kamu ada di dalam. Membesar dengan baik ye sweetheart!Hari-hari ibu baca quran dan doakan anak ibu nie. Semoga perjalanan kita bersama dipermudahkan dan kita dapat bertemu di bulan april nanti. Besarnya kuasa ALLAH. Alhamdulillah untuk rezeki tak ternilai ini.

Lepas jumpa doktor, saya rasa ok je even muntah and kekembungan. SABAR!malam tadi dok gelisah tak boleh tidur, tetiba terasa sesuatu yang halus "dulu mesti mak rasa cenggini masa ngandungkan aku kan?"


babycentre.com.my      
PS: Anak ibu kecik lagi macam dalam gambar tue ha..jumpa lagi 20 Oct nanti ye sayang!

Friday, September 9, 2011

PMS sepanJAng TAhun Ke?

Haloooo again....

Korang biasa pagi-pagi datang kerja rupa korang cemana?moody?blues clues?ceria?tiada perasaan? Saya sengaja nak menulis cerita nie sebab dah setahun kerja disini saya perasan ada beberapa manusia yang mempunyai pagi yang hampir setiap hari spoiled. Senang cakap kalo anda tengok muka orang-orang tue anda pun rasa menyampah tengok dia. Kalau boleh tak mau langsung tengok muka dia sebab boleh mengubah mood anda pada hari itu. Kasarnya muka cam taik. 

 Payah sangat ke nak memaniskan muka?SENYUM!tak reti senyum?ketawa berdekah2 boleh pula. PELIK!Saya ternampak kelibat spesies itu pagi tadi masa nak punch card (masih zaman batu!orang dah canggih, mereka nie ortodoks lagi) terus saya menundukkan wajah bukan sebab sombong tapi saya tak tau nak bereaksi bila jumpa orang nie. Sebab ape..kalau saya senyum pun dia selamba je buat bodoh sepertinya saya halimunan. Saya terserempak dengan seorang kakak ceria waktu nak bersarapan, tiba-tiba tanpa sedar mulut saya terus ringan bercakap "akak temah (bukan nama sebenar) tue apsal setiap pagi mukanya masam?kadang2 sepanjang hari mukanya dibubuh cuka.kenapa?dulu masa dia pregnant reti plak manis muka." erk!harapnya akak ceria tue simpan soalan saya tue. Jangan la mulut dia gatal-gatal pegi stori mori pula dengan si kak temah tue. "Ntah la..banyak nye orang kat sini memang gini..penuh emosi." itu sahaja jawapan si kakak ceria. Saya malas nak menyampuk terus laju menyuap nasi lemak sambal kerang (kemain pedasnya!ape rasa tak tau..pedas aje yang rasa)


Kak temah nie terkenal dengan mukanya yang mencuka, sepanjang hari dia mampu mencuka!kerja pula bahagian HR. Apasal la kak temah nie jadi pegawai HR?Actually sangat sukar berurusan dengan dia nie ditambah pula dengan kuasa laser (mulut) yang tidak bertepi.Kalau kena laser dengan kak temah boleh masuk icu ok!kalau nak tengok kak temah ceria, mulut tak laser, cakap lemah gemalai kena tunggu kak temah nie membuyung!sebab konsep manusia disini..waktu pregnant kita kena jaga mulut nie baik-baik sebab takut nanti terkenan pada anak.HELLO!nie nak tegur nie, konsep dan kepercayaan mana yang korang-korang nie pakai?buat baik sesama manusia nie bukan tunggu dah membuyung baru nak baik..sepanjang masa nak kena baik tahu?jangan buat-buat tak tahu pula. Dulu kak temah membuyung muka ceria,skang kak temah keguguran plak..kembali kepada wajah ngeri la..itu cerita kak temah.


Ini cerita PMS tak bertepi si dara pula. Si dara nie kebetulan pula anak sedara nye tokey company, dia nie dengan kak temah ada beberapa persamaan tapi kategori ok sikitla kot. Yang ini punya perangai cepat terpeleot!ala keciknya jiwa.MENYAMPAH aku. Bila datang angin lintang dia, semua orang boleh ditiup taufan silap-silap boleh diancam tsunami. Makhluk nie laser jugak nie!Dulu-dulu saya pelik jugak la tapi after a year kerja saya dah faham dah. Let say A marah sebab tak puas hati, A nie pun suarakan kepada si dara tapi intonasinya marah. A bukan marah si dara, cuma A kan sedang marah so A bercerita pun cam ala-ala marah. Si dara nie boleh terpeleot plak!PELIK GILE!jaga-jaga bila si dara terpeleot!the whole day dia akan moody, ayat maki2 je kat orang. By that time jangan la gatal nak minta borang ke?ding dong pintu nak masuk opis ke?sure kena maki. Ni la perangai-perangai yang buat saya rasa menyampah nie. Si dara nie rajin hangin tak tentu pasal dan biasanya bila diketahui sebab musababnya sure korang rasa nak hempuk dia. Saya macam biasa bila dia hangin saya akan buat bodoh dan tak akan menegur dia sampai bila-bila dia rasa nak bercakap dengan saya. Saya terang-terang tak reti nak layan dia, tapi kan..akan jadi lain..dia akan cakap saya yang bermusuh dengan dia. Cerita tukar sekelip mata!itu yang malas tue!


