3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Amboi....Bukan Main Mahai!

Halooo...

Sekarang nie musim hujan je ek?monsun ape ek sekarang?dah tak tahu dah pasal geografi nie.Pagi tadi nak pegi keje pun hujan lebat nasib baik punch kad rosak, sampai 8.31 tapi bila punch keluar 8.24..heheheh kalo cenggini hari-hari rosak pun takpe.
Tetiba Miz Pucca terasa nak berkongsi sesuatu tentang kisah semalam di sebuah butik area Taman Koperasi Polis, Miz Pucca namakan sebagai butik x. Kalau tengok dari luar butik aka rumah owner bukan main lagi gempak. Standard butik mahal la kalo tengok sekali lalu. Pintu pun pakai ding dong bell..hehehehe memang tip top dari segi hiasan butik nye. Kalau masuk rasa dok dalam garden pun ada. Miz Pucca pergi butik tue bukan saje nak tengok keindahan butik x nie tapi dengan niat nak usha la pakej perkahwinan yang ada kat situ. Tak sampai 5 minit masuk dalam butik, Miz Pucca dah belek-belek baju yang ada. Semua pakaian macam rekaan indonesia jek dan banyak style baju lebih kurang jek. Tuan punya butik kata, dia ada designer sendiri dan material yang digunakan semua mahal hingga kan kain lace serta beads pun ribuan ringgit tapi jauh disudut otak Miz Pucca tertanya-tanya, apahal style sama jek? Designer dia hilang idea ke?  Tak tahu lah betul ke tidak dia ada designer sebenarnya.

Lepas belek-belek baju dalam 10 minit, tuan punya butik ajak la duduk di meja untuk discuss sket..tuan butik kata dia takde pakej coz dia wedding planner. Ok la nevermind la, lagipun saje nak tengok berapa dorang nie kasi. Dia pun tick sana tick sini tekan-tekan calculator naa dia bagitahu harga dia 6 ribu..Mak ai..Miz Pucca pun amek la menda yang dia dah conteng tue menda yang dia charge cuma baju sepasang, pelamin, mekap 'celebrity' (yang ini poyo nak mati, jap lagi Miz Pucca cerita ek), gaun and kot (free) bantal nikah (free), total up ini semua 6k. Then Miz Pucca bagitahu dia yang Miz Pucca nak yang simple and minat dia verify how much the pelamin actually, dia tak bgtau yang dia asyik sebut pelamin dia mahal and dia tak kisah sebesar mana pun peamin tue harga semua sama. Miz Pucca pun belek album gambar pelamin mahal dia tue. ALLAH!pelamin jenis besi zaman dahulu kala paling updated pun pelamin kotak (ala panel zaman kini). Pastu dia dok tunjuk la dia ada pelamin tengah dok order lagi pelamin tiang roman, dia kata kalau nak kena tambah 1k lagi.Hurm..Miz Pucca pun malas nak tanya banyak sebab menda yang ditawarkan tak berbaloi langsung. Ha..ni dok nak cerita gak la nie pasal mekap celebriti butik ini. Bila Miz Pucca tanya dia just jawab yang dia pernah mekap artis gak sebelum nie. Itu jek? bila tengok gambar portfolio mekap dia takde plak muka artis yang Miz Pucca tengok ada la 2 artis. 

Teringat pula pada butik yang Miz Pucca pegi minggu lepas, harga dia bagi baru 2k jek siap baju design baru (dress terkini, bukan fesyen indon ye..), pelamin tiang roma ngan kerusi tinggi couple sit pun just tambah lagi 250.00 plus mekap artist media prima itupun nak tambah mekap nikah just bayar lagi 150. Yang butik x tue, nak tambah mekap kena tambah duit lagi 5 ratus. Miz Pucca pelik gak, merepek macam tue pun masih ada orang yang amek dengan dia ek. Mungkin orang tersebut berlebih sangat duit kot. Bagi Miz Pucca, kalau dengan harga 6k tue paling tidak pun baju persalinan berpasang-pasang siap malam berinai kecik besar pastu bunga telur bagai plus pelamin macam-macam style. Ini setakat fesyen dan style yang dia tawarkan tue, baik pegi butik lain aje. Nak cekik orang pun agak-agak la kan.  

Apa-apa pun, Miz Pucca kena bijak memilih. Hujung minggu nie confirm booking di butik idaman tue. hik!

Tuesday, September 28, 2010

Karat nye Otak!huhuh

Halooo...

