Haloo Mon!!
Lama tak ngomel kat sini ek?busy teramat sangat sampai tak nyempat nak ngomel-ngomel. heee. Banyak lagi menda saya tak buat yek even baju nikah pun saya tak hantar tempahan lagi. Malam nie baru nak booking tarikh nikah ngan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Khairiah. (Mr. Tunang hangin jek sebab dulu saya gesa dia soh setel cepat tapi sudahnya saya yang hegeh!) hahahaha
Semalam baru tempah kad kahwin selepas kecewa dengan sebuah vendor buat kad kahwin area kajang sana. Bila tengok website kad yang saya nak hanya ada warna cream atau putih dengan harga 25 sen. So excited sebab walaupun murah kadnye ok so saya pun call pihak itu untuk dapat maklumat lebih regarding terms and condition tapi the person that i'm talking to kata just datang ke galeri mereka for further info. Hurm..semangat untuk 25 sen terus saya ajak Mr.Tunang pegi sana hari sabtu. Puas memusing sebab saya confuse map (saya memang co-pilot tak leh harap, lagi-lagi disuruh baca peta.). At last jumpa jugak dalam hujan-hujan tue. (Musim hujan ek sekarang?)
HAMPA!saya request untuk kad yang saya dah tengok tue suddenly dia cakap cream atau white dah takde stok, hanya ada biru. aik?saya pun jadi pelik tengok dalam website just kata ada 2 warna sahaja. Ok la..mulanya saya pun macam tak kisah janji dapat harga yang saya nak tue. Tanya detail lagi dia kata kalo online dapat harga 25 sen tapi siap dalam 40 hari bekerja, if datang galeri tempah harga 40 sen dan siap dalam 29 hari bekerja. Saya dah tak sedap hati dah. At last saya tanya dia kad nie custom made?Tak, kad nie READY MADE. So terus tak payah la kan?dah la ready made, pastu nak menyiapkan pun amek sampai 29 hari bekerja dengan harga yang bagi saya dah tipu saya. Penat je datang jauh-jauh.
Ahad saya bersama Mr. Tunang plan pergi LH creative tapi parking kereta dekat satu lagi kedai kad jemputan One Point. Saya tengok kad nye simple dan boleh bagi harga yang bagus serta dapat FOC Bunting. Shuweeet!Terus confirm order!so instead of 29 hari bekerja, saya boleh dapat dalam tempoh 3 minggu. 10 April boleh dapat. Yeay!sempat la buat edaran ek?so kengkawan tunggu kad saya tau..heee
0 comments:
Post a Comment