Solution saya:
Saya minimakan urusan dengan kak temah, saya akan berurusan dengan staff bawahan dia sahaja walhal sepatutnya saya dengan kak temah, kak temah pangkatnya rendah dari saya. Saya tak menegur kak temah walaupun di pagi hari, dengan orang lain ye.


Si dara berangin lintang pula saya terus abaikan hingga bila-bila sebab saya anggap saya tak kenal dia. In fact, we just duduk satu office tapi saya tiada urusan dengan dia. SELAMAT..masalah dengan mereka selesai. 


Saya menulis nie bukan ape, tersa nak luah perasaan la pula kan..hehehehe 


PS: anak ibu jangan le jadi cam kak temah ngan si dara angin lintang tue yek. SUSAH hidup. ceria-ceria cam ibu nie yek?owh ibu skang belajar menjadi seorang yang cool sebab abah suruh.hehehehe

ErtI KehiLANgan

Halooo...

Episod raya masih berbaki, masih sempat kunjung mengunjung, ziarah menziarah la katakan. Rakan-rakan opis ramai yang berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal. Kedai yeop sunyi sikit waktu lunch time. Saya?rasanya tak mampu nak berpuasa sunat 6 tahun nie memandangkan tahap kesihatan yang semakin tak berapa nak baik. 

Semalam saya terbaca satu nota yang ditulis oleh rakan matriks yang juga rakan FB yang menulis tentang berbuat baik kepada ibu bapa sementara mereka masih ada hayat. Sejak-sejak akhir nie, sejak-sejak bergelar bakal ibu nie saya mudah tersentuh pula bila bercakap perihal ibu bapa nie. Hanya dengan membaca tulisan rakan tersebut pun boleh buat saya sebak!Nasihat beliau supaya kita nie sentiasa menjaga hati mereka, pandang mereka dengan muka yang manis, mengeluarkan kata-kata yang baik supaya kelak bila mereka tiada kita tidak la merasa ralat atau sesal sebab tidak sempat berbuat baik dengan mereka.

Saya ulang baca lagi nasihat ini, ulang dan ulang supaya nasihatnya melekat dijiwa, di simpan di kotak fikiran ini. Semalam, sedang saya sibuk menonton tv, suami duduk di sebelah saya. Saya toleh arahnya, hati saya tersentuh dek kerana terlihatkan air matanya. Pertama kali saya lihat dia sedih. "Last B menangis masa abah B meninggal". Mungkin 5/6 tahun yang lalu, malam itu suami saya menangis sedih. Air mata itu bukan sesal kerana tidak berbakti untuk arwah bapanya tapi air mata untuk ibunya yang di kampung. Mak mertua saya hanya tinggal berdua dengan adek bongsu yang baru berumur 11 tahun. Saya faham apa yang suami saya rasa dan kesedihan beliau menyentap jiwa saya. Saya belajar erti kehilangan dari suami saya. Sememangnya ibu di kampung menempuh seribu kepayahan.

Suami saya tidak banyak mengulas mengenai perbualan beliau dengan ibunya. Saya pasti sesuatu yang berat buat jiwanya. Melihatkan suami sedemikian saya turut sedih. Sedih saya berpanjangan hingga mata terlelap. Saya tak nak menjadi penghalang buat suami untuk menjadi anak yang baik. Saya mahu suami saya terus berbakti selagi ibunya masih ada hayat. Semoga suami saya terus menjadi anak yang baik serta membanggakan ibunya. 

PS: semoga anak kami mewarisi banyak sifat baik abahnya. Jadi anak yang baik yek...

Sunday, September 4, 2011

Beza Raya Dulu Dan Sekarang

Halooo...


