3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 15, 2010

Mental Ke?

Haloo Monday...

Terasa nak menulis satu isu yang terasa menebal di jiwa raga nie. Semalam dok tengok post kengkawan kat FB ternampak seorang kawan saya nie post sesuatu di status nye
If you know someone is already TAKEN, please RESPECT their relationship. Don't be the reason they end up SINGLE.




Hurm..Beremosi ye status rakan saya nie mungkin dia kena ganggu dan intention gangguan itu adalah untuk merosakkan hubungan dia. Last week saya attend sebuah seminar kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan keselamatan makanan dan pelancaran Skim 1 Malaysia. Memang seronok sebab berpeluan berjumpa dengan ramai mereka yang bekerja di bidang kawalan mutu. 

Apa yang tak bestnya bila saya kenal dengan seorang mamat dari sebuah syarikat ayam yang tak perlu saya nyatakan dari mana. Saya memang jenis yang ramah dan suka berkawan tapi rupanya saya tersalah kawan pula. Ape-ape pun saya memang tak lupa nak pakai cincin di jari manis untuk memberitahu lelaki terutamanya yang saya sudah berpunya. Saya nie memang la tidak cantik namun saya mengambil kira dunia bertunang nie ape pun boleh jadi.

Saya memang bertukar number dengan mamat nie sebab memikirkan dia datang dari industri yang sama so mungkin la ada pape yang boleh dikongsi. In fact di seminar sebegitulah tempat untuk distribute busness card and berkongsi pengalaman. Mamat yang satu nie lain pula agenda dia, dia ambil number saya bertujuan lain pula. Sehari dua saya boleh la tahan tapi saya tak boleh blah bila dia mula tidak menghormati saya sebagai tunang orang. Boleh pula mengeluarkan kenyataan bahawa baru bertunang belum jadi isteri orang. 

Jauh disudut hati saya, saya tak terfikir pula nak bertukar dengan yang lain selain Mr. Garu saya nie yang saya kenal selama 3 tahun. Dia boleh fikir ke macam mana perasaan saya pada Mr. Garu?At last saya ignore je dia sebab sangat tidak menghormati orang dan lepas laku. Sangat tidak sesuai dengan jawatan pengurus kilang yang disandang. 


Moralnya: Check baik2 diri tue dulu jangan perasan berlebih sangat. Ingat dengan jawatan dan duit anda boleh beli segalanya walaupun hak orang lain?
Mr. Garu saya nie tau!