3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

Happy!!!!

Assalamualaikum..

Dah lama tak conteng-conteng disini ek?saya sibuk pulak beberapa harini. Semalam adalah hari yang sangat penat sebab pagi-pagi dah kena pegi Desa Tun Razak untuk checking product reject actually just to confirm all the reject items je.Sampai je kat sana semua kecoh coz ingat saya kena denggi.hehehe haritu punya pasal la yang demam sampai seminggu.Sekarang sihat seperti sedia kala, Alhamdulillah.
After balik daripada Desa Tun Razak, gerak semula ke office di batu caves, terus pegi cold room check lagi barang coz production mengada-ngada reject all the items bahan mentah ikan dari Vietnam. Kesudahannya, items tue semua rosak.Tak suka betul dengan orang production. Rasa nak MELETUP bila deal ngan dorang. Sudahnya saya decide to have a meeting with QC team this monday (tomorrow) then cuti merdeka.

After that, terus gerak pegi Damansara pick up my Garu, saya ajak dia teman saya pergi kompleks kraf kat Jalan Conlay dan dia sangat mengada sebab tak mau drive masuk KL. Saya tau dia benci sangat masuk KL, nevermind saya sanggup driving masuk KL. Sampai je di kompleks kraf, memang ada banyak promosi untuk raya tapi tujuan kami ke sana actually nak cari barang and deco untuk hantaran.Malangnya tiada yang berkenan dan bakul pun mahal. So at last decide pegi nilai sahaja esoknye.
Saya drive semula balik Damansara and plan to have iftar with Iswan kawan baik Garu saya ini. So we go straight to Bukit Beruntung and have our buka puasa di sana. Seronok saya tengok kengkawan Iswan nie mekap keta dorang tapi saya pula tak dapat nak amek gambar keta-keta tue sebab kamera handphone saya nie rosak. Kesian dekat Garu sebab keta dia belum tip top cam mereka. Takpelah Garu yek, after we settle with our thingy, then I let you mekap keta pula.heee poor him!ACtually saya tak kisah kalo Garu nak mekap keta dia sebab tau dia seorang yang sangat pandai berjimat but then we have our own priority yang nak kena settle dulu. 

Semalam yang sangat penat dan saya balik je rumah terus tidur sampai pagi dan tak mampu untuk bangun sahur pun.heheheh dasatnya saya!Harini pula saya dan Garu ada misi di Nilai. Saya memang serius terasa penat tapi pagi-pagi dah bersiap. Tepat jam 9 pagi saya gerak pegi Damansara and kali nie naik keta Garu plak!as he promised kalau pegi tempat jauh-jauh nak froggy dia plak.hehehehe sangat selesa naik keta dia ok..actually saya sangat suka naik keta dia tapi dia je yang tak tau atau sengaja buat tak tahu.hehehe

Sampai dekat Nilai 3 straight pegi kedai pengantin dan bermula la saya kepeningan dan serabut sehingga Garu pun penat. Bukan ape, majalah rujukan saya telah dikemas oleh mak dan mak lupe dimana dia letak. So saya ke sini seperti hilang arah dan panduan hidup la plak. Berpusing-pusing dalam kedai tue sebab mencari material sesuai untuk barang hantaran. At last pening saya hilang bila dapat tengok contoh dekorasi barang dekat kedai tue. Garu punya dah complete. He is good actually!saya je yang terkial-kial lagi. At last we are able to get our theme rite and buy all the things. Sangat murah sebab ada diskaun. 

Balik rumah harini pun awal sebab pukul 2.30 saya dah reach home dah. Saya tunjuk dekat mak ape saya beli tapi masih lagi berfikir cane ye saya nak dekorasi barang hantaran nie. Saya ada 9 dulang nak dihantar ke pihak Garu.Bermula episod saya tidur pun sampai mimpi rupa barang-barang hantaran saya. At last saya terasa mendapat sedikit cahaya bila saya nak solat maghrib saya belek kejap lemari buku adek kecik saya dan jumpa majalah pengantin yang saya kumpul dulu.heheheh so sekarang saya sudah ada panduan!yeay!happy nye saya.

Cuti merdeka nie saya nak mula membeli bunga-bunga pula untuk wat dekorasi.Saya nak buat sendiri semuanya. Hopefully menjadi la kerja tangan saya nanti. Ada 20 hari lagi sehingga majlis itu. hee Sekali lagi saya tak dapat nak upload gambar barang saya beli di Nilai tue sebab kamera handphone saya rosak.