Selamat Hari Raya!Mood raya segar lagi tapi harini dah kena masuk kerja. 'Bestnya la keje hari ahad ek!' Raya tahun nie saya sambut dengan keluarga mertua bersama suami yang disayangi. (Chewah!ayat akhir takleh blah!) Pengalaman baru buat saya menyambut raya bersama keluarga mertua. Jika dulu raya meriah dengan acara melemang tapi sebelah suami saya nie meriah dengan acara berketupat. Saya tak berkesempatan belajar menganyam ketupat sebab sibuk buat kuih raya dengan ibu mertua. Usai tertongeng2 membuat kuih raya, saya bantu suami mencucuk sate pula. BESTNYA!sangat suka sate. 


Saya nak cerita tentang beza raya di rumah nenek berbanding raya di rumah keluarga baru.


Malam Raya:


Rumah nenek riuh rendah dengan suara para ibu di dapur yang sibuk membuat rendang ayam dan daging untuk acara esok, hari raya!Luar rumah riuh rendah berdentum dentam dengan bunyi mercun pow sana sini. Budak-budak kecil (sepupu) berkejar-kejaran di halaman rumah main bunga api sampai ada yang main bunga api pakai spender jek. Saya katakan malam raya di rumah nenek meriah sebab kehadiran raya tue sangat terasa mungkin sebab ramai kanak-kanak yang enjoy nak sambut raya. OH!saya bisanya join kanak-kanak sebab dalam kelompok kanak-kanak ada bapa saudara yang sekepala membalun mercun. 


Rumah keluarga baru saya mungkin kerana tiada anak kecil sebab hanya berkumpul adik beradik suami sahaja jadi tiada la riuh rendah di malam raya. Malam raya spend time tengok tv (belek channel astro, banyak siaran ulangan jek). Tolong masuk kuih-kuih raya dalam balang kuih. Aktivitinya santai sahaja. 


Pagi Raya:


Semua orang berebut bilik air sampai kan pukul 5 pagi dah tercatuk tunggu turn mandi sebab bilik mandi nye hanya ada satu sahaja di rumah nenek. Saya yang tak rajin beratur nie kebiasaannya pukul 8.30 baru dapat mandi manda. Selesai mandi sunatnya kena makan!makan lemang la sarapan pagi dengan rendang daging. Siap-siap berbaju raya.MAsa nie la nak tengok baju-baju raya orang lain vogue ke tak?bertema ape tahun nie?Saya kalut dengan adik-adik jela pagi-pagi raya. Lepas solat raya, abah dan adek beradik lelaki pulang. Masa nie semua dah ready tunggu dorang sebab lepas nie agenda bermaaf-maafan. Masa nie la nak kenang dosa silam!heheheheh Masa nie la dapat merasa mak cium kita (setahun sekali jek). Bermaafan dengan seluruh keluarga, saudara mara, nenek, sepupu sepapat, adek beradek. MERIAH!Kebiasaannya bergambar raya!Selesai je semua berterabur pergi beraya ke rumah saudara mara.


Sedikit lain di rumah keluarga mertua sebab pagi-pagi makan dulu sebelum yang lelaki pergi solat raya. Lepas mereka bersolat, terus berziarah ke kubur bapa mertua pula. Membaca yassin serta tahlil ringkas diiring doa buat arwah. Selesai aktiviti di kubur terus pulang kerumah. Baru nak makan soto, dah ada yang memberi salam, ada tetamu yang datang ke rumah. Suami serta adik beradik lelaki melayan rakan yang tiba. Saya menanti-nanti bila masanya saya dapat bermaafan dengan keluarga baru nie?lama saya tunggu sampai dekat tengahari baru suami suarakan untuk bersalam dengan ibunya. Saya berpeluang bersalaman dengan mak mertua dan suami sahaja. Saya tiada bergambar raya tahun nie walaupun dengan suami sendiri. Malam nye baru berkunjung ke rumah saudara terdekat.




Pengalaman raya saya tahun nie berlainan daripada tahun sebelumnya namun masih meriah dengan cara yang sederhana. Harapnya tahun hadapan lebih meriah dengan kehadiran si kecil kami (bila difikirkan rasa tak sabar la pula). Mungkin bila si kecil ada kemeriahan raya akan terasa kembali. Selamat Hari Raya Semua!


Ps: si kecil dah 8 minggu!membesar dengan baik ye anak ibu!

Monday, August 22, 2011

KeCik ATi kE?

Puasa dah 22 hari dah!Alhamdulillah, boleh berpuasa penuh tahun nie nampaknya tapi yang tak berapa best nye bila kesihatan tak berapa baik tahun nie. Asal malam menjelma je mula la pelbagai rasa yang dirasa menyebabkan saya hanya mampu berehat sahaja. Makan memang tak berapa nak lalu sampai berat badan pun dah turun. 

