3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 25, 2013

DuGAan BeRHIkmaH

Halooo..

Berhabuk dah ye blog ni naik sendat hidung dek habuk yang seinci dua ni. Banyak sangat vitamin M sampai tak tertulis ape pun dekat setahun agaknye. Harini rasa nak menulis sesuatu yang berat ditanggung dek jiwa raga ni. 


10 July 2013



Aku terima khabar dari mak yang aku dipanggil untuk temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh temuduga 15 July 2013, 8.00 pagi. Aku terima khabar itu dengan hati senang tetapi tiada la mencipta pengharapan yang besar. 



15 July 2013



Aku lewat tiba ke pusat interview sebab hujan lebat lepas tu aku kan gabra so aku xpaham arahan GPS waze tu..dia cakap 200 meter ke kanan..aku nampak je simpang terus masuk. GABRA!yes, sometimes kalo gabra sangat 2,3 hari hati degup kencang-kencang sampai rasa nak pecah dada..hihihih 



Sementara menunggu di luar bilik, aku takat dapat senyum je la dengan orang keliling sebab hati pun tengah tak best. Ada seorang calon baru lepas temuduga kecoh bagi soalan bocor pasal piramid makanan. Bertambah kencang jantung, sebab langsung tak ingat dah.



Masa tengah menunggu tu la dok membelek website KKM, baru nak amek tau siapa menteri kesihatan. Hheheheh jenuh mesej kengkawan tanya siapa menteri kesihatan. Sampai giliran aku, ada dua orang penemuduga dah standby, Alhamdulillah melalui interview dengan baik walaupun aku tak ingat formula BMI. Selepas tu tawakkal je, orang pertama aku roger lepas interview adalah en. suami.



20 Sept 2013

Keputusan online dalam website SPA keluar dan keputusan didahului SUKACITA. Alhamdulillah aku berjaya sekali ini. Pada tahap ni aku rasa seronok tapi…..ada sekelumit perasaan menolak bila memikirkan 'posting' yang jauh. Bagaimana jika SABAH, SARAWAK.


11 November 2013

Demam selesema menerjah aku hari itu, mak menyampai satu khabar lagi, perkhabaran kali ini mak suruh aku istighfar dan dengar dengan tenang apa yang ingin disampaikan. Mak beri tahu aku diminta untuk lapor diri di JKN pahang, Kuantan. Aku terima khabar dengan jutaan rasa yang sukar di ucap, khabar ini khabar buruk buat aku. Khabar yang buatkan otak ku dikerah bekerja lebih dari sepatutnya, khabar yang meruntun jiwa ibu, jiwa seorang isteri. Khabar yang buatkan aku berada di satu simpang yang membuntukan. Senang cerita, khabar ini menggelapkan seketika jalan kehidupan aku. Ya, aku sudah mula memikirkan yang buruk-buruk sahaja, tiada langsung hikmah yang aku bisa bentangkan. Syaitan juga hebat membisikkan pelbagai kegusaran, aku terima khabar itu dengan hujanan air mata. Aku diminta melapor diri 18 November 2013.

Aku mengira jarak Kuala Lumpur - Kuantan, aku berkira siapa yang akan jaga dhia, aku berkira bagaimana kesan jarak itu dengan hubungan suami isteri yang sekarang kami jalani dengan lancar.Banyak perkiraan dalam kepala hingga berat hati untuk menerima tawaran ini. Lama mencongak, ibu saudara ku yang aku kira mudah diluah rasa menegur aku di facebook, banyak kami bincangkan dah kesudahannya aku kira aku terima la tawaran itu. 

