Haloo...
Amacam harini?teringat pula ada seorang kawan yang mengingatkan kepada saya suatu masa dahulu, Allah hanya berikan 3 hari sahaja dalam kehidupan manusia. Semalam, hari ini dan Esok.Kalau direnung, kita tidak punya banyak masa kan?3 hari ini aje yang kita ada. Makanya gunakan la sebaik-baik nye.
Semalam yang mengejutkan?kenapa? oh..mesti nak tahu kenapa terkejutkan.Semalam juga baru sedarkan saya rupanya banyaknya benda yang diluar jangkaan kita berlaku sehari-hari. Pertama berita tentang ibu dan nenek bekas rakan sebilik dari tingkatan 1 - 3 dulu.
Nak dijadikan cerita, rakan saya ini menyapa saya di YM, setahu saya dia nie seorang yang sangat sibuk maklumlah guru fizik ditambah pula dia seorang warden. Kebiasaannya tiada masa melayan YM kerana seharian aktivitinya penuh. Jika tiada kelas tambahan, dia menghadiri mesyuarat. Jika tidak bermesyuarat dia sibuk menjadi ajk itu dan ini paling tidak sibuk dengan aerobiknya. Awalnya saya fikir tentu ada gosip atau cerita terkini yang menarik namun lain rupanya. Dia membawa berita yang mengejutkan tentang ibu dan nenek nya. Anda pasti pernah dengar tentang kanser kan? Jika pada saya, bila mendengar sahaja tentang kanser, cepat-cepat hati kecil saya ini berdoa, jauhkan la penyakit itu dari saya.
Namun pada ketika dia beritakan yang ibunya disahkan menghidap kanser payudara stage 2 dan neneknya sudah kritikal kerana penyakit yang sama, saya seperti mahu menangis. Dia nyatakan pada saya dia sangat sedih dan terkejut. Sedangkan saya ini terkejut, dia apatah lagi tentu berganda terkejutnya ditambah pula ibu di KL dan dia di Muadzam. Jika saya berada ditempat dia, dah tentu esoknya saya tidak bekerja kerana mahu menemani mak saya. Saya mohon pada Allah jauhkanlah ujian sedemikian untuk saya. Buat Jasli rakan baik saya, saya doakan yang ibu dan nenek kembali sihat dan mereka kuat semangat melawan penyakit itu.
Tidak cukup dengan berita yang meluluhkan hati itu, saya sekali lagi dikejutkan dengan berita rakan lama saya di zaman membuat latihan industri dulu. Saya kenal rakan ini masa saya buat latihan industri dengan Ayam Brand di Shah Alam. Rakan ini lebih tua dari saya dan saya memanggilnya akak sebagai tanda hormat. Akak ni banyak menabur budi kepada saya. Pergi kerja naik kereta kancilnya, tempat tinggal juga menumpang di rumah sewanya malah dia juga yang banyak mengajar saya tentang dunia bidang makanan nie.
Sepanjang tempoh 2 bulan bersama akak ini, dia seorang yang sangat baik dan tidak lokek. Ingat dahulu waktu dia di fasa berpacaran, selalu masak bekal untuk kekasihnya (sudah bergelar suami kini). Bila ada pasar malam sahaja, pasangan ini akan kesana untuk membeli lauk pauk, sayuran untuk seminggu. Akak ni memang pandai memasak dan masakannya sedap betul. Saya tamat latihan, akak pun bertunang. saya hanya sempat melihat cincin tunangnya sahaja, at least dapat juga berkongsi kegembiraan. Selepas itu, saya terus lost contact dengan akak yang baik ini dan mendoakan akak terus bahagia dan ceria selalu.
Namun, jodoh kami panjang juga bila saya berjumpa kali kedua dengannya. Masa itu, niat saya mahu melihat anak pertamanya namun lain pula jadinya bila dia beria ajak saya join sebuah perniagaan. hee masa tue saya takde duit nak buat bisnes,kerja pun belum yang bagus lagi. Sekali lagi kami lost contact dan semalam kami berjumpa semula di laman facebook. Kali ini, saya terkejut yang amat sangat bile nama yang digunakan azlida dan arwah rustam.Saya view page akak nie dan dapat lihat gambar dua anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan. Bila saya view pada wallnya baru saya tahu kekasih yang dimasakkan lauk pada satu waktu dulu, suami dan bapa kepada dua anaknya telah kembali ke rahmatullah. Innalillah...rupanya suami akak ini telah dijemput Allah pada 26 jun yang lalu akibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur. Saya mendoakan supaya Allah memberi ketabahan hati kepada akak dan dapat mengharungi hari-harinya dengan baik. Buat suami akak, saya sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semalam yang mengejutkan!