3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Karat nye Otak!huhuh

Halooo...

Seharian harini Miz Pucca terperap dalam lab mikrob, patutnye semalam lagi dah Miz Pucca kena iktikaf dalam lab tue tapi kurang 'confidence' plak semalam.Almaklumlah otak dah berkarat. Cerita Mikrob nie 3 tahun yang lepas lagi dah tinggal. Sejak lepas grad dah tutup buku Food Microbiology, Bukan takat tutup siap bersawang, semut pun buat sarang dalam buku mikrob Miz Pucca. 

Bagus jugak la lab assistant Miz Pucca tue letak jawatan, at leastnye boleh polish semula otak nie.Sampai nak buat air suling pun Miz Pucca tak ingat dah inikan nak guna autoclave. Berminggu-minggu juga la Miz Pucca mentelaah nota lama serta rujukan yang ada nie. Bukan apa, memang masalah kat tempat Miz Pucca baru keje nie, mereka nie lack of manual. Masa baru join dulu, tak tau manual ape nak kena rujuk even employee handbook pun takde. Miz Pucca memang kena sediakan macam-macam manual lepas nie. At least staff baru lepas nie takdelah jadi macam Miz Pucca harini.

EXCITED!ye..memang excited sebab harini Miz Pucca berjaya menyelesaikan tugasan dalam lab, dalam keadaan otak yang belum 100% polish Miz Pucca berjaya sediakan 10liter air suling menggunakan paip yang agak gile sebab tetiba je heater tue boleh kering air..BAHAYA!Miz Pucca berjaya menyiapkan ujian TPC dan E.Coli tapi esok baru dapat tengok result. Terdapat beberapa kelemahan especially waktu penyediaan sampel. Dalam lab mikrob langsung takde meja khas untuk wat penyediaan sample plus takde stomacher untuk homogenize sample, terpaksa guna tangan dan picit-picit sample sampai pecah dalam air suling tue. Melecehkan dan consume a lot of my time untuk penyediaan sampel sahaja. 

Esok, Miz Pucca plan nak masuk lab seawal yang boleh!7.30 am dah masuk lab sebab nak wat preparation semua. Buat label dan sebagainya. Datang je keje terus buat sampling lepas tue ready kan media untuk salmonella pulak..Kalau harini ambil masa 8 jam dalam lab, esok mesti kurang sejam maknanya nak buat keje cepat la. Kalau Miz Pucca spend masa lama sangat dalam lab keje atas meja makin bertimbun pula..Chaiyyok!I can do it!heee

ps: teringat masa dulu-dulu keje dalam lab ngn kak nana..best gile!

1 comment: