3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 13, 2010

Buat Maksiat Boleh!Tapi...Ada Syarat.

Haloo..

Usual greeting bile saya jumpa akak cleaner kat kilang saya bekerja. Bila saya haloo dia mesti jeling ala-ala manja.'busy la tue' dalam hati saya.hehehe saya panggil dia kak yan sebab dia memang lebih tua dari saya tapi yang lawaknya dia panggil saya kak zam (tua ke saya nie?) hehehe.Akak nie orangnye lurus, saya suka usik dia panggil chief sebab bile dia masuk bilik saya nak sapu lantai dia mesti bagitahu schedule dia for the day kat saya. Setiap hari saya keliru, saya nie QC executive ke Cleaner executive?ape-ape pun saya suka je dengar schedule kak yan tue ada ketika saya rasa cam dia PA yang sedang bacakan agenda bos setiap pagi.heheheh

Semalam 1st ramadhan, alhamdulillah saya dapat menempuh pertama ramadhan dengan baik dan tenang sekali. Paling saya gembira sebab 1st time makan nasi sepinggan je time berbuka plus saya menahan diri dari ke bazar ramadhan (tak tahu la saya nie sampai puasa ke bape bertahan) heheheh..Kalau dulu,time puasa rasa lapar yang amat sangat and malas gile pi terawih sebab perut kenyang sangat.Paling sikit makan buka 2 pinggan. Tahun nie nak berubah la sikit, tanak jadi cam tahun lepas. Apa yang lebih menyeronokkan saya dapat berterawih dengan mudahnya, kalau tak sebelum nie, MasyaALLAH kaki rasa lembik berdiri sebab perut kenyang, mata plak ngantuk tah ape  menda imam baca saya pun lalai sampai kadang-kadang saya tak ingat dah rakaat ke berapa. Punya la dasat saya di ramadhan tahun lepas. Tapi semalam alhamdulillah, dapat solat terawih tanpa nguap ngantuk and perut pun rasa best2 jek and waktu tazkirah pun saya dapat dengar dengan khusyuk..heee 'Tahniah diri!'

Tahun lepas saya terawih di surau Al-Hidayah, tahun nie tukar selera saya terawih di surau Al-Kahfi pula. Bestnye!Tazkirah semalam disampaikan oleh seorang peguam syariah tapi saya lupa pula namanya. Beliau memperingati tentang 'Jika nak buat maksiat, ada 5 syarat'.

Dikisahkan ada seorang lelaki yang sangat suka berbuat maksiat, dia telah bertemu seorang ulama bernama Ibrahim Bin Adham. "wahai Aba Ishak, selama ini aku sangat gemar berbuat maksiat, berikan lah aku nasihat" setelah mendengar akan kata-kata pemuda itu, Ibrahim berkata "Jika engkau mampu melakukan 5 perkara ini, maka engkau boleh terus berbuat maksiat" masa saya dengar ustaz cerita macam itu, saya pun terkejut. Dalam hati saya terdetik 'Eh, tak pernah dengar pula ada syarat nak buat maksiat.hee'

Syarat yang pertama, jika berbuat maksiat, jangan makan rezeki Allah. hurm semua yang kita dapat hari ini Allah yang bagi. Mana ada manusia cipta untuk rezeki sendiri kan?Syarat pertama aje dah pening kepala. Betol la, berbuat maksiat kepada Allah tapi masih juga makan rezeki Allah. Saya teringat pula mak saya cik noor (panggilan kak seeha kat mak saya). Bila time kononya saya tunjuk protes pada mak saya nie mesti maka saya cakap "kalau nak melawan sangat jangan makan apa mak masak kat dapur tue, ha..melawan cukup-cukup. Angkut baju-baju tue pi cari umah lain" Nak melawan mak, mak bagi syarat cenggitu ini kan pula berbuat maksiat pada Allah, memang jangan makan rezeki Allah bagi.

Syarat yang kedua pula, Jika berbuat maksiat pada Allah jangan tinggal di bumi Allah. Ha berbalik semula pada ayat cik noor diatas.Misal kata la, marikh tue bukan ciptaan Allah. Sesape nak buat maksiat kena pegi sana. Tidak ke bersusah payah tu nak ke marikh sana semata-mata nak berbuat maksiat.Ish!rabak poket baju, poket suar sume nak kuar duit semata nak buat maksiat di marikh.

Syarat yang ketiga pula, nak buat maksiat cari tempat yang Allah tak nampak. Hurm? katne? kat hutan tebal dan gelap?silap-silap rimau yang nampak dia jadikan kita dinner plak. Dalam air keruh Allah tak nampak, kelemasan pula nanti. Ha..takde tempat yang Allah tidak nampak, hatta kita menyorok dalam lubang cacing pun Allah boleh nampak tapi muat ke nak masuk lubang cacing tue?hehehehe

Pemuda itu bertanya lagi pada Ibrahim syarat yang keempat. Syarat yang keempat pula bila malaikat maut datang nak cabut nyawa, katakan pada malaikat "tangguhkan dulu kematian ku kerana aku masih ingin bertaubat dan beramal soleh" Mampukah?tak mungkin malaikat nak dengar permintaan kita tue. 

Akhir sekali, jika berbuat maksiat apabila malaikat zabaniah mengiringmu ke api neraka, kamu tolak permintaannya. Sudah tentu malaikat tidak akan membiarkan kita menolak permintaannya. Saya terasa malu bila mendengar ingatan dalam tazkirah ustaz itu dan berazam untuk menjauhi perbuatan maksiat kepada Allah dan berusaha menanam syukur atas setiap menda yang Allah bagi pada saya.

Semoga Ramadhan tahun ini, Allah beri saya hidayah dan membuka pintu hati saya nie. Saya ada azam yang ingin saya laksanakan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa






1 comment:

  1. Zam.. sgt betul seperti kata Ibrahim Adham!
    Nak buat maksiat.. bila kala kita nak makan rezeki yg bukan kurniaan Allah, sedut udara yg bkn milik Allah, tinggal di bumi yg bukan milik Allah.. taknak mati dan taknak masuk neraka??

    terima kasih atas perkongsian ini. walaupun biasa dengar tp tetap memberi kesedaran!.

    ReplyDelete