Halooo Lovely Tuesday!!!
Waaa..harini semangat betol la rasanya. Dalam hati rasa cam ada rerama terbang sebab sangat gumbira. Nak tau kenapa?sebab sehari suntuk saya meround Nilai 3. Betol la kata orang, orang pempuan nie luarbiasa semangat nya bile berada tempat borong cam Nilai 3 tue. Memang tahan lasak, mana tak nye, sanggup mengharung panas dan berjalan kaki dari sebuah kedai ke sebuah kedai sampai tak sedar ape dah. Sedar tak sedar bila perut berdendang lapar dengan nak solat sahaja.
Mission harini nak beli langsir sempena majlis besar may nanti. Setiap kedai langsir kami masuk. Mula-mula warm up dulu tengok pattern langsir terkini lepas tue baru sesi mencari kain nak dibuat langsir. Memang harus berjalan ke setiap kedai sebab kain yang mereka jual lain-lain harga tinggal lagi kita sebagai pembeli nie sanggup ke tak jek nak berjalan. Kami masuk setiap kedai sampai la jumpa dengan kain yang sesuai serta padan dengan harga yang kami nak.
Bukan takat tengok langsir, Saya dengan mak sempat jugak masuk kedai barangan pengantin tengok-tengok apa yang patut di tengok.Wargh!saya seperti disuntik semangat baru after tengok decoration hantaran dengan pelbagai pattern dan memberi sumber inspirasi pada saya. Tetiba berkobar rasa jiwa nak menghias barang hantaran (padahal barangnya belum beli nie) ..
Otak saya ligat save segala maklumat,hik..hik..hepi betol!Send msj to Mr. Garu yang sedang sibuk BBQ kat Sekinchan bagitahu idea saya and he agreed with those ideas..waaa...double happiness.
Tunggu sabtu nie..nak pegi Nilai 3 lagi beli barang untuk hantaran!uits..tak sabarnya rasa di jiwa nie...kih..kih...
PS: Smile sepanjang hari, rasa nak beli barang sekarang!
0 comments:
Post a Comment