Bila tak sihat cenggini, mula la hati cepat nak jadi kecik!dulu masa bujang, asal demam jek mak mesti buatkan sup ayam pastu mesti ada bubur nasi untuk saya makan. Mak mesti paksa saya makan walaupun saya tak laju nak makan tapi saya masih makan sebab sup ayam mak buat so tempting!Mak mesti akan selalu tanya saya macam mana rasa badan. Abah pun sama akan menunjukkan perhatian yang lebih. Sekarang saya dah jauh daripada mata mereka so mereka tak nampak whether saya ok atau tak unless saya bagitahu mereka. Betul la kan, parents punya kasih sayang sangat lembut and toch ke hati. Saya ingat lagi dulu, everytime saya jatuh sakit and they treat me macam tue saya akan mengeluarkan air mata terharu tapi mak mesti kata panasnye sampai berair mata. So dia akan letak sebotol air masak untuk saya minum supaya boleh sejuk tapi deep inside mak tak tahu yang saya terharu sebab sifat mak tue. 

Sekarang?Saya kena menjaga diri sendiri sebab takde siapa yang akan kisahkan saya, If terasa nak bubur I have to cook it by myself, Deep inside saya sangat teringin makan banyak menda tapi takde sape nak bertanya atau nak masakkan untuk saya. Saya craving for Lontong but no one heard my wish. Ape yang saya buat, I just keep saying to myself ' takpe, belum rasa sakit, nanti bila sakit baru tahu nak minta tolong saya buat itu dan ini, maybe sampai nak menyuap makanan ke mulut pun tak mampu. Masa tue saya duduk jauh pun you ask to come over meredah jem bagai just to bring what you wish (jajan).' 

Tiba-tiba saya homesick!rindu kat mak!pampered saya bila saya tak larat..itulah, teringat pula pada satu mesej kawan baik saya. 'Hanya kita yang kisahkan keluarga, orang lain takkan kisah keluarga kita' 

Kesimpulannya saya memang kecik hati dan hati saya telah menjadi kecil sekecilnya serta keras macam batu!Demi nyawa kecil ini, saya bertabah hati supaya dia dapat membesar dengan baik. 'Ibu sangat gembira kamu ada!membesar la dengan baik ye anak ibu, ibu akan jaga kamu dan mengasihi kamu dengan sebaiknya.'

PS: RINDU MAK SAYA!

Tuesday, August 2, 2011

SeGaLAnya PErtAMa..

Salam,

Masuk hari kedua berpuasa. Alhamdulillah masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Saya nak bercerita tentang segalanya pertama buat saya untuk ramadhan kali ini. 

Jom kita flash back dulu!


Suatu petang di hari ahad sambil minum petang bersama mak dan adik-adik. 


Mak : Eh, jadi ke nak bertunang bulan jun nie?
Saya: Kenapa?mak tak boleh jalankan ke?
Mak: Bertunang bukan boleh lama-lama. Nak bertunang setahun juga ke? 
Saya:????? pastinya nak nikah 1 may tahun depan. (2011)


18 September 2010 saya mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati di dalam majlis ringkas yang tetap meriah. 


"aku terima nikahnya zamzurina binti muhamad kamaruzaman......"

Lafaz akad oleh suami dan saya sah bergelar isterinya pada 1 May 2011 jam 9 pagi. 



Adek Jai: Tahun nie kita puasa takde orang kat umah.
Mak: Iye...raya tahun nie along dah confirm tak beraya dengan kita sebab tahun pertama ikut suaminya.


Ringkasnya, tahun pertama saya berpuasa dan berhari raya sebagai seorang isteri. 


Dulu, saya antara anak yang memang takkan terbangun untuk masak makanan bersahur. Saya hanya akan tersedar bila mak sudah mula membebel jam dah pukul 5 pagi. Kalau bangun sahur mak gerak, makanan sahur dah confirm mak yang masak.


Dulu, "harini mak masak mee goreng, sup ayam, sambal belacan, kangkung goreng pedas, bergedil, kuih onde-onde" balik kerja saya tadahkan telinga mendengar mak bacakan menu berbuka. Saya terus salin pakaian melepek depan TV, ada masa saya terus terlelap jika rajin dan tidak letih saya berjalan ke bazar ramadhan walaupun mak suka menegah saya sebab makanan dah banyak.


Itu DolOOOOOOO....sekarang?saya bangun 4.30 pagi (Mr.Husband masih kata saya lewat bangun) untuk menyediakan makanan sahur. Pedih-pedih mata bangun awal nak ke dapur maklumlah hari pertama sahur. Siap segalanya baru saya gerak Mr. Husband bangun makan.

