3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Karat nye Otak!huhuh

Halooo...

Seharian harini Miz Pucca terperap dalam lab mikrob, patutnye semalam lagi dah Miz Pucca kena iktikaf dalam lab tue tapi kurang 'confidence' plak semalam.Almaklumlah otak dah berkarat. Cerita Mikrob nie 3 tahun yang lepas lagi dah tinggal. Sejak lepas grad dah tutup buku Food Microbiology, Bukan takat tutup siap bersawang, semut pun buat sarang dalam buku mikrob Miz Pucca. 

Bagus jugak la lab assistant Miz Pucca tue letak jawatan, at leastnye boleh polish semula otak nie.Sampai nak buat air suling pun Miz Pucca tak ingat dah inikan nak guna autoclave. Berminggu-minggu juga la Miz Pucca mentelaah nota lama serta rujukan yang ada nie. Bukan apa, memang masalah kat tempat Miz Pucca baru keje nie, mereka nie lack of manual. Masa baru join dulu, tak tau manual ape nak kena rujuk even employee handbook pun takde. Miz Pucca memang kena sediakan macam-macam manual lepas nie. At least staff baru lepas nie takdelah jadi macam Miz Pucca harini.

EXCITED!ye..memang excited sebab harini Miz Pucca berjaya menyelesaikan tugasan dalam lab, dalam keadaan otak yang belum 100% polish Miz Pucca berjaya sediakan 10liter air suling menggunakan paip yang agak gile sebab tetiba je heater tue boleh kering air..BAHAYA!Miz Pucca berjaya menyiapkan ujian TPC dan E.Coli tapi esok baru dapat tengok result. Terdapat beberapa kelemahan especially waktu penyediaan sampel. Dalam lab mikrob langsung takde meja khas untuk wat penyediaan sample plus takde stomacher untuk homogenize sample, terpaksa guna tangan dan picit-picit sample sampai pecah dalam air suling tue. Melecehkan dan consume a lot of my time untuk penyediaan sampel sahaja. 

Esok, Miz Pucca plan nak masuk lab seawal yang boleh!7.30 am dah masuk lab sebab nak wat preparation semua. Buat label dan sebagainya. Datang je keje terus buat sampling lepas tue ready kan media untuk salmonella pulak..Kalau harini ambil masa 8 jam dalam lab, esok mesti kurang sejam maknanya nak buat keje cepat la. Kalau Miz Pucca spend masa lama sangat dalam lab keje atas meja makin bertimbun pula..Chaiyyok!I can do it!heee

ps: teringat masa dulu-dulu keje dalam lab ngn kak nana..best gile!

Great Thank You..love is in the air

halooo...

Sangat lama tidak menulis di blog ini akibat kesibukan yang tidak putus-putus.1st sekali alhamdulillah kerana Miz Pucca dah selamat ditunangkan dengan Mr. Garu dalam acara yang meriah dikelilingi mereka yang disayangi. Terharu dengan mak dan abah serta adik beradik semua. Special thanks to my lovely brother, angah yang sponsor itu dan ini bagi melengkapkan banyak perkara. My special thanks to mak yang tak disangka-sangka create a lovely small pelamin untuk acara menyarung cincin and it is awesome. Special thanks juga pada abah yang tak tido malam kemas itu ini, pasang itu ini malah membantu kerja dapur, you are everything abah!Thank You..Thank You..Thank You...The day was lovely dan Miz Pucca rasa sangat dihargai!! Allah Maha Pengasih meminjamkan Miz Pucca rasa kasih sayang yang tidak terhingga.
Miz Pucca berdoa agar jodoh dipanjangkan serta diberikan kesabaran yang tinggi bagi menempuh hari-hari mendatang di alam yang baru ini. Saat dan ketika ini menuntut Miz Pucca menuntut lebih ilmu untuk kehidupan berumah tangga nanti. Doa yang tidak putus agar Allah terus beri kekuatan dan limpahkan hidayah buat Miz Pucca serta Mr. Garu. Semoga kami tergolong dikalangan mereka yang dikasihi oleh -NYA..

Apa yang menjadi sangat special jugak sebab segalanya pertama. Nak tau kenapa?Miz Pucca pertama kali bersua muka dengan ibu Mr. Garu. Memang tak pernah jumpa lagi even gambar pun tak dapat tengok!She is lovely and so young..Still remember pandangan pertama before cincin disarung, her smile to me..such a sweet moments. Salam yang pertama and our first hugs..Warm in the heart actually. Miz Pucca harap dapat bertemu lagi and lebih proper. Dapat lebih beramah mesra dan saling mengenali. Mr. Garu bagitahu nak bawa Miz Pucca 17 haribulan nanti..heee i'm looking forward and now looking for the best gift nak bagi to her..hee 
My sweet Lovely day 18092010
my future mother in law looks young!hee
My lovely family

 our first hug..heee

 masa nie baru dapat tengok real..hee

Segalanya telah berjalan lancar dan kini menuju tarikh yang telah ditetapkan.
ps: macam tak percaya dah pula...hee