Seharian harini Miz Pucca terperap dalam lab mikrob, patutnye semalam lagi dah Miz Pucca kena iktikaf dalam lab tue tapi kurang 'confidence' plak semalam.Almaklumlah otak dah berkarat. Cerita Mikrob nie 3 tahun yang lepas lagi dah tinggal. Sejak lepas grad dah tutup buku Food Microbiology, Bukan takat tutup siap bersawang, semut pun buat sarang dalam buku mikrob Miz Pucca. 

Bagus jugak la lab assistant Miz Pucca tue letak jawatan, at leastnye boleh polish semula otak nie.Sampai nak buat air suling pun Miz Pucca tak ingat dah inikan nak guna autoclave. Berminggu-minggu juga la Miz Pucca mentelaah nota lama serta rujukan yang ada nie. Bukan apa, memang masalah kat tempat Miz Pucca baru keje nie, mereka nie lack of manual. Masa baru join dulu, tak tau manual ape nak kena rujuk even employee handbook pun takde. Miz Pucca memang kena sediakan macam-macam manual lepas nie. At least staff baru lepas nie takdelah jadi macam Miz Pucca harini.

EXCITED!ye..memang excited sebab harini Miz Pucca berjaya menyelesaikan tugasan dalam lab, dalam keadaan otak yang belum 100% polish Miz Pucca berjaya sediakan 10liter air suling menggunakan paip yang agak gile sebab tetiba je heater tue boleh kering air..BAHAYA!Miz Pucca berjaya menyiapkan ujian TPC dan E.Coli tapi esok baru dapat tengok result. Terdapat beberapa kelemahan especially waktu penyediaan sampel. Dalam lab mikrob langsung takde meja khas untuk wat penyediaan sample plus takde stomacher untuk homogenize sample, terpaksa guna tangan dan picit-picit sample sampai pecah dalam air suling tue. Melecehkan dan consume a lot of my time untuk penyediaan sampel sahaja. 

Esok, Miz Pucca plan nak masuk lab seawal yang boleh!7.30 am dah masuk lab sebab nak wat preparation semua. Buat label dan sebagainya. Datang je keje terus buat sampling lepas tue ready kan media untuk salmonella pulak..Kalau harini ambil masa 8 jam dalam lab, esok mesti kurang sejam maknanya nak buat keje cepat la. Kalau Miz Pucca spend masa lama sangat dalam lab keje atas meja makin bertimbun pula..Chaiyyok!I can do it!heee

ps: teringat masa dulu-dulu keje dalam lab ngn kak nana..best gile!

Great Thank You..love is in the air

halooo...

Sangat lama tidak menulis di blog ini akibat kesibukan yang tidak putus-putus.1st sekali alhamdulillah kerana Miz Pucca dah selamat ditunangkan dengan Mr. Garu dalam acara yang meriah dikelilingi mereka yang disayangi. Terharu dengan mak dan abah serta adik beradik semua. Special thanks to my lovely brother, angah yang sponsor itu dan ini bagi melengkapkan banyak perkara. My special thanks to mak yang tak disangka-sangka create a lovely small pelamin untuk acara menyarung cincin and it is awesome. Special thanks juga pada abah yang tak tido malam kemas itu ini, pasang itu ini malah membantu kerja dapur, you are everything abah!Thank You..Thank You..Thank You...The day was lovely dan Miz Pucca rasa sangat dihargai!! Allah Maha Pengasih meminjamkan Miz Pucca rasa kasih sayang yang tidak terhingga.
Miz Pucca berdoa agar jodoh dipanjangkan serta diberikan kesabaran yang tinggi bagi menempuh hari-hari mendatang di alam yang baru ini. Saat dan ketika ini menuntut Miz Pucca menuntut lebih ilmu untuk kehidupan berumah tangga nanti. Doa yang tidak putus agar Allah terus beri kekuatan dan limpahkan hidayah buat Miz Pucca serta Mr. Garu. Semoga kami tergolong dikalangan mereka yang dikasihi oleh -NYA..