18 November 2013

Aku dan suami bersiap seawal 5 pagi untuk ke Kuantan melapor diri, malam sebelum aku tak lena tidur, aku sibuk berfikir yang tidak enak, aku habiskan masa memasak bekalan untuk esok hari ditemani si kecil yang sibuk amat sangat juga. Perjalanan ke Kuantan lebih 'silent' aku dan suami tiada apa yang ingin di bicarakan, aku melayan rasa yang bermacam-macam. Hanya untuk sekeping surat rasmi dan penempatan, kami perlu menunggu setengah hari. Aku ditempatkan di Raub, Pahang. Alhamdulillah bukan Kuantan namun gusar tak pudar juga mengenangkan bagaimana rupa keadaan Raub.

Raub sepatutnya aku tak perlu fikir banyak sebab abah aku lahir dan dibesarkan di Raub, di Kampung Melayu Cheroh. Tapi fikiran aku serabut sebab aku langsung tidak ingat kenangan Raub itu. Selesai proses di Kuantan aku diminta melapor diri di PKD Raub. 4.30 petang baru tiba di PKD Raub, aku sempat membuat rayuan agar diberi tempoh 2 minggu untuk aku habiskan baki notis. Rayuan diterima.

Aku lihat bandar Raub kecil benar, bangunan semua lama memang tak terbanding bandar KL, jalan raya juga tak terbandingkan. SUKAR. Rasa ini yang pasti.

Aku tak banyak bicara dimana penempatan aku sebab ada suara yang sebut apa yang susah hati?Susah mengerti barangkali. Aku mungkin tidak normal atau hilang kewarasan baginya. Tak mengapa, aku tak minta kamu mengerti, aku cuma meluah rasa jika tertahan mendengar jika tidak aku pasti berhenti bicara. Aku berhenti. 

23 November 2013

Keputusan tercapai, Dhia mengikut aku, tidak mengapa nak, ibu heret juga kamu ke mana ibu pergi supaya kamu tak rasa ibu tak sayang kamu bila dewasa, tanggungjawab di ambil nenek dan atok. Ibu berfikiran usaha mendidik dan menjaga kamu biarlah antara babah dan ibu sahaja, jangan disusahkan orang lain walaupun masih upaya. Ini jelas keputusan nya. 

Mengambil kira kisah taska yang tidak bertanggungjawab, mengetepikan nilai ringgit kami mengambil keputusan hanya yang berdaftar buat anak ini. Senarai JKM hanya ada dua. Aku maklum dari beberapa kenalan di raub ada beberapa taska selain yang dua itu. Tidak berdaftar barangkali. Aku hanya ada dua pilihan ini. Aku jadualkan temujanji dengan pengusaha untuk bagi ruang aku membuat pilihan. 

Sabtu, 7 pagi aku dan suami sudah bersedia memulakan 'hunting' kami. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub terus menuju ke Taska A.

Taska A
Luaran penuh bergantung belon, mainan kanak-kanak. Suasana luar nampak menyeronokkan.

Kelas di dalam bersih, penuh bertampal koleksi gambar anak-anak yang tinggal di situ, ABC, 123 penuh di dinding. Ada meja dan kerusi kecil untuk anak-anak duduk belajar. Ada mainan tersusun rapi di keliling bilik kelas. Pengusaha nya keturunan serani. Bahasa pengantar nya English, aku berbelit lidah menyebut kata kerja, kata nama dan pelbagai kata di dalam sebutan English. Akiviti kelas nampak menarik dengan aktiviti anak-anak. Bagi aku kalau aktiviti koyak kertas pun sudah menarik. hihihih 400 untuk kelas begini cuma taska nya dalam rumah kayu tapi redup dek pokok besar. Ruang bermain di luar sangat luas untuk anak berkejaran. 

Otak aku mula mencongak, jika di KL 400 kelas nye lebih hebat boleh dapat siap kelas renang dan banyak lagi aktiviti. Ini Raub, mana sama KL ada kelas aktiviti begini dah cukup bagus. Lokasi taska berdekatan dengan bandar Raub.