Sekarang, balik kerja saya terus ke dapur untuk memasak atau jadi pembantu masak (bila MR. Husband masak). Semalam, juadah berbuka kami berdua sangat simple. Kami berbuka dengan daging masak blackpaper, sayur campur dan ikan goreng, kurma, kuih ketayap hijau dan sambal bilis mentah. 


Sekarang,teman berjalan ke surau hanya Mr.husband tidak macam dulu ditemani mak dan adik-adik. Kebiasaannya riuh rendah dengan suara kami. 


Saya masih bahagia walaupun ini tahun pertama tapi tahun perubahan buat diri saya. Seronok dapat berpuasa sebagai seorang isteri. Saya berdoa supaya semangat saya konsisten walaupun sudah beranak ramai kelak (angan-angan 5 orang) menghadapi hari sebagai seorang isteri dan ibu (suatu ketika nanti)


Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh umat islam dan jadikan ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan kita yang lepas. 


PS: saya nak cuba memasak macam mak saya.Walaupun dia berpuasa tetapi semangat di dapur sangat kuat!..heeee

Wednesday, July 20, 2011

KeTUa BeRJiwa 'A GoodFOLloweR'

kes 1: Memiliki 3 orang anak berusia 3 hingga 6 tahun. Suami isteri bekerja dan menghantar anak ke nursery. Isteri sedang mengandung anak ke-4.2 orang anak jatuh sakit seorang kena chicken pox dan seorang lagi kena cacar air pada masa yang sama. Isteri dan suami bergilir-gilir menjaga anak. 4 julai, tarikh perasmian sebuah program masakan TV2 melibatkan syarikat isteri. Keadaan terhimpit, isteri menelefon ketua memohon pengecualian berikutan menjaga anak yang sakit dan suami terpaksa menghadiri mesyuarat penting pada tarikh yang sama. Jawapan ketua: 'Hurm..kalau boleh datang kerja untuk perasmian di angkasapuri sahaja, even production executive mohon cuti pada tarikh tersebut dibekukan" Terpaksa datang dengan hati yang bengkak,dimarahi suami, keadaan stress. Selang beberapa minggu selepas kejadian "eh, aku rasa bayi aku tak bergerak sejak malam tadi."Sahabat-sahabat mulai risau. 8.00 malam (jumaat 15 Julai) saya menerima panggilan telefon dari sahabat itu "Zam...(diam yang panjang diselangi sedu tangisan)baby sudah tiada..(menangis berterusan)."Saya? terkesima, terkejut!dalam keadaan sedang memandu, hati dan jiwa luluh mendapat khabar itu..Innalillah...

Kes 2: Isnin 19 julai, 6.04am..(nada dering kanda dinda mengejut tidur) menerima pesanan ringkas dari sahabat di pejabat : rumah kak ati kena pecah perompak semalam. Saya?berita kecelakaan lagi harini melibatkan rakan-rakan sekerja. Innalillah. Bersiap siaga ke pejabat dan terus bertanya khabar sahabat dengan menelefon beliau. Barang kemas, 2 helai seluar jeans levis, duit 300, 2 botol perfume berjanama di sapu perompak. 9.00pagi menghadiri mesyuarat HACCP dipengerusi ketua : Kecelakaan sahabat diberitakan kepada ahli mesyuarat. reaksi ketua: "Biasalah, kalau area rumah baru nie memang biasa jadi kes pecah masuk." saya? sudah dapat mengagak reaksi itu. 20 Julai sahabat itu hadir bekerja, awal pagi ketua menemuinya ketua: "kompressor dekat depan tue belum berdaftar lagi ye?" 

Kenapa saya menulis 2 kes itu? saya nak menulis tentang ketidakprihatinan ketua mereka juga ketua saya dengan kebajikan pekerja. Musibah diberitakan namun tiada reaksi simpati kepada anak buah. Langsung tidak bertanya khabar berita.Ketua ini tidak pernah mengucapkan tahniah atau terima kasih jika anak buahnya berjaya melaksanakan tugasan dengan baik. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh dipilih sebagai ketua kami. Saya serius dengan hal ini kerana motivasi saya telah di injak henyak oleh ketua sebegini. 