Apa yang menjadi sangat special jugak sebab segalanya pertama. Nak tau kenapa?Miz Pucca pertama kali bersua muka dengan ibu Mr. Garu. Memang tak pernah jumpa lagi even gambar pun tak dapat tengok!She is lovely and so young..Still remember pandangan pertama before cincin disarung, her smile to me..such a sweet moments. Salam yang pertama and our first hugs..Warm in the heart actually. Miz Pucca harap dapat bertemu lagi and lebih proper. Dapat lebih beramah mesra dan saling mengenali. Mr. Garu bagitahu nak bawa Miz Pucca 17 haribulan nanti..heee i'm looking forward and now looking for the best gift nak bagi to her..hee 
My sweet Lovely day 18092010
my future mother in law looks young!hee
My lovely family

 our first hug..heee

 masa nie baru dapat tengok real..hee

Segalanya telah berjalan lancar dan kini menuju tarikh yang telah ditetapkan.
ps: macam tak percaya dah pula...hee

 

Thursday, September 16, 2010

Rasa Berdebar la Plak..

Halooo...

I feel like wanna take out my heart and let it beats outside the chest!huhuhuh Alone in my room at the office and I can hear my own heartbeat..terrible nye this kind of feelings. I may not like it but I need to face it.huh!
Sekejap lagi pukul 5 Mr. Garu datang rumah maybe to have a cup of tea with mak and abah and also to discuss about the coming event this Saturday. Miz Pucca agak gelabah itek la sekarang nie bila dok terpiki apa akan terjadi petang ini.Berdebar nie macam berada depan pintu dewan nak ambil exam spm.SERIUS!hahahha funny betol!

Berdoa agar semua berjalan dengan baik dan segalanya lancar seperti yang dirancang. anyway, Good Luck my Dear Garu!

Tuesday, September 14, 2010

Alhamdulillah

haloo...

Fuh!agak lama tidak menulis di sini. Maklumlah Miz Pucca sibuk beraya ke sana ke mari. Very the busy gitu collect all duit raya from uncles and aunties..ahahahah Miz Pucca propa jek..takkan la dah tua bangka cenggini masih ada yang nak bagi miz pucca duit raya melainkan miz pucca yang dah kena pow..rasa rabak je poket miz pucca nie.hehehehe apepun raya tahun nie memang menggembirakan sebab miz pucca rasa bersyukur sangat masih dapat beraya dengan nenek,sedara mara, ibu dan bapa serta adik beradik miz pucca yang kecoh gitu. Tanpa mereka tentu beraya dalam suasana janggal. Alhamdulillah, Allah beri pinjaman kasih sayang yang tidak terhingga nie.

Hurm...semoga semua kawan-kawan merayakan hari raya dengan penuh rasa syukur hendaknya..

Friday, September 3, 2010

What Happen to Me!SCARY!


Haloo...

Miz Pucca: Eh, harini dah jumaat? la kenapa saya boleh lupa?
En. Azini: Iye..biasalah orang kalau dah nak dekat majlis memang asyik lupa je..

Toing...bedebuk miz Pucca terkena pagi-pagi nie. Boleh pula miz pucca lupa harini hari jumaat. Ini pun sebab tengok ustaz buat tazkirah pada operator semua. MasyaALLAH..apa nak jadi la dengan Miz Pucca sekarang. Lepas dengar tazkirah, baru nak semak kerja yang atas meja yang setinggi menara KL nie tetiba dapat pula panggilan

En. shafie: hello, awak dah ready dah ikan tue?diaorang dah sampai ni.
Miz Pucca: Ikan?ikan ape? 
En. Shafie: La semalam kan dah bagitahu pasal ikan alaskan pollock tu.
Miz Pucca: MasyaALLAH, saya teramat sangat lupa. Ikan pun saya tak keluar dari coldroom lagi

Ha..tengok!berapa banyak miz pucca dah lupa untuk harini sahaja. Setel semua urusan ikan dan bla..bla.. Miz pucca mesej Garu cerita alkisah harini dan garu boleh reply kata dia memang perasan Miz Pucca sangat pelupa lately. Miz Pucca dah mula nak menggelabah itik nie. Bahaya la kalau asyik lupa tapi memang Miz Pucca perasan juga yang miz pucca paling kerap lupa dekat mana miz pucca letak pen. Eh, kronik la kalau asyik lupa nie. Miz Pucca rasa takut pula. Miz pucca tanak la jadi macam watak dalam cerita korea A moment to Remember yang dilakonkan oleh Jung Woo-Sung dengan Sohn Ye-Jin. Cerita nie mengisahkan penyakit lupa yang kronik dikenali penyakit Alzheimer. Cerita tu memang super sedih bagi Miz Pucca sebab sampai boleh lupa siapa suami dia, ibarat macam ingatan semakin menyusut semua bermula dengan hilang pensil. Adush!Miz Pucca memang takut la!