Esok saya updates cerita terkini ek!tata

Tuesday, August 17, 2010

Would Like To Say Thank You

Haloo...

Hari nie dah hari selasa tapi keje masih banyak!huhuhu hari ini juga la demam, makanya kelemauan amat terasa dan otak juga berputar teramat slow mlow namun saya masih bertabah hati untuk terus bekerja. Bak kata ustaz masa tazkirah tempoh hari, wanita dikurniakan dengan sifat ketabahan yang tinggi manakala lelaki diberikan sifat kesabaran yang tinggi. hee
Saya just bagitahu Garu saya, saya demam but he like to ignore me.hee takpe saya seorang yang tabah hati. Anyway, would like to appreciate his 'vvvip' punya layanan. Orang lain pun puasa tapi can treat others well. 

Since skang terasa jauh hati and demam nie, saya mahu menjalani hari ini tanpa gangguan dari dia la.Happy to be me again!



Friday, August 13, 2010

Buat Maksiat Boleh!Tapi...Ada Syarat.

Haloo..

Usual greeting bile saya jumpa akak cleaner kat kilang saya bekerja. Bila saya haloo dia mesti jeling ala-ala manja.'busy la tue' dalam hati saya.hehehe saya panggil dia kak yan sebab dia memang lebih tua dari saya tapi yang lawaknya dia panggil saya kak zam (tua ke saya nie?) hehehe.Akak nie orangnye lurus, saya suka usik dia panggil chief sebab bile dia masuk bilik saya nak sapu lantai dia mesti bagitahu schedule dia for the day kat saya. Setiap hari saya keliru, saya nie QC executive ke Cleaner executive?ape-ape pun saya suka je dengar schedule kak yan tue ada ketika saya rasa cam dia PA yang sedang bacakan agenda bos setiap pagi.heheheh

Semalam 1st ramadhan, alhamdulillah saya dapat menempuh pertama ramadhan dengan baik dan tenang sekali. Paling saya gembira sebab 1st time makan nasi sepinggan je time berbuka plus saya menahan diri dari ke bazar ramadhan (tak tahu la saya nie sampai puasa ke bape bertahan) heheheh..Kalau dulu,time puasa rasa lapar yang amat sangat and malas gile pi terawih sebab perut kenyang sangat.Paling sikit makan buka 2 pinggan. Tahun nie nak berubah la sikit, tanak jadi cam tahun lepas. Apa yang lebih menyeronokkan saya dapat berterawih dengan mudahnya, kalau tak sebelum nie, MasyaALLAH kaki rasa lembik berdiri sebab perut kenyang, mata plak ngantuk tah ape  menda imam baca saya pun lalai sampai kadang-kadang saya tak ingat dah rakaat ke berapa. Punya la dasat saya di ramadhan tahun lepas. Tapi semalam alhamdulillah, dapat solat terawih tanpa nguap ngantuk and perut pun rasa best2 jek and waktu tazkirah pun saya dapat dengar dengan khusyuk..heee 'Tahniah diri!'

Tahun lepas saya terawih di surau Al-Hidayah, tahun nie tukar selera saya terawih di surau Al-Kahfi pula. Bestnye!Tazkirah semalam disampaikan oleh seorang peguam syariah tapi saya lupa pula namanya. Beliau memperingati tentang 'Jika nak buat maksiat, ada 5 syarat'.

Dikisahkan ada seorang lelaki yang sangat suka berbuat maksiat, dia telah bertemu seorang ulama bernama Ibrahim Bin Adham. "wahai Aba Ishak, selama ini aku sangat gemar berbuat maksiat, berikan lah aku nasihat" setelah mendengar akan kata-kata pemuda itu, Ibrahim berkata "Jika engkau mampu melakukan 5 perkara ini, maka engkau boleh terus berbuat maksiat" masa saya dengar ustaz cerita macam itu, saya pun terkejut. Dalam hati saya terdetik 'Eh, tak pernah dengar pula ada syarat nak buat maksiat.hee'

Syarat yang pertama, jika berbuat maksiat, jangan makan rezeki Allah. hurm semua yang kita dapat hari ini Allah yang bagi. Mana ada manusia cipta untuk rezeki sendiri kan?Syarat pertama aje dah pening kepala. Betol la, berbuat maksiat kepada Allah tapi masih juga makan rezeki Allah. Saya teringat pula mak saya cik noor (panggilan kak seeha kat mak saya). Bila time kononya saya tunjuk protes pada mak saya nie mesti maka saya cakap "kalau nak melawan sangat jangan makan apa mak masak kat dapur tue, ha..melawan cukup-cukup. Angkut baju-baju tue pi cari umah lain" Nak melawan mak, mak bagi syarat cenggitu ini kan pula berbuat maksiat pada Allah, memang jangan makan rezeki Allah bagi.