Pernah suatu ketika, saya berhempas pulas menyiapkan dokumen Quality Assurance Program yang memberi perincian kepada pelbagai perkara berkaitan GMP bermula dari layout yang terperinci berterusan dengan huraian setiap topik dan subtopik. Dokumen itu dihantar semak kepada auditor. Saya berjumpa auditor itu bersama ketua tersebut. Kesalnya, masih ada cacat dalam perincian saya.Tidak mengapa menghadapi teguran daripada auditor itu, yang saya sebalkan adalah tindakan ketua saya yang umpama 2nd auditor pula dengan menunjuk salah saya di depan auditor itu. Bukankah sudah saya rujukkan dokumen itu kepada anda untuk disemak?

Itu kisah ketua yang sangat berprinsip a good follower. Jika anak buah membuat keputusan sendiri mula la dia melompat hingga ke langit. Segala idea yang diberikan semuanya di tong sampahkan tapi dia? zero idea dari dia. Saya mengalami bengang yang berpanjangan selama setahun berkhidmat di organisasi ini dan sememangnya saya BLUR!dengan persekitaran kerja sebegini. 

Nota: Ini luahan rasa saya yang saya tidak tahu nak di coret dimana. 

Tuesday, July 19, 2011

SaYA daN PisANG GorENG

Kak Ati: Guna tepung beras campur tepung gandum, kunyit sikit, air kapur sikit

Mak: Satu senduk tepung beras, satu senduk tepung gandum, air kapur hujung sudu,garam sikit

Mak mertua: Tepung beras, air kapur, telur

Ini kisah batter untuk pisang goreng saya. Semua tunjuk ajar phail! Ada sekali saya mencuba resepi di atas, Mr Husband tegur "sayang,kenapa pisang goreng sayang keras macam batu?" eeee...sedih!banyak percubaan yang phail. Oleh yang demikian, sibuk la jemari saya menaip mesej bertanya rakan-rakan macam mana nak buat batter untuk pisang goreng. 

Resepi ani:
Tepung gandum, garam,kunyit sikit, tepung beras sikit sahaja sebab tepungnya padat,baking powder 1 sudu kecil.

Kalau tak jadi juga makanya saya terpaksa la pencen awal membuat perusahaan pisang goreng.

PS: Semalam saya cuba resepi sotong goreng kunyit. Saya google resepi dan cuba di rumah tapi masalahnya serbuk kunyit tidak dinyatakan letak berapa banyak.naaa..sesudu saya bubuh, terkejut Mr.Husband dengan kuning melampau!hehehehe kepada pemberi resepi tu kan tolong la letak sukatan supaya tukang masak amatur macam saya ni takde la kelihatan PHAIL dengan Mr.Husband saya yang HEBAT di dapur tue.

Maaf kerana gambar pisang batu tidak dapat diupload bagi menjaga hati penulis.hehehehe

HomEsicK!

'Cuba tengok budak tu!dia nangis sampai dari rumah kita (tingkat 4) nie boleh dengar' hurm...saya jengah ke tingkap nampak budak kecil berbaju sekolah agama sedang menangis. Dalam kotak fikiran saya, dia lari dari sekolah kot tapi Mr. Husband tersentuh jiwa pula dengan drama pagi nya. 

Saya buat tak endah dengan sketsa pendek itu kerana sibuk dengan goreng pisang saya di atas dapur. Diri sendiri yang belum berdandan untuk keluar bekerja. di rumah pun saya berdandan juga.Adegan itu tidak sempat menerjah jiwa saya dek kerana pagi saya yang sibuk. Terfikir seketika 'Daripada menjengah tingkap kenapa la tidak menolong menyidai pakaian di basuh nie' eh, tapi aneh!Mr. Husband sangat terusik jiwanya dengan tangisan budak itu dan semacam tertarik jiwanya kerana melihat budak yang tiada tahu tujuan itu. Saya biarkan Mr. Husband melayan jiwanya di kala pagi.

HOMESICK kah dia? 'teringat Nana yek?' teringat saya pada adiknya di kampung yang sebaya dengan budak nangis tadi. Saya masih tidak endah sehingga turun tangga dan bersalam pisah dengan suami. 'tak suka dengan rasa ini' telinga saya sempat menangkap luahan rasa Mr.Husband namun tetap saya abaikan kerana mengejar waktu, jalan raya di KL sukar diduga, saya bergegas tinggalkan Mr. Husband dengan rasa itu.

Pemanduan saya pagi ini terganggu apabila teringat riak wajah Mr.Husband yang saya tinggalkan tadi. Memori saya menerjah fikiran!Langsung tidak kedengaran celoteh di radio kerana teringat keluhan Mr.Husband. Ya, sememangnya dia sedang HOMESICK.

