3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Persiapan: sebelum nikah. Show all posts
Showing posts with label Persiapan: sebelum nikah. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

PerLU Pre-WeddING PhotOGRAphy SEssion

Hai Thurs...

Petang semalam dapat berborak dengan photographer yang saya pilih untuk majlis besar saya nanti. Ada rasa ketidaksabaran di hati nampaknya bila beliau memberikan tarikh untuk sesi bergambar pre-wedding untuk saya pilih, 19,20 Feb atau 5,6 Mac. Saya sangat teruja untuk memilih Feb maka terus roger Mr. Garu kesayangan untuk bayar booking fee pada beliau.hehehehe

Keterujaan berpanjangan hingga hari ini menyebabkan saya terus je google contoh gambar pre wed dan bertemu dengan banyak blog photographer. Jika boleh gambar pre-wedding saya mengisahkan hubungan kasih sayang dengan Mr. Garu saya. Mengimbas kenangan detik kali pertama bertemu dulu kalau boleh. As for myself, Mr. Garu is my first love! Kami bertemu masa saya mula bekerja di sebuah syarikat kosmetik as a production chemist and Mr. Garu adalah Production Supervisor nye. Heee QC jatuh hati kat Production Supervisor yek?Kantoi....Bagi saya memori itu sangat sweet sebab masa saya datang interview, Mr. Garu mengadap PC dan sangat serius, terdetik kat hati saya masa tengah tunggu interviewer, menarik la mamat nie tapi sombong! Bila join the company, eh!dia production supervisor la dan memang dia sombong sebab saya kena tegur-tegur dia dulu.

Sebab bagi saya memori itu sangat sweet, saya nak request untuk bergambar di company lama saya tue. Boleh tak? En. Ahmad Photographer kahwin saya nie kan sebenarnya factory manager company itu. Boleh ke nak request? Saya nak bergambar as a production chemist dan dia as Production supervisor. Our first met!

Dapat 5,6 keping pun cukup la sebab lepas tue saya berimaginasi untuk ambil gambar dekat Tasik sekitar Ulu Yam. Nak theme memancing sambil berkelah. Mr. Garu saya sangat suka memancing, looks like he loves nature like myself sebab saya suka berkelah di tepi sungai sambil makan-makan sebab tue Mr. Garu suka kata saya nie eating machine. Setakat dalam minda nie saya rasa sweet untuk ada sesi bergambar pre-wed dengan tema itu. Imaginasi saya membuatkan saya berfikir jauh la pula!nak pakai baju ape? pakai kasut ape? nak bawak bekal ape? heheheeh Love all the things I imagine sekarang..hehehehe


Dekat bawah nie saya paste gambar yang saya rasa mungkin kena dengan imaginasi saya nie..
google images  
Mengikut imaginasi saya, saya mahu seperti didalam gambar di kilang tempat pertama jatuh hati kat Mr. Garu. Mr. Garu mesti pakai baju production dia yang smart tue dan saya pakai lab coat sebab saya kan QC. Hee ada idea tambahan disitu tapi saya keep samapi saya tunjuk hasilnya nanti yek?

google images


Saya suka topi cenggitu, saya plan nak pakai untuk pre wed tema memancing sambil berkelah dengan Mr. Garu.

katymelling.wordpress.com
Saya minta permission untuk letak gambar dari satu blog cute di atas. Seperti yang saya imagine kan..hehehe

Ada banyak dalam kepala saya nie idea tapi terlalu melimpah ruah. Ape-ape pun tunggu gambar pre wed saya Februari nanti. Heee

Tuesday, January 25, 2011

FLat SHoe Or HEeL?

Hai Tues...

Berasap harini sebab baru lepas keluar bilik meeting. A lot of HOT topics!Dek kerana terasa "panas berbahang" maka mencari sesuatu yang menarik. Nak fikir pasal isu kasut nak pakai masa nikah nanti since akad nikah di masjid.Hurm...saya nie seorang yang sangat la kurang sifat femininnya maka sangat tidak suka nak pakai kasut bertumit tinggi. Bila tengok orang lain pakai nampak lembut je mereka tapi masalah saya yang keras nie, rasa lucu pula bila pakai kasut bertumit tinggi itu.Saya teramat suka pakai flat shoe. Ok ke ek kalau kasut nikah flat shoe?Jom tengok gambar kasut flat shoe yang saya survey kat internet nie.hehehehe
google image    
simple dan chummell: chilok google images 

cumey sangat!google images gak
sneakers wedding shoe: google images
Kebanyakan bila tengok dekat internet memang banyak heel yang cantik tapi MASIH flat shoe jadi pilihan. EH, berani ke pakai wedding shoe no.4 tue?

Ada sedikit tips yang saya dapat dari satu website pasal pemilihan kasut click here

Tak kisah la berapa inci pun kasut kita nak pakai di hari bersejarah itu, tapi kena INGAT!mesti SELESA dengan kasut yang dipilih. Tips kat website tue kata pemilihan kasut Flat adalah pilihan yang bijaksana bagi kebanyakan brides-to-be. Kasut flat nie kalu kita tengok, comel jugak kalau digayakan di hari bersejarah. Boleh tengok banyak design yang menarik sama macam kasut bertumit tinggi. Mungkin kena ikut kesesuaian la kan?kena padankan dengan ketinggian, pakaian semua la kot.

Saya plan nak ada sepasang kasut flat shoe berwarna putih dengan bunga ros kecil-kecil di tepi kasut. Rasa macam comel. Setakat bubuh bunga ros saiz sederhana besar rasanya saya boleh buat sendiri.hahahaha Tak sabar nak tunggu hujung minggu la nak minta Mr. Garu teman pegi cari kasut nikah warna putih.Hiks!

PS: Sampul untuk guest book saya dah siap!Tunggu album serta gambar pre-wedding sahaja lagi.hehehe

Friday, December 31, 2010

Sebelum Bernikah

Halooo...

Pukul berapa boleh masuk coldroom jadi auditor nie? Akibat kebosanan menunggu umpama menanti buah tak gugur maka saya pun berblogwalking la tengok-tengok rencana B2B di alam maya. Terlintas pula di kepala pasal persiapan paling PENTING. Saya pun dengan senang hatinya ke website Jais sebab teringin nak attend kursus kahwin under Jais. klik disini untuk maklumat lanjut mengenai jadual serta tempat kursus. Ikut planning asal nak pegi kursus kahwin 8 dan 9 haribulan tapi nampak gayanya macam tak boleh yek sebab sudah penuh.


Sangat suka website JAIS nie sebab lengkap semuanya. Hanya download borang yang ada beserta senarai semak dan boleh terus ambil tindakan yang sepatutnya. Saya dah setel download segala borang serta prosedur.

Senarai tindakan:
Isnin: Fax borang permohonan kursus pra-perkahwinan untuk kursus 15-16/1/2011
Isnin: Apply leave untuk sabtu (15 Januari 2011) & 17 Januari 2011 untuk saringan HIV

Since borang sudah ada nie boleh la mengisi ape yang sepatutnya. Ahad nie boleh la serah pada Mr. Garu untuk tindakan lanjut. Pendapat saya baik saya setelkan dalam bulan ini sebab saya nak nikah 1 May 2011 sebelah pagi. 1st come 1st serve basis kot. kih..kih..kih.. Mode: Excited!