Syarat yang kedua pula, Jika berbuat maksiat pada Allah jangan tinggal di bumi Allah. Ha berbalik semula pada ayat cik noor diatas.Misal kata la, marikh tue bukan ciptaan Allah. Sesape nak buat maksiat kena pegi sana. Tidak ke bersusah payah tu nak ke marikh sana semata-mata nak berbuat maksiat.Ish!rabak poket baju, poket suar sume nak kuar duit semata nak buat maksiat di marikh.

Syarat yang ketiga pula, nak buat maksiat cari tempat yang Allah tak nampak. Hurm? katne? kat hutan tebal dan gelap?silap-silap rimau yang nampak dia jadikan kita dinner plak. Dalam air keruh Allah tak nampak, kelemasan pula nanti. Ha..takde tempat yang Allah tidak nampak, hatta kita menyorok dalam lubang cacing pun Allah boleh nampak tapi muat ke nak masuk lubang cacing tue?hehehehe

Pemuda itu bertanya lagi pada Ibrahim syarat yang keempat. Syarat yang keempat pula bila malaikat maut datang nak cabut nyawa, katakan pada malaikat "tangguhkan dulu kematian ku kerana aku masih ingin bertaubat dan beramal soleh" Mampukah?tak mungkin malaikat nak dengar permintaan kita tue. 

Akhir sekali, jika berbuat maksiat apabila malaikat zabaniah mengiringmu ke api neraka, kamu tolak permintaannya. Sudah tentu malaikat tidak akan membiarkan kita menolak permintaannya. Saya terasa malu bila mendengar ingatan dalam tazkirah ustaz itu dan berazam untuk menjauhi perbuatan maksiat kepada Allah dan berusaha menanam syukur atas setiap menda yang Allah bagi pada saya.

Semoga Ramadhan tahun ini, Allah beri saya hidayah dan membuka pintu hati saya nie. Saya ada azam yang ingin saya laksanakan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa






Tuesday, August 10, 2010

Azam Di Bulan Ramadhan



Alhamdulillah...Esok kita semua umat Islam seluruhnya bakal berpuasa, yelah Ramadhan sudah menjengukkan dirinya. Rasa syukur sebab masih dapat bertemu dengan Ramdhan sekali lagi. Rasa amat bersyukur Allah masih buka peluang untuk berada di bulan yang Allah angkat darjatnya ini.

Minggu lepas baru dengar tentang tazkirah, ustaz kata bulan ramadhan adalah bulan tarbiah buat semua umat Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan serta membuka peluang besar untuk beramal bersungguh-sungguh. Ustaz ada juga sebut tentang persediaan untuk mengharungi bulan ramadhan, antaranya membetulkan akidah serta keimanan, memeprsiapkan diri dengan ilmu, mempersiapkan diri dengan kekuatan fizikal dan material (menginfakkan sedikit harta).

Ramadhan kali ini, saya berazam untuk memantapkan diri dengan menghadiri tadarus setiap malam tanpa miss keculi saya bercuti, bertarawih juga tanpa miss serta cuba untuk perbanyakkan tahajud. Saya sangat berharap bulan ramadhan dapat mendidik hati saya ini serta mengukuhkan iman yang rapuh ini. Jauh di sudut hati saya juga, amat berharap agar Allah beri peluang kepada saya berada di dalam Ramadhan hingga ke penghujungnya.

Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk menjadikan ramadhan pada kali ini adalah lebih baik dari ramdhan yang sebelumnya. Amin..

Selamat Datang Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Umat Islam.

Saturday, August 7, 2010

Melayu dan Sifat Kemelayuan

Haloo...

