Salam...
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada seluruh saudara islam seantero dunia (ceh!bajet wat ucapan kat Hotfm..=) )
HIJRAH bukan setakat maksud berpindah tapi meliputi segala aspek kehidupan. Apa yang saya nak hijrahkan di tahun baru nie ek? 1432H bakal ada penghijrahan besar dalam diri saya tidak lama lagi
Azam pengHIJRAHan 1432H nie:
1. HIJRAH dari kehidupan single kepada kehidupan berumahtangga.
2. HIJRAH menjadi seorang yang punctual segala segi termasuk solat
3. HIJRAH menjadi seorang yang lebih cool macam En. Shafie. Sangat kewl, ada masalah besar bila deal ngan dia rasa ringan jek plak..
4. HIJRAH menjadi seorang yang suka mencari ilmu
5. HIJRAH menjadi seorang yang lebih penyayang
5 penghijrahan besar yang saya nak buat bagi tahun 1432H. Saya tak nak lagi set azam tahun baru tapi saya nak reset azam di setiap tahun HIJRAH agar saya sentiasa berhijrah menjadi yang baik, lebih baik dan terbaik.
To all muslims, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga setiap dari kita berusaha untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan menjadi umat ISLAM yang cemerlang. amin.
0 comments:
Post a Comment