3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Amboi....Bukan Main Mahai!

Halooo...

Sekarang nie musim hujan je ek?monsun ape ek sekarang?dah tak tahu dah pasal geografi nie.Pagi tadi nak pegi keje pun hujan lebat nasib baik punch kad rosak, sampai 8.31 tapi bila punch keluar 8.24..heheheh kalo cenggini hari-hari rosak pun takpe.
Tetiba Miz Pucca terasa nak berkongsi sesuatu tentang kisah semalam di sebuah butik area Taman Koperasi Polis, Miz Pucca namakan sebagai butik x. Kalau tengok dari luar butik aka rumah owner bukan main lagi gempak. Standard butik mahal la kalo tengok sekali lalu. Pintu pun pakai ding dong bell..hehehehe memang tip top dari segi hiasan butik nye. Kalau masuk rasa dok dalam garden pun ada. Miz Pucca pergi butik tue bukan saje nak tengok keindahan butik x nie tapi dengan niat nak usha la pakej perkahwinan yang ada kat situ. Tak sampai 5 minit masuk dalam butik, Miz Pucca dah belek-belek baju yang ada. Semua pakaian macam rekaan indonesia jek dan banyak style baju lebih kurang jek. Tuan punya butik kata, dia ada designer sendiri dan material yang digunakan semua mahal hingga kan kain lace serta beads pun ribuan ringgit tapi jauh disudut otak Miz Pucca tertanya-tanya, apahal style sama jek? Designer dia hilang idea ke?  Tak tahu lah betul ke tidak dia ada designer sebenarnya.

Lepas belek-belek baju dalam 10 minit, tuan punya butik ajak la duduk di meja untuk discuss sket..tuan butik kata dia takde pakej coz dia wedding planner. Ok la nevermind la, lagipun saje nak tengok berapa dorang nie kasi. Dia pun tick sana tick sini tekan-tekan calculator naa dia bagitahu harga dia 6 ribu..Mak ai..Miz Pucca pun amek la menda yang dia dah conteng tue menda yang dia charge cuma baju sepasang, pelamin, mekap 'celebrity' (yang ini poyo nak mati, jap lagi Miz Pucca cerita ek), gaun and kot (free) bantal nikah (free), total up ini semua 6k. Then Miz Pucca bagitahu dia yang Miz Pucca nak yang simple and minat dia verify how much the pelamin actually, dia tak bgtau yang dia asyik sebut pelamin dia mahal and dia tak kisah sebesar mana pun peamin tue harga semua sama. Miz Pucca pun belek album gambar pelamin mahal dia tue. ALLAH!pelamin jenis besi zaman dahulu kala paling updated pun pelamin kotak (ala panel zaman kini). Pastu dia dok tunjuk la dia ada pelamin tengah dok order lagi pelamin tiang roman, dia kata kalau nak kena tambah 1k lagi.Hurm..Miz Pucca pun malas nak tanya banyak sebab menda yang ditawarkan tak berbaloi langsung. Ha..ni dok nak cerita gak la nie pasal mekap celebriti butik ini. Bila Miz Pucca tanya dia just jawab yang dia pernah mekap artis gak sebelum nie. Itu jek? bila tengok gambar portfolio mekap dia takde plak muka artis yang Miz Pucca tengok ada la 2 artis. 

Teringat pula pada butik yang Miz Pucca pegi minggu lepas, harga dia bagi baru 2k jek siap baju design baru (dress terkini, bukan fesyen indon ye..), pelamin tiang roma ngan kerusi tinggi couple sit pun just tambah lagi 250.00 plus mekap artist media prima itupun nak tambah mekap nikah just bayar lagi 150. Yang butik x tue, nak tambah mekap kena tambah duit lagi 5 ratus. Miz Pucca pelik gak, merepek macam tue pun masih ada orang yang amek dengan dia ek. Mungkin orang tersebut berlebih sangat duit kot. Bagi Miz Pucca, kalau dengan harga 6k tue paling tidak pun baju persalinan berpasang-pasang siap malam berinai kecik besar pastu bunga telur bagai plus pelamin macam-macam style. Ini setakat fesyen dan style yang dia tawarkan tue, baik pegi butik lain aje. Nak cekik orang pun agak-agak la kan.  

Apa-apa pun, Miz Pucca kena bijak memilih. Hujung minggu nie confirm booking di butik idaman tue. hik!