What about today?Hari ini hari sabtu tapi saya kena bekerja sampai pukul 1. Biasalah kalau di hari sabtu ini, cuaca keje lain macam sikit. Saya main-main je yang lebih tapi terasa lambatnye jarum jam tue nak pegi ke pukul satu. Hari ini saya takde sebarang plan tapi saje nak cepat balik. heheheh

Saya nak cerita sedikit environment saya bekerja di tempat baru nie. Lepas je belaja di Matrix, saya memang tak tahu nak amek course ape and saya pun masa tue confuse dengan kehendak dan keperluan saya. Nak jadi cerita, saya pilih bidang Food Science walaupun saya langsung takde idea tentang bidang ini, yang saya tahu manusia perlu makan so saya kena masuk bidang makanan supaya bila saya habis belaja nanti saya takdelah tanam anggur. heheheh

Perjalanan karier yang pelbagai, akhirnya saya diterima bekerja di sebuah syarikat swasta yang memproses makanan sejuk beku berasaskan daging dan terkenal. Jika sebelum ini saya bekerja dibawah pengawasan bos tapi disini, saya pula yang mengawas orang bawahan. Agak kekok juga saya nie seorang yang sangat tak suka handle masalah orang. Masalah keje saya ok jek tapi kalo ada anak buah nie saya kena piki masalah anak buah plak.

Bercakap pasal ada anak buah dan terpaksa monitor kerja mereka, baru-baru ini saya terpaksa mengendali satu masalah besar yang wujud dalam jabatan saya. Saya nie orang baru, jadi dah tentulah saya rapat dengan beberapa anak buah untuk tujuan kerja, yelah untuk saya faham tentang proses, kerja rutin jabatan dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, saya rapat dengan beberapa orang terutama QC Assistant Supervisor dan Lab assistant dan pada masa yang sama, salah seorang dari assistant saya telah meletak jawatan untuk menyambung pengajian. Dek kerana itu, saya berusaha mencari pengganti dan yang paling layak adalah Lab assistant saya sahaja kerana kerja yang cekap, rajin, report writing yang baik, boleh membuat keputusan jika berlaku masalah cuma dia lemah dalam kepimpinan tapi masih boleh digilap. Saya memang agak rapat dengan dia tapi tidak la melampau hanya kerana hal keje sahaja yang menyebabkan kami rapat.

Bagi saya yang sudah biasa bekerja dalam team, saya tidak nampak apa yang pelik pun sebab dengan yang lain pun saya sama rata sahaja cuma terbatas la sedikit, yelah yang lain hanya level SPM sahaja, 3,4 orang sahaja ada sijil dan diploma dalam bidang ini termasuk lab assistant saya. Pada suatu hari, ada rakan yang telah menceritakan pada saya tentang skandal dan gosip anak -anak buah saya dan saya tidaklah melatah pun sebab biasalah orang melayu nie nak pula kerja kilang cenggini. Ada sajalah skandal, ada yang ada anak ikan, ada yang teman tapi mesra dan bla..bla..bla..

Saya pun gatal mulut, saya tanya pada lab assistant saya tentang apa yang saya dengar namun dia hanya menjawab tak tahu dan saya mensihatkan jauhkanlah skandal di tempat keje nie. Tak sangka pula orang yang berkenaan tahu tentang itu tapi lebih mengejutkan dia boleh mengadakan fitnah yang menyatakan lab asisstant tue yang bawak mulut dan cerita kepada saya. subhanallah..bukan sahaja itu, malah dia tergamak membuat fitnah lebih dasyat lagi pada anak buah saya itu sehingga saya sendiri hilang sabar. Pernah dulu saya terangkan pada nya duduk hal sebenar tapi itulah masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Kesian anak buah saya yang seorang itu, hingga dia ambil tindakan bercuti 4 hari untuk meredakan perasaan. Hasil siasatan yang saya buat, saya baru tahu ini semua kerana dengki.

Dengan menggunakan kuasa veto saya, saya adakan morning briefing pagi tadi bertujuan memberi amaran kepada mereka yang tidak tahu menilai baik buruk walaupun umur dah tua. Saya beri amaran kepada semua, jika saya dapat lagi berita fitnah memfitnah ini, saya tidak teragak-agak membuang orang tersebut bekerja dan syarikat tidak memerlukan orang seperti itu. Saya turut menegaskan jangan rasa diri itu HEBAT sangat. Jangan asyik menyebut dia sepatutnya..dia sepatutnya..dia sepatutnya..TUKAR!saya sepatutnya..saya sepatutnya..Semua yang ada dalam briefing terdiam dan menunduk cuma seorang ini sahaja yang tengok saya macam nak kuar biji mata. Last sekali saya sudahkan briefing dengan cara baik dan bersurai.

Akak yang sorang nie pula tak faham bahasa, nampak sangat dia makan cili, beria dia nak terangkan kepada saya duduk perkara sebenar dan saya hanya minta dia berfikir sebelum menerangkan serta saya tidak mahu lagi membincangkan hal dia sebab saya sudah beritahu dalam briefing tersebut. Saya memang pantang jumpa mereka yang plastik nie, siap nangis pula tapi bagi saya ini tempat kerja dan seharusnya kerja dengan jujur dan berhemah. Disini bukan tempat untuk tunjuk hebat atau tunjuk kuat ibarat kata Nabil 'Lu Pikir la..'