Taska B

Taska B pengusahanya melayu, membahasakan diri pun akak-akak, mewujudkan mesra di peringkat awal. Lokasi di rumah taman corner lot. Ruang luar nampak sempit untuk anak berkejaran. Ruang dalam bagi ku boleh tahan sebab kosong tiada perabot mungkin mengelak bahaya. Dekorasi dalaman nampak kurang interaktif untuk anak kecil. Pengusaha bagitahu sekadar menjaga anak sahaja, aktiviti tak terlaksana sebab kurang kakitangan juga nilai gaji 900 perlu dibayar. Yuran bulanan 300. 

Keputusan dicapai memilih Taska A, setakat ini itu yang terbaik mungkin Dhia boleh belajar berbahasa Inggeris walaupun di rumah Melayu. Aku tak berminat mengajarkan anak berbahasa Inggeris di rumah, biar la English di sekolah sahaja. 

Jika mengikut hati, aku mahu yang lebih baik seperti Brainy Bunch Montessori tapi di Raub ini, itu sahaja yang terbaik. Tak mengapa, ibu sahaja mengajarkan alif ba ta, mengajarkan solat dan doa. Ibu pasti mampu mengusahakannya. 

'Hunting' kedua adalah rumah sewa, payah benar mendapatkan sekeping iklan pun menawarkan rumah untuk disewa. Walaupun mengeliling taman sekali pun tiada sebarang papan iklan membuat tawaran sewa atau jual. Allah mudahkan urusan melalui sepupu mak yang tinggal di mukim Gali. Aku panggil makcik enun, ini pertama kali bertemu berbual bicara sudah terasa mesra dan senang di hati. Rumah kedai berhampiran stesen bas lama cadangannya. Aku dan suami menyatakan setuju, 400 untuk sebuah rumah dengan 2 bilik yang dikira agak luas. Tawaran 350 tidak boleh ditimbangkan. 

Lokasi rumah, lokasi taska, lokasi tempat kerja nampak searus jalan. Keluar rumah boleh menghantar dhia kemudian ke tempat kerja. Jarak rumah di bandar Raub ke Klinik kesihatan terpilih hanya 15- 20 minit. Dari jaraknya aku girang cuma fikiran buruk menerjah lagi bila memikirkan isu rumah kedai itu. Aku faham rumah itu duduknya sama ada pangsapuri, jika tidak pun teres. Rumah kedai bagi aku macam tidak sesuai menjadi tempat tinggal. Berulang kali aku tanyakan suami, ok ke rumah tu?ok ke taska tu?aku tanya ratusan kali. Aku cuma nak jawapan sama setiap kali aku bertanya. 

Setelah lama berdiam, aku faham kini apa yang aku sangat gusarkan, DHIA.

Dhia selamat ke tinggal berdua dengan ku di rumah itu?
Dhia mampu ke berkawan dengan rakan berlainan bangsa?
Dhia mampu ke berkelakuan baik supaya semua cikgu senang menjaga dia?
Dhia gembira ke sekolah?

Ya, aku gusar, risau kerana Dhia. Aku luahkan rasa itu dengan mengirim satu pesanan ke telefon mak. Aku luahkan segala ketidaksenangan hati aku. Mak cuma cakap Inshaallah segalanya baik. Serah pada Allah, Allah la penjaga terbaik. Aku teringat doa yang diajarkam seorang kakak bagi ku. Iye, aku lupa dunia ni milik Allah, Segalanya di bawah kuasa Allah, aku telah berdosa membelakangkan kuasa Allah. Sedikit sebanyak aku mula tenang. Ini la hikmah pertama yang aku terima.

Aku berharap bertemu hikmah yang lebih lagi atas takdir yang Allah tetapkan buat aku, suami dan Dhia. Semoga kami boleh menempuh dengan tenang dan aku pacakkan segalanya kerana Allah taala. Sekian tulisan aku untuk kali ini. Mohon pembaca doakan aku serta anak aku, keselamatan kami berdua, kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Sampai kita jumpa di surat yang lain.