So, Miz Pucca surf intenet untuk dapatkan info macam mana nak mengubati penyakit lupa Miz Pucca nie sebelum melarat dan jadi lebih kronik lagi. 

cara mengatasi kelupaan:
1. membuat aktiviti menajamkan pemikiran seperti menjawab soalan matematik, melengkapkan teka silang kata, menyelesaikan aktiviti sudoku atau aktiviti lain yang boleh merangsang otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Lepas ni boleh la tengok miz Pucca berkepit dengan buku sudoku dan sedang menjawab soalam matematik tambahan tingkatan 5 yang dulu nya miz pucca ala-ala nak muntah bile sejam satu soalan baru siap jawab.heheheh
 
2. Makan makanan untuk menguatkan ingatan

Miz Pucca kena rajin makan anggur, kurma serta yang seangkatan dengannya 

3. Melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berlari, berjalan dan sebagainya yang melibatkan pergerakan fizikal.

Berenang? Miz Pucca tak reti berenang jawabnya lemas la, nak pula miz pucca yang ala dugong nie.hahahaha boleh la kalau berlari tue dapat la juga membuang spare tyre yang ada nie

4. Catat semua perkara penting di dalam organiser atau buku catatan peribadi atau tulis di tempat yang kerap dikunjungi contohnya nota di cermin atau di peti ais

Dulu memang Miz Pucca buat so sekarang kena buat semula. Everything Miz Pucca jot down tau
5. Elakkan suka bertunda untuk melakukan sesuatu pekerjaan

I will do all the works ASAP
6. Kurangkan makan berlemak

Nampaknya Miz Pucca kena kurangkan makan gulai lemak la nie. Dah la feveret miz pucca

7. memanjangkan sujud serta berpuasa

Lepas nie Miz pucca kena sujud akhir lama sikit dan kena rajin berpuasala nie.
Semoga Miz Pucca berjaya la menguatkan semula ingatan Miz Pucca nie


p/s: seram kalau Miz Pucca boleh lupa kat Garu nanti..heheheh

Sinetron Lagi

Halooo...

Malam ni miz pucca tak dapat melelapkan mata, terkebil-kebil dari tadi tengok kipas berpusing sampai nak berbintang mata miz pucca ni. Masa solat isya tadi bukan main mengantoknya lagi sampai tersengguk time membaca doa. Agaknya sebab banyak sangat mencekik mee kari itu yang layu mayu je kan tapi alhamdulillah lepas sekali sengguk terus cerah biji mata miz pucca sampai sekarang.

Dari miz pucca tergolek macam dugong nie miz pucca merajinkan diri mencari cerita sinetron terkini di internet ni dengan harapan boleh la mata ni layu. Sekarang nie miz pucca sedang demam sinetron cinta kirana di astro ria setiap isnin sampai jumaat 6.30 sampai 7.30 ptg. Memang miz pucca mabuk dengan cerita ni padahal sebelum ni bukan main tak suka nak layan cerita seberang ni sebab miz pucca payah nak faham bualan dari seberang ni.

Nak tau macam mana miz pucca boleh mabuk dengan sinetron yang satu ini semua sebab adek miz pucca, miz pucca panggil dia miz sinetron la yek sebab dia la yang telah mempengaruhi minda miz pucca dengan sinetron ni. Dia memang peminat setia cerita seberang, boleh dikatakan apa sahaja cerita dari sana dia layan, serupa macam miz pucca muda remaja dulu la..layan hindustan tapi sekarang dah tak tengok hindustan dah sebab mak miz pucca bukan main marah macam incredible hulk lagi kalau ada sesiapa layan hindustan. Mana taknye scene dalam lagu, pakaian tak berapa nak senonoh. Paham-paham ajela kalo hindustan style nie.

Cinta kirana ni mengisahkan seorang gadis kampung yang sudah kehilangan ibu bapa sebab dalam cerita nie watak kirana hanya berdampingan dengan neneknya sahaja. Suatu hari nenek kirana, nenek sita ni telah bertemu semula dengan bekas kekasihnya rama. Dek kerana pertemuan ini, nenek sita dan kakek rama ni bercadang untuk menjodohkan cucu mereka iatu Kirana dan Galang. Masa permulaannya, kehidupan Kirana dan Nenek Sita ni sangat la susah sampai ada satu ketika Nenek Sita jatuh sakit dan duduk di hospital, yang sedihnya Kirana nie kena halau dari rumah sewanya, maka hilang tempat berteduh la Kirana nie.

