3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

PerLU Pre-WeddING PhotOGRAphy SEssion

Hai Thurs...

Petang semalam dapat berborak dengan photographer yang saya pilih untuk majlis besar saya nanti. Ada rasa ketidaksabaran di hati nampaknya bila beliau memberikan tarikh untuk sesi bergambar pre-wedding untuk saya pilih, 19,20 Feb atau 5,6 Mac. Saya sangat teruja untuk memilih Feb maka terus roger Mr. Garu kesayangan untuk bayar booking fee pada beliau.hehehehe

Keterujaan berpanjangan hingga hari ini menyebabkan saya terus je google contoh gambar pre wed dan bertemu dengan banyak blog photographer. Jika boleh gambar pre-wedding saya mengisahkan hubungan kasih sayang dengan Mr. Garu saya. Mengimbas kenangan detik kali pertama bertemu dulu kalau boleh. As for myself, Mr. Garu is my first love! Kami bertemu masa saya mula bekerja di sebuah syarikat kosmetik as a production chemist and Mr. Garu adalah Production Supervisor nye. Heee QC jatuh hati kat Production Supervisor yek?Kantoi....Bagi saya memori itu sangat sweet sebab masa saya datang interview, Mr. Garu mengadap PC dan sangat serius, terdetik kat hati saya masa tengah tunggu interviewer, menarik la mamat nie tapi sombong! Bila join the company, eh!dia production supervisor la dan memang dia sombong sebab saya kena tegur-tegur dia dulu.

Sebab bagi saya memori itu sangat sweet, saya nak request untuk bergambar di company lama saya tue. Boleh tak? En. Ahmad Photographer kahwin saya nie kan sebenarnya factory manager company itu. Boleh ke nak request? Saya nak bergambar as a production chemist dan dia as Production supervisor. Our first met!

Dapat 5,6 keping pun cukup la sebab lepas tue saya berimaginasi untuk ambil gambar dekat Tasik sekitar Ulu Yam. Nak theme memancing sambil berkelah. Mr. Garu saya sangat suka memancing, looks like he loves nature like myself sebab saya suka berkelah di tepi sungai sambil makan-makan sebab tue Mr. Garu suka kata saya nie eating machine. Setakat dalam minda nie saya rasa sweet untuk ada sesi bergambar pre-wed dengan tema itu. Imaginasi saya membuatkan saya berfikir jauh la pula!nak pakai baju ape? pakai kasut ape? nak bawak bekal ape? heheheeh Love all the things I imagine sekarang..hehehehe


Dekat bawah nie saya paste gambar yang saya rasa mungkin kena dengan imaginasi saya nie..
google images  
Mengikut imaginasi saya, saya mahu seperti didalam gambar di kilang tempat pertama jatuh hati kat Mr. Garu. Mr. Garu mesti pakai baju production dia yang smart tue dan saya pakai lab coat sebab saya kan QC. Hee ada idea tambahan disitu tapi saya keep samapi saya tunjuk hasilnya nanti yek?

google images


Saya suka topi cenggitu, saya plan nak pakai untuk pre wed tema memancing sambil berkelah dengan Mr. Garu.

katymelling.wordpress.com
Saya minta permission untuk letak gambar dari satu blog cute di atas. Seperti yang saya imagine kan..hehehe

Ada banyak dalam kepala saya nie idea tapi terlalu melimpah ruah. Ape-ape pun tunggu gambar pre wed saya Februari nanti. Heee

Tuesday, January 25, 2011

FLat SHoe Or HEeL?

Hai Tues...

Berasap harini sebab baru lepas keluar bilik meeting. A lot of HOT topics!Dek kerana terasa "panas berbahang" maka mencari sesuatu yang menarik. Nak fikir pasal isu kasut nak pakai masa nikah nanti since akad nikah di masjid.Hurm...saya nie seorang yang sangat la kurang sifat femininnya maka sangat tidak suka nak pakai kasut bertumit tinggi. Bila tengok orang lain pakai nampak lembut je mereka tapi masalah saya yang keras nie, rasa lucu pula bila pakai kasut bertumit tinggi itu.Saya teramat suka pakai flat shoe. Ok ke ek kalau kasut nikah flat shoe?Jom tengok gambar kasut flat shoe yang saya survey kat internet nie.hehehehe
google image    
simple dan chummell: chilok google images 

cumey sangat!google images gak
sneakers wedding shoe: google images
Kebanyakan bila tengok dekat internet memang banyak heel yang cantik tapi MASIH flat shoe jadi pilihan. EH, berani ke pakai wedding shoe no.4 tue?

