Tajuk nye daring woman ek?oppps bukan saya yang daring tau..heee nie al kesah drama korea yang saya tengah tergila-gilakan. Balik je rumah tak sabar nak tukar channel 393 yek walaupun ia hanya siaran ulangan sebab real show time dia pukul 10.15pm (senin - jumaat).
Cerita nie best sebab berkisar tentang kekeluargaan dan penuh dengan rahsia terutamanya watak Se-Bin. Soo Young yang dulunya kakak ipar kepada Se-bin yang berkahwin dengan abang dia kini bertukar jadi mak mertua pula. Suami Soo Young mati akibat kemalangan dan Soo young membesarkan Tal -Gi (anak) seorang diri sehingga dia berkahwin dengan Han Kyu Jin bapa kepada suami Se-Bin. Watak Soo Young nie sangat comel dan dia sangat naiive.
Episod terbaru nie mengisahkan tentang rahsia Se-Bin yang hampir terbongkar mengenai kewujudan Tal-Gi yang dibesarkan oleh Soo Young. Saya sebagai penonton pun rasa terkejut juga..heheheeh HARUS la saya nie terkejut!Al kisah pepagi waktu breakfast Tal-Gi tunjuk kat ibu dia pasal ujian fizikal and dia kena sign pastu ayah nye pun nak tengok sekali tengok jenis darah Tal-Gi adalah O tapi Soo Young AB. Masa nie dapat tau yang Tal-Gi bukan anak kandung Soo Young tapi anak angkat yang ibu Se-Bin suruh dia bela. Kononnya anak tue adalah anak sedara jauh mak Se-Bin la. Sume orang dalam rumah tue terperanjat bila dapat tahu Tal -Gi tue anak angkat termasuk la Se-Bin sampai jatuh mangkuk dia pegang. Hik!
Pastu Husband Soo Young pegi jumpa dengan ibu Se-Bin coz nak tanya siapa ibu sebenar Tal-Gi. Se-Bin minta Soo Young tak perlu cari ibu kandung Tal-Gi dengan alasan saudara tue sudah berkeluarga baru dan bimbang boleh memusnahkan kehidupan saudara itu. Tapi sebenarnya nak tau tak yang Tal-Gi itu sebenar anaknya Se-Bin tapi tak tahu dengan siapa. Waa...bila sampai part nie rasa makin teruja nak tengok sambungan cerita yang selanjutnya.
Persoalannya siapa bapa Tal-Gi yang sebenar? Since keluarga mertua Se-Bin termasuk Soo Young sendiri sekarang tak tahu siapa ibu kandung Tal-Gi..
Hee..MENARIK! so jom le layan cite nie..daripada layan cinta kirana tue tak sudah-sudah si Galang ngan Kirana tue dok kena kacau ngan Riana. BOSAN!heee
Soo Young and husband |
Soo Young and Se-Bin |
0 comments:
Post a Comment