3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 15, 2012

mY liTtle GirL's DaY

Haloo


11 hari sahajA lagi.hee tak sudah-sudah mengira hari kan?hurm..so excited!boleh la berjingle Bell nanti.


As planned,semalam telah selamat melaksanakan majlis akikah Dan cukur jambul si anak dara. AlhAmdulillah,majlis berjalan lancar Dan segalanya seperti dirancang.


Ye,si ibu ini yang beria dengan dibantu neneknya chibbi.actually nak mengabadikan tarikh anniversary dengan buat majlis si kecil tapi disebabkan Mr.husband busy sangat keje terpaksa la ditunda ke 13 may 2012. Namun,masih sangat bermakna.


Bermakna bukan sebab kebetulan ia nya hari ibu tapi jauh lebih bermakna bila chibbi ditahnikkan oleh imam yang satu ketika dulu menikahkan Kami,menghalalkan hubungan,menyatukan 2 hati. Saat ditahnikkan,saya rasa mahu berderai air Mata gembira bercampur terharu. Sangat bermakna buat saya. Alhamdulillah hubungan Kami diseurikan dengan kehadiran anak ini Dan Kami bergelar ibu bapa.


Majlis diserikan dengan kumpulan marhaban taman pinggiran batu caves,fasa dua..usai marhaban,acara tahnik Dan akhirnya majlis doa selamat.


Teringat dulu masa time bertunang tak beria pun nak berpelamin bagai since fikir buat membazir duit aje..but this time,its different. Thanks to tisya little cottage untuk buaian fairy tale. Sangat cantik and my little princess wearing dress yang my bff bagi.thanks ani..Dhia comel ngan dress itu..last but not least,event ni adalah ruang kami first time parent share the joy,happiness having a baby. Hee


Ibu and babah love you Dhia. Semoga Dhia menjadi anak solehah Dan sentiasa membahagiakan Kami.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

SinAraN rEmbUlan

Haloooo...


Biasa jam 2 pagi camni,ramainya dah diulit mimpi maybe ada yang sampai ke China dah kot. As me,ntah mimpi APA menaip blog plak di kala malam pekat ni.


Sejak bergelar ibu ni,waktu malam dan saya memang sinonim. Rasa kembali ke zaman muda remaja dulu yang time begini la masa saya mentelaah atau menyiapkan assignment. Nak-nak musim exam memang jadi bestfriend dengan namanya malam. Kebiasaan kalau plan nak berburung hantu,lepas solat isya' saya dah menidurkan diri. Takdela rasa teruk sangat aktiviti burung hantu saya.


Saya fikir,bila ijazah tergenggam maka nikmat malam sayA pun graduate la juga kan tapi rupanya tersasar,saya kembali menjadi bff kepada malam bila selamat ditabal menjadi ibu gara-gara 'sinaran' sukakan rembulan.


APA benar bila habis pantang bayi dah tak macam ni?ni skang ni Si anak Lena tidur Di celah kaki sayA.ape port la dia nie.main bedal je.takpelah janji Kami Lena..dia baru Lena selepas membuntangkan Mata sejak pukul 1 pagi tadi.anyway guys,saya patut tidur sekarang...heee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

EmOsI iBu

Halooo sunday!


When Sunday comes,Mula la ibu baru ni beremosi. Hee mula la hujan dalam rumah. Ni semua gara-gara kena berpantang di rumah mak 44 hari dan en.husband datang menjenguk di hujung minggu aje.


Awal-awal berpantang emosi memang tak boleh blah!tak tau la nak kategori manja atau mengada tapi memang rasa hiba manjang,dok terasa nak berkepit ngan en.suami 24 jam. Tambah pula baru bergelar ibu,macam-macam rasa ada so macam sangat perlukan sokongan suami especially 2-3 minggu pertama. 1st week tu memang dok rasa nak menangis je,rasa badan lemah,rasa macam tak boleh adapt dengan baby,segala rasa bercampur aduk.


Kalau saya,suami hanya boleh meneman di minggu pertama aje,selepas itu dia terpaksa menjenguk hanya hujung minggu sahaja and option untuk ulang alik tak praktikal buat suami. Sudahnya saya merasa sangat tak kuat di minggu kedua hingga selera makan langsung hilang,sekejap2 rasa hiba sampai saya rajin menangis. Sampai penghujung minggu kedua baru saya menguatkan azam,rasa sangat sayang pada si kecil baru terasa. Tapi masih....bila suami nak balik je mesti berjuraian ayo mato nie sampai en.husband request saya to be tough and independent.


Alhamdulillah,progress kesihatan saya cepat dan saya rasa semakin kuat. Actually sangat semangat bila hari dihitung hanya dalam kiraan belasan sahaja lagi. Tempoh sebulan semakin hampir and I'm looking forward for dhia's aqiqah event on coming Sunday. Bila tiba hari itu,kiraan saya semakin hampir.


27th may,en.husband boleh bawa saya balik rumah Kami even suami kata date itu dia kerja and he planned to pick up Dhia and I on 29th terus bawa balik kampung for kenduri kawin sahabatnya. I refused!nak juga balik 27th. I don't mind if he datang ambil Kami malam 12 tengah malam.hehehe


Serius!rindu nak balik umah sendiri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

sinaran kemenangan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

sinaran kemenangan...

Halooo...


Sangat la lama tak update blog nie...today,1st may 2012 genap setahun saya menjadi isteri melayari rencah hidup berumahtangga.


Baru 20 hari bergelar seorang ibu. Chibbi selamat dilahirkan pada 11 April 2012 jam 9.33pm. Insan kecil yang sangat ditunggu oleh Kami berdua. 10 April 2012 jam 9.30 malam saya telah dimasukkan ke wad kerana bukaan pintu rahim telah 3 cm. Actually saya langsung tak sakit,pergi hospital pun sebab plan nak ambil mc since saya tak pergi kerja sebab keluar tanda jam 3 pagi..saya ingat bila tanda keluar,anytime  saya akan sakit so that saya tak berani nak hadir bekerja.


Malam pun tido Lena hingga esok pagi.11.30 pagi masuk drip,itupun saya tak sakit Dan bukaan baru 4 cm. Saya sempatla mencekik nasi,roti canai biasa,roti canai telur..hehe petang pukul 5,mak suruh saya mandi..naa lepas je mandi terus sakit kuat. 7.30pm bukaan 6 cm,saya ditolak masuk labor room. 9.33pm saya selamat melahirkan chibbi.kepenatan hilang bila bayi diletak atas dada saya,Mr.husband banyak membantu saya menghadapi detik-detik sukar. Tangisan chibbi sangat melegakan,kucupan suami Di dahi saya amat bermakna. Dengan 2 Kali teran chibbi dapat melihat dunia.


Ei, Kini sedang berpantang dengan dikawal ketat Cik nor,my mother..makan berlada hitam,minum air akar kayu,air kunyit,air manjakani,duduk berpanas tanpa kipas,jadual bertungku yang ketat (rajin kena marah mak sebab bila bertungku je mula la Mata nak lelap) rasa seksa bebeno..hehehe


Apepun,melangkah ke dunia kehidupan baru sangat mencabar sebab terkial-kial nak handle baby,ape pun nangis sampai kadang-kadang saya pun nangis sama bila ada ketika chibbi buat hal.hehe


Ibu sayang Dhia..

Sayang syg hubby!

Happy 1st anniversary...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4
Published with Blogger-droid v2.0.4