Kakek Rama telah membawa pulang Kirana ke rumahnya. Isteri kakek Rama, Nenek Aida sangat tidak suka dengan Kirana samala dengan cucunya Galang. Selalu panggil Kirana gadis kampungan. Galang nie pula sudah ada kekasih, kalau tak silap artis la namanya Riana. Kalau sinetron nie biasalah mesti ada orang jahat la kan so Riana nie la yang jahatnya. Miz Pucca kalau tengok watak Riana nie rasa nak tenyeh2 je muka dia sebab gedik dan suka mengikis harta Galang jek.

Kakek Rama memang sangat tidak suka dengan Riana nie, Nenek Aida je yang lebih2 suka pada Riana nie. Masa awal cerita, Galang memang ada propose si Riana ni, masa tu belum jatuh hati pada Kirana lagi tengah fighting gitu ngan kirana. Lama-kelamaan Galang nie dah mula suka pada Kirana dan pada hari pertunangan rasmi Riana-Galang, actually Galang dah mula in doubt dah sebab macam dah suka Kirana.

Tapi pertunangan dengan Riana tak lama sebab kantoi dengan Galang,si Riana cam maki kakek Rama. On the spot jugak Galang putus pertunangan dan cari semula Kirana. Part yang ini miz pucca dah mabuk dah sebab macam sweet pula. Kirana bertunang dengan Galang dan esoknya Galang dan Kakek Rama terpaksa keluar kota urusan bisnes. Part nie actually mereka dah loving dan aura bahagia dah terasa tapi sebab kan yang miz pucca tengok nie adalah sinetron kena paham la. Si Galang dan Kakek accident pula. Kakek Rama meninggal dan Galang pula hilang. Part yang ini, bukan main berjujuran air mata sinetron miz pucca tambah pula miz sinetron bukan main sangat berperasaan.


Kirana la yang jadi tulang belakang keluarga pula dan mengharung macam-macam dugaan la. Dari pembacaan miz pucca kalau tengok blog seberang, Last nanti Galang muncul juga tapi sebagai Misca kononnya kembar Galang. Miz Pucca dapat bayangkan berapa baldi la air mata miz Pucca nanti bila tengok episod akhir tue sebab walaupun Kirana setia dan mengharap pada Galang. Galang pula sudah terhutang budi pada wanita lain yang telah selamatkan dia. Dia muncul semula untuk update la kuarga dia. Jauh disudut hati miz pucca nie, semoga episod last Galang tetap jodoh dengan Kirana.


sumber: helloskyblue.blospot.com

Nampaknya mata miz pucca pun dah mula layu mayu dah nie. Esok miz pucca cerita soundtrack nye pula. Biasa la kalau orang sedang mabuk nie, habis semua nak suka.

Selamat Malam semua.oops Miz pucca dah berjanji nak bangun malam nie wat qiamullail. Harap mata miz pucca takde la melekat dan liat nak bangun.

Thursday, September 2, 2010

Suka-Suka

Assalamualaikum

Semalam saya asyik kecewa je pastu harini saya dah totally ok dan mood sangat baik tidak lah windy cam semalam..kewl!hehehe semalam macam tah pape je plak. Mungkin saya patut naik kan suhu bilik saya nie kepada 20 degree seperti hari ini baru mood saya tak swing kot tapi masalahnya bilik ini amat sejuk sampai terpaksa bersila atas kerusi nie. heheheheh
Sebenarnya sepanjang minggu nie saya dah ber mood cuti dah nie. Tak tahu lah kenapa padahal tahun nie raya paling tak best!nak tau sebab ape? sebab saya cuti start 9 sampai 15 je, orang lain sampai 16. Lepas tue kena balik jerantut sekejap aje pula tue. Khamis lepas sahur balik kampung pastu ahad dah nak kena balik sini sebab adik saya nak balik matrix pastu ada adek yang nak UPSR. Dah la balik kampung kejap pastu saya kena keje pula 16 haribulan tue untuk pembukaan kilang.grrr..leceh gile!tapi takpe, saya boleh claim off day untuk isnin sebab keje 8 jam..heee