Ada sedikit tips yang saya dapat dari satu website pasal pemilihan kasut click here

Tak kisah la berapa inci pun kasut kita nak pakai di hari bersejarah itu, tapi kena INGAT!mesti SELESA dengan kasut yang dipilih. Tips kat website tue kata pemilihan kasut Flat adalah pilihan yang bijaksana bagi kebanyakan brides-to-be. Kasut flat nie kalu kita tengok, comel jugak kalau digayakan di hari bersejarah. Boleh tengok banyak design yang menarik sama macam kasut bertumit tinggi. Mungkin kena ikut kesesuaian la kan?kena padankan dengan ketinggian, pakaian semua la kot.

Saya plan nak ada sepasang kasut flat shoe berwarna putih dengan bunga ros kecil-kecil di tepi kasut. Rasa macam comel. Setakat bubuh bunga ros saiz sederhana besar rasanya saya boleh buat sendiri.hahahaha Tak sabar nak tunggu hujung minggu la nak minta Mr. Garu teman pegi cari kasut nikah warna putih.Hiks!

PS: Sampul untuk guest book saya dah siap!Tunggu album serta gambar pre-wedding sahaja lagi.hehehe

Monday, January 24, 2011

GangGUan BIpoLAr (ManIC DEpressSION)

Hai Mon...

Pagi nie mengantuk dan takda mood mungkin kerana menempuh hari yang padat semalam. Semalam sempat melawat seorang kawan seperjuangan masa di Universiti yang sedang menderita sakit psikologi yang dipanggil Bipolar Disorder. Pernah dengar tentang penyakit nie? Kalau nama penyakit saya memang pernah dengar tapi tidak tahu detail mengenai penyakit nie.

Siapa sangka sahabat yang dulu sihat, ceria, pemalu dan bersopan santun kini berubah menjadi sebaliknya. Mengikut perubatan moden, ini la yang sedang dialami oleh dia tapi kalau ikut perubatan tradisional, dia mengalami sihir. Disihir orang yang dengki khianat. Susah untuk saya memberi kata putus apakah faktor yang membolehkan dia mengalami keadaan ini.

Menjengah ke kediaman nya di Sri Kembangan dengan kereta mewah serta rumah yang tersergam indah, siapa sangka penghuninya mengalami gangguan psikologi. Pertama kali saya menjejak kaki ke rumah itu dengan niat berziarah sahabat yang menderita psikologinya. Melalui ceritanya, dia mengalami manic depresssion. Ada fasa menjadi seorang yang agresif, merasakan diri sangat hebat, sangat cantik manakala fasa yang kedua mengalami kemurungan yang menyebabkan dia tidak mahu langsung berjumpa dengan sesiapa, insomnia serta berprasangka buruk terhadap orang lain. Bila ditanya sama ada dia sedar atau tidak perubahan fasa dalam dirinya, dia mengaku berada dalam sedar namun tidak berupaya mengawal keadaannya. Simpati saya mendengar ceritanya terutama bila dia menyebut, rasa penat dengan keadaan sedemikian.

Secara ringkas saya terangkan disini bahawa penyakit Bipolar disorder ini keadaan dimana sesorang menderita perubahan mood yang teruk. Mereka mengalami perubahan mood dalam tempoh yang panjang. Setiap seorang daripada 100 orang dewasa akan mengalami penyakit Bipolar nie. Apa yang dialami oleh pesakit adalah
a) Rasa rendah diri dan putus asa
b) Rasa bahagia yang ekstrim serta kegirangan
c) Perasaan bercampur

Ada 4 kategori penyakit ini
a) Bipolar I
Mengalami keadaan manic (bahagia atau girang yang ekstrim) yang berpanjangan lebih daripada 1 bulan. Sesetengah mereka yang mengalami Bipolar I hanya mengalami episod manic walaupun kebanyakan mengalami tempoh depression.
b)Bipolar II
Mengalami lebih dari satu episod depression tetapi mengalami maniac ringan dikenali sebagai hypomania.
c) Kitaran Berulang
Mengalami lebih daripada 4 perubahan mood dalam tempoh 12 bulan
d) Kitaran berulang
e) Cyclothymia

Keadaan pesakit bergantung kepada mood yang dialami nya
Depression:
Emosi:
Rasa ingin menangis tanpa sebab jelas
Hilang minat pada sesuatu perkara
Tiada upaya untuk bergembira pada sesutu perkara
Hilang keyakinan diri
Ingin membunuh diri
Kepenatan

Pemikiran:
Tidak boleh berfikiran positif
Sukar untuk membuat keputusan walaupun mudah
Sukar untuk memberi tumpuan

Fizikal
Hilang selera makan serta kurang berat badan
Sukar untuk tidur
Bangun lebih awal daripada biasa
Mengalami sembelit

Kelakuan
Banyak menangis atau berperasaan untuk menangis tetapi tidak mampu untuk menangis
Mengelak daripada bertemu orang ramai

More info boleh tengok dekat mental health info ini. Website ini banyak terangkan fasa Bipolar disorder ini serta kaedah merawat pesakit.

