On the way datang kerja macam biasa layan Hot Fm bertopik Hari Tandas Sedunia. Owh sangat tak sangka ada juga ye hari tandas sedunia..19 November merupakan hari tandas sedunia. Bila dengar respon pendengar dekat Hot Fm tadi memang sebenarnya rakyat Malaysia nie masih ada yang kurang kesedaran sivik. Ambil contoh kak yati pendengar dari kedah yang bekerja di sebuah stesyen minyak. Kebanyakan stesyen minyak di Malaysia nie, pengusaha tak hire cleaner untuk kerja mencuci tandas so pekerja la yang dipertanggungjawabkan untuk mencuci tandas.
Apa yang dikesalkan oleh kak Yati nie pula, tak payah tunggu ramai pengguna cukup la orang pertama dah mampu buat tandas tu kotor dengan tanah merah la, muntah dalam sinki la, lampin anak pun buang dalam sinki. Belum lagi mereka yang tak reti nak flush tandas and mereka yang merosakkan pam tandas tue. Kenapa ek?masih kurang sivik.
Bukan setakat tandas awam di stesen minyak dan mall sahaja menghadapi masalah pengguna kurang sivik nie, masalah tandas di masjid pun sama juga. Kita sebagai pengguna masih perlu di didik menjadi manusia dan masyarakat yang punya nilai sivik dan paling penting tahu membaca arahan atau sign yang dipamer dalam tandas. Macam sign dibawah nie:
Hee bagus gak ada hari tandas sedunia nie tapi rasanya perlu diperluaskan kepada masyarakat umum nie supaya lebih sedar. So takdelah yang buang lampin
Oleh itu, sila la sedar ye rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Kebersihan tue aspek paling penting. Mak kami pesan kan kalo pi umah orang nak tau tuan rumah tue bersih ke tak pi tengok
Sangat takde kerja masuk umah orang nak pi jengah jamban pula. hik!
0 comments:
Post a Comment