Paling saya rasa tak best sebab saya cuti raya kena amek unpaid leave sebab belum confirm. huhu hu sadis tahun nie punya percutian raya tapi takpelah saya boleh kumpul cuti sebab bulan 12 nie adek saya zaidah nak konvo dekat arau. Family and I plan to spend 3 days earlier before her convo day. Nak pergi shopping dekat Langkawi..Yeay!bile saya fikir cani rasa hepi plak.hahahahah
Hurm...pagi tadi lepas solat subuh saya terlelap la plak dan saya boleh pula mimpi lawak. Saya mimpikan Rita Rudaini serta anaknya. Paling lawak saya jadi babysitter Rita Rudaini.Hape ke budus nya saya boleh mimpi cenggitu. mengarut gila plak. Nie mungkin sebab saya teringat kisah adek saya zafirah yang mimpikan the rock.Adek saya boleh mimpikan dia petah bercakap omputih dengan the rock. Paling tak tahan dia kat dia jatuh hati dengan the rock.Super lawak bagi saya bila dengar cite adek kecik saya nie yang baru berumur 12 tahun. Dia tak kecik jugak la, dah kemain tinggi nye dah.heheheh Pasni taubat tanak gelakkan zafirah sebab dah terkena ketulahan la pula.  hahahaha

Petang nie balik keje, saya terus nak singgah kedai kek nak beli alat kuih raya. Tahun nie ramai orang datang raya umah nie so kena redi kuih banyak sket la kot ek plus saya kan berazam nak bagi mak garu kuih raya. hik!semangat gile nie. Eh, tetiba terasa nak balik rumah cepat dan buat kuih raya. hehehehehe





 

Wednesday, September 1, 2010

KEcewA

KECEWA

ha..itulah perasaan saya yang terkini. Tadi berdebar sekarang dah kecewa pula.Hurm..selalu piki kat orang lain sampai diri sendiri dah tergelincir nie.Ada satu je lagi talian hayat untuk setel masalah yang ada nie.
Hee arini sesi meluah rasa je sebab tak tau nak cite ngan sape dah.Ape yang jadi ada hikmahnya supaya saya lepas nie lebih beringat lagi.huh!

16 Days To Go

Assalamualaikum...

Tetiba terasa nak tulis entry menghitung hari ini sebab sekarang rasa sangat berdebar. Tengah dok sibuk kira mikrob punya expenses nie tetiba rasa berdebar tengok numbers..hahahah boleh plak la nak berdebar tengok numbers. Actually expenses for microbe lab saya jek dekat 100k..mesti la saya fobia!kalut telefon supplier tanya boleh diskaun tak?hahahahha 
Saya dok tenung kalendar nie..uish semakin dekat hari itu.Ape pun cam tak redi je plak rasanya. Petang nie pula saya ada mission besar nie ke arah hari itu..Semoga Allah mudahkan jalan saya nie.

SEMANGAT!

Assalamualaikum..
 Alhamdulillah, harini dah masuk puasa ke -22 dah pun. Radio pun banyak putar lagu raya. Bila terdengar lagu raya di radio, terasa semangat raya datang. Semalam saya berjaya menyudahkan biskut raya green pea. Sebelum nie tak pernah makan dan tahu wujudnya biskut tue sampai la satu hari rakan opis saya nie cerita keenakan biskut tue. So saya pun surf internet dan cari resipi. Pegi kedai kek dan beli keperluan. Hee best dan happy sebab biskut saya menjadi. Seronok sebab biskut baru untuk famili saya nie. Tahun nie mungkin tahun last bulan puasa ada dekat rumah buat kuih dengan mak dan adik-adik saya nie.(berangan je lebih). Mungkin dekat nak raya, hujung minggu datang rumah mak wat biskut raya. Boleh la bagi mak sikit saya bawa balik rumah sikit kan?hehehehe
Raya tahun ini, saya belikan mak saya kuih raya royale choclate dan tat nanas. Ntah hape penyakit saya tahun nie, saya terasa nak bagi kat mak Garu (kira nak amik hati la nie kan.) Saya beli sebalang kuih royal chocolate dan sebalang tat nenas serta sebalang biskut green pea saya yang sedap nie.hik!1st time setelah 3 tahun berkawan. Saya nak hantar kuih raya buat tunang adik saya yang jauh nun di German sana. Cian dia...raya jauh ngan mak pak dia.

Tahun nie jemput le datang raya rumah saya ye?boleh rasa biskut green pea saya nie. hahahahah seronok sebab saya dah bagi kuih baru kat mak saya. Kalu tak tiap tahun makan kuih biskut mazolla, coklat chip, popia mini. Tahun nie ada biskut baru.Yeay!