Bila saya baca info mengenai penyakit ini, betul la..kita mesti beringat semasa kita masih sihat sebelum kita sakit. To dear friend, saya berharap dia dapat sembuh seperti sedia kala dan kembali normal seperti dahulu yang saya kenal. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya. Apa yang boleh saya buat bagi membantu rakan ini hanyalah sentiasa berhubung dengannya agar dia sentiasa positif serta ceria.

Wednesday, January 19, 2011

Guest Book Bersampul

Dear Wed,

Salam dan halooo....

Sangat lama dah tak update post dekat sini so harini just entry pendek nak share pasal DIY untuk buku tetamu. Seronok bila dapat pergi wedding kengkawan yang ada sediakan buku tetamu nie so dapat la wish pada pengantin. Mesti bila kengkawan dah balik and tetamu semua dah tiada pengantin seronok baca wish dari tetamu semua kan?

Mungkin pada hari kenduri saya tak berpeluang berjumpa dengan semua orang tapi at least macam tetamu boleh tinggalkan pesan pada saya dalam guest book. Ada banyak jenis rekaan buku tetamu nie rupanya, dari yang traditional sampai la yang unik dan semuanya MENARIK! Suka tengok yang jenis 


credit to MarthaStewartWeddings.com     


Tetamu letakkan dalam sampul yang comel lepas tue isi dalam balang kaca nie. Macam best je sebab deko simple dan menarik tapi takut pula pecah sebab mesti banyak budak kecil lari sana-sini nanti pecah pula. Saya nak cari yang lebih menarik maka terjumpa yang jenis bersampul di web page martha stewart.

Hee..yang jenis nie mudah dan simple yet menarik dan comey!suka la jenis cenggini. Balik rumah nie boleh la buat sampul kecil comel lote nie untuk guest book saya nanti. Beli je kertas warna potong ikut saiz sampul yang pelbagai saiz tue nanti kemudian tampal atas album jek.2 dalam 1, maybe saya boleh selit gambar-gambar yang saya ambil masa pre-wed untuk comel kan lagi guest book nie. SUKA!Lepas tue saya boleh terus simpan dan boleh baca malamnya selain aktiviti buka hadiah cam orang selalu buat tue kan?hehehehe

Ada banyak lagi jenis Guest book comel yang saya jumpa kat website Martha Stewart tue and kengkawan boleh la tengok-tengok. Kat bawah nie saya letak a few picca guest book untuk bagi sumber inspirasi kat kengkawan. 
lovebird 
Typewriter
Comel je kalau boleh cari jenis typewriter jenis yang lama-lama tue kan. Antik aje gayanya nanti.hehehehe all piccas are credited to marthastewart

Saturday, January 1, 2011

NeW YeaR BeGINsssss...

Halooo...

Alhamdulillah, masih bisa berada ditahun baru 2011. Masih bernafas di suasana baru 2011. Ada debaran meniti saban hari di tahun baru, ada cabaran menanti di setiap detik masa tahun baru 2011 ini. Angka umur semakin bertambah, pengalaman hidup juga meningkat. Ramai manusia terkinja-kinja gembira malah ramai juga yang berduka lara menyambut tahun baru. Bagi aku, aku suka, aku berdebar juga aku gusar menyambut tahun baru.

2010 sudah menjadi sejarah, 365 hari telah aku habiskan dengan tidak tahu berapa banyak udara yang aku hirup demi terus hidup dan kini telah berada di hari pertama 2011. Semacam ada kesal di balik hati kecil kerana tidak meniti 2010 dengan sebaik-baiknya. Aku rasa tidak menggunakan masa yang telah diberi dengan baik. Aku terasa aku telah lalai sepanjang 2010. Keadaan aku pagi ini umpama terhantuk batu kerana mamai diulit mimpi indah. Baru terjaga?Baru sedar? heee lucu!Terima kasih Allah kerana meniup sedar ku di kala azan subuh ku dengar pagi ini. Alunan azan pagi ini yang paling indah pernah aku dengar, alunan yang sangat menginsafkan. HEBATnya ALLAH. Walaupun aku sering lupakan kan MU namun KAU masih sayangkan aku. MALU!aku rasa malu dengan MU.

2011 ini aku tidak mahu lagi sia-siakan hidup ku. Tidak mahu lagi lalai dengan duniawi. Aku perlu perbetulkan diri ku. Aku perlu lebih dekat, lebih cinta kan MU. 1.1.2011 ini seperti ada nafas baru buat ku. Aku mahu jadi lebih baik!Aku mahu jadi lebih berilmu!Aku mahu jadi yang TERBAIK!

2011 aku bakal jadi isteri kepada seorang suami, terima kasih akan kesedaran ini kerana terasa bebanan tugas masa depan. Aku mahu jadi anak solehah!aku mahu doa ku kelak boleh membantu ibu-bapa ku. Aku mahu hidup ku lebih bermakna. Aku mahu 2011 lebih baik dari sejarah ku 2010...