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, sebelum ada rasa dengki-mendengki anda tengok la diri anda dahulu. Mampu kah memikul tanggungjawab?Anda buktikan dahulu kemampuan anda dan jangan sibuk menjaja fitnah jika anda tidak terpilih. Ini lah kalo kerja cuaca melayu nie, tak lari dari dengki mendengki, tidak boleh ditegur, malas. Hari ini saya simpulkan, orang yang berkenaan bawa-bawa la mengucap dan jangan sibuk nak buat propaganda.

Tanam la sedikit rasa kasihan pada orang lain, jangan anda pukul sama rata sahaja.

kucing yang terkantoi

Friday, August 6, 2010

Cinta Pertama Pucca

Haloo...

Amacam hari ini?HEBAT! menyebut perkataan hebat setiap hari kepada diri sendiri akan membangunkan rasa yakin. Jika ada yang bertanya 'apa khabar?' anda jawablah 'HEBAT!' dengan semangatnya pasti anda akan terasa auranya. Cubalah!hee

Hum..malam nie mood kartun la pula.Saya nie memang suka tengok kartun kat TV,tak kisah la kartun ape pun saya layan malah sanggup menonton di panggung wayang terutama 3D. Kartun yang paling melekat di otak dan jiwa saya nie adalah kartun Pucca. Saya tak pernah miss tengok kartun nie, setiap sabtu pukul 10.30 pagi. Nak tau kenapa saya suka?sebab kartun nie lucu dan penonton memahami kartun daripada aksi nye sebab kurang bercakap. Saya mula mengenali Pucca sejak tahun 2007 dan masih meminati hingga kini. Walaupun sudah tidak ditayangkan di TV saya masih lagi melayan di youtube especially bila terasa letih bekerja di kilang.

Ada banyak karakter dalam Pucca nie dan semua membawa karakter yang berbeza namun tumpuan utama saya tentulah pada Pucca. Pucca ni adalah anak perempuan kepada pemilik kedai mee dan dia sangat obses kepada seorang ninja bernama Garu (seorang ninja yang serius dan tak suka mengejar perempuan). Apa yang melucukan apabila Pucca suka kiss curi Garu.Comel betol!Pucca nie bila dia nampak Garu, dia semacam ada power luar biasa demi untuk kiss Garu. Garu pula suka nak melarikan diri dari Pucca, tak karuan jadinye dia kalau Pucca ada disekitar dia.hehehehe Actually kartun ini sangat sinonim dengan 'funny love'. Macam mana agaknya kalau ada manusia yang berpewatakan Pucca ni kan?

Pucca- adorable sangat!
Garu, ultimate ninja wannabe
Ching, kawan baik Pucca yang sangat mahir bermain pedang.

Abyo, watak lucu sebab tiru gaya bruce lee
Di sebalik keghairahan dan minat mendalam saya pada karakter kartun ini, ia sebenarnya menyimpan seribu rasa pada saya. Nak tau kenapa? kalau orang lain bile mereka bercinta mungkin ada love theme mereka, saya punya love theme Funny Love, Pucca dan Garu lah. Bukan sebab karakter saya seperti Pucca atau 'Dia" seperti Garu tetapi sebab masa kami mula kenal mengenal Pucca lah penghubungnya.Pucca nie antara memori indah buat saya. hehehe Kat atas tue sebahagian daripada karakter kartun Pucca, actually ada banyak lagi.

Pucca cari frog prince dia..hee

Bila saya tengok kartun nie, saya mesti senyum dan terhibur!

Garu saya mana yek?hik!

Wednesday, August 4, 2010

Semalam Yang Mengejutkan!

Haloo...
Amacam harini?teringat pula ada seorang kawan yang mengingatkan kepada saya suatu masa dahulu, Allah hanya berikan 3 hari sahaja dalam kehidupan manusia. Semalam, hari ini dan Esok.Kalau direnung, kita tidak punya banyak masa kan?3 hari ini aje yang kita ada. Makanya gunakan la sebaik-baik nye.

Semalam yang mengejutkan?kenapa? oh..mesti nak tahu kenapa terkejutkan.Semalam juga baru sedarkan saya rupanya banyaknya benda yang diluar jangkaan kita berlaku sehari-hari. Pertama berita tentang ibu dan nenek bekas rakan sebilik dari tingkatan 1 - 3 dulu. 