Monday, July 18, 2011

EmOSi TerKAwaL

Hai Mon,

Grrrr beremosi harini sebab monday blues clues. Kertas bertimbun atas meja sampai kak ati jiran depan pun tegur 'mak aih...busynye makcik!ko tak datang kerja dah setahun ke?'Gurauan kak ati melegakan stress yang bersarang di ruang serta celah-celah otak. 

Perempuan nie memang standardnya beremosi. Merujuk kepada dunia keperempuanannya memang ada hubung kait sebab banyak sangat hormon dalam badan seorang perempuan nie yang turun naik dan tidak stabil. Nak-nak plak bila bulan mengambang segalanya menjadi beremosi. Normalnya begitu tapi yang tidak normalnya bila langsung tidak mampu mengawal emosinya. 

Sedap sangat saya berceloteh yek?saya pun sama je lebih kurang. Coretan ini hanya peringatan buat diri saya juga wanita lain khususnya isteri-isteri. ' eleh, kawen baru 2 bulan dah nak celoteh' heee..ilmu yang sedikit nie saya nak kongsi memang belum panjang usia perkahwinan, belum banyak asam garam perkahwinan saya tempuhi tetapi sekadar berkongsi buat mereka yang baru berumah tangga seperti saya.

Awal-awal perkahwinan memang perlu setiap daripada kita duduk berdiskusi dengan suami. Siapa sepatutnya buat itu, siapa sepatutnya buat ini supaya tidak timbul isu kalau saya kena buat itu dan ini baik saya jadi suami atau kalau semua saya buat baik saya jadi isteri. Bila keadaan ini menjadi halwa suami isteri maka susah la. BEREMOSI kekal la nanti. 

Ilmu ini saya dapat daripada suami saya tentang pentingnya bersederhana dari segala segi termasuk emosi. sederhana manjanya, sederhana rajuknya, sederhana marahnya segalanya sederhana supaya tidak la terlalu mencalar hati. Ini kata Mr. Husband dari persepsi sebagai seorang lelaki. Katanya kalau kebiasaannya terlalu manja tetapi bila timbul hal yang menaikkan amarah, marahnya keterlaluan sampai menghempas itu dan ini. Bila keadaan reda, hati suami ada calarnya dek perbuatan kita tadi.

Oleh yang demikian bila beremosi biarlah sederhana dan jangan sentiasa berharap yang suami mampu membaca isi hati serta berkemahiran menafsir apa yang sedang kita fikirkan. Luahkan secara berhemah dan berdiplomasi dengan suami. Baik suami atau isteri sangat perlu saling memahami. Berkomunikasi dengan berkesan supaya tidak la ada yang tercicir. Bagi saya, bila suami menasihat dengan intonasi suara yang lembut, susunan ayat yang baik, rasa mudah nak memahami mesej yang suami mahu sampaikan.

Key words: BERSEDERHANA

Wednesday, July 13, 2011

KisAH Baru..

Hai Wed,


Kembali mencoret dan melorek!Lama blog ni sepi kan?harini nak melorek pendek je di sini. Baru-baru nie saya ikut Mr. Husband balik ke kampungnya di Sekinchan. Suasana kampung Mr. Husband nie macam dalam lukisan masa saya kecil dulu. Macam lukisan kat bawah nie




Sayangnya bukan masa padi menguning tapi masa padi baru je dituai. Anyhow, saya suka sebab kalau kampung saya di Pahang hanya banyak pokok sawit aje. Kampung Mr. Husband nie sebelah kiri laut dan sebelah kanan sawah padi. 


Mr. Husband bawa saya tengok Ban Kinal..tak reti nak explain ape menda nie sebab dia macam satu takungan air untuk sawah. Pagi-pagi Mr. Husband dah bawak jenjalan tengok bendang sebab kami tak tahu dah nak buat ape. 


Hari sebelumnya Mr. Husband bawa pergi tepi laut. Plannya nak memancing tapi air pula yang surut maka berkubur jelah nawaitu. Nyaman betol duduk di kampung Mr. Husband,tetiba saya terfikir yang dulu-dulu masa kecil ingat akan kawen dengan anak askar tapi rupanya saya kawen dengan anak petani. A lot of stories hearing from Mr. Husband, A lot of experience and memories. 


1 and a half day spent at his village memang tak cukup. Lagi satu, saya masuk dalam kehidupan masyarakat banjar. Adat orang banjar bila pasangan baru berkahwin nie mereka beri duit tak kisah la berapa yang ada, seringgit pun jadi jugak diberi dan bila mereka bagi duit mesti akan cakap tolong doakan untuk pemberi, kesejahteraan hidup dah rahmat umur. Heee I feel blessed!



