3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

Happy!!!!

Assalamualaikum..

Dah lama tak conteng-conteng disini ek?saya sibuk pulak beberapa harini. Semalam adalah hari yang sangat penat sebab pagi-pagi dah kena pegi Desa Tun Razak untuk checking product reject actually just to confirm all the reject items je.Sampai je kat sana semua kecoh coz ingat saya kena denggi.hehehe haritu punya pasal la yang demam sampai seminggu.Sekarang sihat seperti sedia kala, Alhamdulillah.
After balik daripada Desa Tun Razak, gerak semula ke office di batu caves, terus pegi cold room check lagi barang coz production mengada-ngada reject all the items bahan mentah ikan dari Vietnam. Kesudahannya, items tue semua rosak.Tak suka betul dengan orang production. Rasa nak MELETUP bila deal ngan dorang. Sudahnya saya decide to have a meeting with QC team this monday (tomorrow) then cuti merdeka.

After that, terus gerak pegi Damansara pick up my Garu, saya ajak dia teman saya pergi kompleks kraf kat Jalan Conlay dan dia sangat mengada sebab tak mau drive masuk KL. Saya tau dia benci sangat masuk KL, nevermind saya sanggup driving masuk KL. Sampai je di kompleks kraf, memang ada banyak promosi untuk raya tapi tujuan kami ke sana actually nak cari barang and deco untuk hantaran.Malangnya tiada yang berkenan dan bakul pun mahal. So at last decide pegi nilai sahaja esoknye.
Saya drive semula balik Damansara and plan to have iftar with Iswan kawan baik Garu saya ini. So we go straight to Bukit Beruntung and have our buka puasa di sana. Seronok saya tengok kengkawan Iswan nie mekap keta dorang tapi saya pula tak dapat nak amek gambar keta-keta tue sebab kamera handphone saya nie rosak. Kesian dekat Garu sebab keta dia belum tip top cam mereka. Takpelah Garu yek, after we settle with our thingy, then I let you mekap keta pula.heee poor him!ACtually saya tak kisah kalo Garu nak mekap keta dia sebab tau dia seorang yang sangat pandai berjimat but then we have our own priority yang nak kena settle dulu. 

Semalam yang sangat penat dan saya balik je rumah terus tidur sampai pagi dan tak mampu untuk bangun sahur pun.heheheh dasatnya saya!Harini pula saya dan Garu ada misi di Nilai. Saya memang serius terasa penat tapi pagi-pagi dah bersiap. Tepat jam 9 pagi saya gerak pegi Damansara and kali nie naik keta Garu plak!as he promised kalau pegi tempat jauh-jauh nak froggy dia plak.hehehehe sangat selesa naik keta dia ok..actually saya sangat suka naik keta dia tapi dia je yang tak tau atau sengaja buat tak tahu.hehehe

Sampai dekat Nilai 3 straight pegi kedai pengantin dan bermula la saya kepeningan dan serabut sehingga Garu pun penat. Bukan ape, majalah rujukan saya telah dikemas oleh mak dan mak lupe dimana dia letak. So saya ke sini seperti hilang arah dan panduan hidup la plak. Berpusing-pusing dalam kedai tue sebab mencari material sesuai untuk barang hantaran. At last pening saya hilang bila dapat tengok contoh dekorasi barang dekat kedai tue. Garu punya dah complete. He is good actually!saya je yang terkial-kial lagi. At last we are able to get our theme rite and buy all the things. Sangat murah sebab ada diskaun. 

Balik rumah harini pun awal sebab pukul 2.30 saya dah reach home dah. Saya tunjuk dekat mak ape saya beli tapi masih lagi berfikir cane ye saya nak dekorasi barang hantaran nie. Saya ada 9 dulang nak dihantar ke pihak Garu.Bermula episod saya tidur pun sampai mimpi rupa barang-barang hantaran saya. At last saya terasa mendapat sedikit cahaya bila saya nak solat maghrib saya belek kejap lemari buku adek kecik saya dan jumpa majalah pengantin yang saya kumpul dulu.heheheh so sekarang saya sudah ada panduan!yeay!happy nye saya.

Cuti merdeka nie saya nak mula membeli bunga-bunga pula untuk wat dekorasi.Saya nak buat sendiri semuanya. Hopefully menjadi la kerja tangan saya nanti. Ada 20 hari lagi sehingga majlis itu. hee Sekali lagi saya tak dapat nak upload gambar barang saya beli di Nilai tue sebab kamera handphone saya rosak.

Esok saya updates cerita terkini ek!tata