Nak dijadikan cerita, rakan saya ini menyapa saya di YM, setahu saya dia nie seorang yang sangat sibuk maklumlah guru fizik ditambah pula dia seorang warden. Kebiasaannya tiada masa melayan YM kerana seharian aktivitinya penuh. Jika tiada kelas tambahan, dia menghadiri mesyuarat. Jika tidak bermesyuarat dia sibuk menjadi ajk itu dan ini paling tidak sibuk dengan aerobiknya. Awalnya saya fikir tentu ada gosip atau cerita terkini yang menarik namun lain rupanya. Dia membawa berita yang mengejutkan tentang ibu dan nenek nya. Anda pasti pernah dengar tentang kanser kan? Jika pada saya, bila mendengar sahaja tentang kanser, cepat-cepat hati kecil saya ini berdoa, jauhkan la penyakit itu dari saya.

Namun pada ketika dia beritakan yang ibunya disahkan menghidap kanser payudara stage 2 dan neneknya sudah kritikal kerana penyakit yang sama, saya seperti mahu menangis. Dia nyatakan pada saya dia sangat sedih dan terkejut. Sedangkan saya ini terkejut, dia apatah lagi tentu berganda terkejutnya ditambah pula ibu di KL dan dia di Muadzam. Jika saya berada ditempat dia, dah tentu esoknya saya tidak bekerja kerana mahu menemani mak saya. Saya mohon pada Allah jauhkanlah ujian sedemikian untuk saya. Buat Jasli rakan baik saya, saya doakan yang ibu dan nenek kembali sihat dan mereka kuat semangat melawan penyakit itu.

Tidak cukup dengan berita yang meluluhkan hati itu, saya sekali lagi dikejutkan dengan berita rakan lama saya di zaman membuat latihan industri dulu. Saya kenal rakan ini masa saya buat latihan industri dengan Ayam Brand di Shah Alam. Rakan ini lebih tua dari saya dan saya memanggilnya akak sebagai tanda hormat. Akak ni banyak menabur budi kepada saya. Pergi kerja naik kereta kancilnya, tempat tinggal juga menumpang di rumah sewanya malah dia juga yang banyak mengajar saya tentang dunia bidang makanan nie.

Sepanjang tempoh 2 bulan bersama akak ini, dia seorang yang sangat baik dan tidak lokek. Ingat dahulu waktu dia di fasa berpacaran, selalu masak bekal untuk kekasihnya (sudah bergelar suami kini). Bila ada pasar malam sahaja, pasangan ini akan kesana untuk membeli lauk pauk, sayuran untuk seminggu. Akak ni memang pandai memasak dan masakannya sedap betul. Saya tamat latihan, akak pun bertunang. saya hanya sempat melihat cincin tunangnya sahaja, at least dapat juga berkongsi kegembiraan. Selepas itu, saya terus lost contact dengan akak yang baik ini dan mendoakan akak terus bahagia dan ceria selalu.

Namun, jodoh kami panjang juga bila saya berjumpa kali kedua dengannya. Masa itu, niat saya mahu melihat anak pertamanya namun lain pula jadinya bila dia beria ajak saya join sebuah perniagaan. hee masa tue saya takde duit nak buat bisnes,kerja pun belum yang bagus lagi. Sekali lagi kami lost contact dan semalam kami berjumpa semula di laman facebook. Kali ini, saya terkejut yang amat sangat bile nama yang digunakan azlida dan arwah rustam.Saya view page akak nie dan dapat lihat gambar dua anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan. Bila saya view pada wallnya baru saya tahu kekasih yang dimasakkan lauk pada satu waktu dulu, suami dan bapa kepada dua anaknya telah kembali ke rahmatullah. Innalillah...rupanya suami akak ini telah dijemput Allah pada 26 jun yang lalu akibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur. Saya mendoakan supaya Allah memberi ketabahan hati kepada akak dan dapat mengharungi hari-harinya dengan baik. Buat suami akak, saya sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Semalam yang mengejutkan!

Welcome!

Haloo...

At last, kembali menjadi blogger semula!so happy actually..heee as my first entry, terasa ngengada nak tulis welcoming note to myself. Yelah, dah lama meninggalkan kehidupan blogger nie..hehehe (macam la dulu aktif) anyway, akan cuba menulis dengan matang dan jauh lebih baik berbanding dulu

Last but not least Welcome to Blogger Thingy Again!