Monday, May 30, 2011

PerASaan StabIL

As Salam,

Hai Mon,

Amacam?monday blues?sleepy monday?first time ever rasa monday best even ada rasa sedikit ngantuks. 5.30pagi dah kira macam rutin pagi saya untuk bangun sejak ada 'housemate'. Tahu kenapa bangun awal sangat tue?sebab nak memasak sarapan pagi. Kalau dulu, memang tak la!kalau bab bangun pagi buta dan masak sarapan. ish!dulu takde kemampuan.

Saya sangat kura-kura bila berada di dapur. Walaupun segalanya sudah sedia di malam hari sebelum masuk tidur tapi tetap saya akan siap memasak sekitar jam 6.15pg. 6.30pagi baru siap mandi, lepas pukul 7 baru siap segalanya dah boleh makan pagi bersama suami. Suami saya bangun 6.30 pagi, 7pg dia dah ready dah. Selalu je kena bebel sebab saya kura-kura sangat. Saya sendiri tak faham macam mana saya boleh jugak terlambat.sob..sob..sob..walaupun suami akan sedikit bebel dengan saya, bangun awal sangat, terpaksa memasak di awal pagi, saya seronok dengan segalanya!now, saya jadi seorang yang ada tanggungjawab.

Kepada kengkawan yang baru membina jambatan kasih mungkin akan culture shock serupa macam saya. 1st two weeks rasa tak percaya dah kahwin dan masih terbawa-bawa sikap hidup bujang. Masih ingat ketiak mak lagi, rindu mak dan homesick macam duduk asrama dulu. Masuk minggu ketiga, mula ada tak suka itu, tak suka ini sebab ada dua kepala in the house. Dah start merajuk sikit-sikit, lepas slow talk and discuss baru la faham itu dan ini. Suami suka tengok discovery channel, saya suka korean movie, cartoon dekat channel 611. Mula-mula rasa susah nak suka ape yang dia suka. Lama-lama saya boleh terima juga.Tengok ikan la, pawn stars la, history channel la. Saya terfikir jugak, baik juga suami suka channel camtu. Patutlah saya adore dia dulu sebab banyak tahu itu dan ini.

Masuk minggu keempat bergelar isteri, perasaan ingat ibu dan rasa kebergantungan dah mula surut di jiwa. Mula rasa bertanggungjawab pada banyak perkara. Saya dan suami sudah boleh mula memahami. ei, a lot of things yang berbeza tau. Dah kawen lain, masa bertunang lain, masa bf-gf lagi jauh lainnya. Anyway, kena ambil masa untuk segalanya. Good Luck buat kengkawan yang baru berumah tangga..Enjoy la dengan perubahan yang berlaku.=)

Friday, May 20, 2011

Hari ke-20 Menjadi Isteri

Hai Fri,

Berdekad lamanya saya tidak menjengah blog ini serta kengkawan blog sekalian. HARAP MAAF kengkawan ku serta blog ku. 1 May 2011 yang lalu saya telah selamat di ijab kabulkan dengan jejaka pilihan saya di Masjid Al Khairiyah Gombak dengan sekali lafaz. Maka dengan itu, saya sah bergelar isteri kepada Mohd Faizal Bin Arsad yang sejak 3 tahun yang lalu saya panggil Chubby dan kini Hubby.Chewah!

Kami mengenakan sepasang putih sebagai tanda permulaan yang baru, dengan ikatan yang suci. Saya lebih terharu sebab suami saya sihat dan melalui hari dengan baik. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum kami bernikah, suami dimasukkan ke Selangor Medical Centre untuk menjalani pembedahan di tulang belakang bagi membuang ketulan yang saya tidak tahu nak terangkan bagaimana. Saya rasa bersyukur sebab kami dapat juga bersatu pada tarikh dan masa yang telah dirancang.

Selesai upacara nikah, terus majlis bersanding dan kami mengenakan busana berwarna oren (warna kesukaan saya). Segalanya Orange!Sangat gembira di majlis petang itu sebab ramai rakan taulan, sahabat handai, saudara mara yang hadir memeriahkan majlis. Saya berpeluan bertemu dan beramah mesra dengan keluarga mertua. Subhanallah, tak terkira rasanya gembira saya di hari tersebut.

Harini sudah 20 May dan harini merupakan hari ke-20 bergelar isteri. PERASAAN? wonderful, my life is colorful sebab berkongsi kehidupan dengan seorang suami yang baik. Saya mendoakan agar kebahagiaan saya kecapi di masa ini, akan membantu saya bahagia di akhirat nanti. Selamat Pengantin Baru!hiks!