3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 3, 2010

What Happen to Me!SCARY!


Haloo...

Miz Pucca: Eh, harini dah jumaat? la kenapa saya boleh lupa?
En. Azini: Iye..biasalah orang kalau dah nak dekat majlis memang asyik lupa je..

Toing...bedebuk miz Pucca terkena pagi-pagi nie. Boleh pula miz pucca lupa harini hari jumaat. Ini pun sebab tengok ustaz buat tazkirah pada operator semua. MasyaALLAH..apa nak jadi la dengan Miz Pucca sekarang. Lepas dengar tazkirah, baru nak semak kerja yang atas meja yang setinggi menara KL nie tetiba dapat pula panggilan

En. shafie: hello, awak dah ready dah ikan tue?diaorang dah sampai ni.
Miz Pucca: Ikan?ikan ape? 
En. Shafie: La semalam kan dah bagitahu pasal ikan alaskan pollock tu.
Miz Pucca: MasyaALLAH, saya teramat sangat lupa. Ikan pun saya tak keluar dari coldroom lagi

Ha..tengok!berapa banyak miz pucca dah lupa untuk harini sahaja. Setel semua urusan ikan dan bla..bla.. Miz pucca mesej Garu cerita alkisah harini dan garu boleh reply kata dia memang perasan Miz Pucca sangat pelupa lately. Miz Pucca dah mula nak menggelabah itik nie. Bahaya la kalau asyik lupa tapi memang Miz Pucca perasan juga yang miz pucca paling kerap lupa dekat mana miz pucca letak pen. Eh, kronik la kalau asyik lupa nie. Miz Pucca rasa takut pula. Miz pucca tanak la jadi macam watak dalam cerita korea A moment to Remember yang dilakonkan oleh Jung Woo-Sung dengan Sohn Ye-Jin. Cerita nie mengisahkan penyakit lupa yang kronik dikenali penyakit Alzheimer. Cerita tu memang super sedih bagi Miz Pucca sebab sampai boleh lupa siapa suami dia, ibarat macam ingatan semakin menyusut semua bermula dengan hilang pensil. Adush!Miz Pucca memang takut la!

So, Miz Pucca surf intenet untuk dapatkan info macam mana nak mengubati penyakit lupa Miz Pucca nie sebelum melarat dan jadi lebih kronik lagi. 

cara mengatasi kelupaan:
1. membuat aktiviti menajamkan pemikiran seperti menjawab soalan matematik, melengkapkan teka silang kata, menyelesaikan aktiviti sudoku atau aktiviti lain yang boleh merangsang otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Lepas ni boleh la tengok miz Pucca berkepit dengan buku sudoku dan sedang menjawab soalam matematik tambahan tingkatan 5 yang dulu nya miz pucca ala-ala nak muntah bile sejam satu soalan baru siap jawab.heheheh
 
2. Makan makanan untuk menguatkan ingatan

Miz Pucca kena rajin makan anggur, kurma serta yang seangkatan dengannya 

3. Melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berlari, berjalan dan sebagainya yang melibatkan pergerakan fizikal.

Berenang? Miz Pucca tak reti berenang jawabnya lemas la, nak pula miz pucca yang ala dugong nie.hahahaha boleh la kalau berlari tue dapat la juga membuang spare tyre yang ada nie

4. Catat semua perkara penting di dalam organiser atau buku catatan peribadi atau tulis di tempat yang kerap dikunjungi contohnya nota di cermin atau di peti ais

Dulu memang Miz Pucca buat so sekarang kena buat semula. Everything Miz Pucca jot down tau
5. Elakkan suka bertunda untuk melakukan sesuatu pekerjaan

I will do all the works ASAP
6. Kurangkan makan berlemak

Nampaknya Miz Pucca kena kurangkan makan gulai lemak la nie. Dah la feveret miz pucca

7. memanjangkan sujud serta berpuasa

Lepas nie Miz pucca kena sujud akhir lama sikit dan kena rajin berpuasala nie.
Semoga Miz Pucca berjaya la menguatkan semula ingatan Miz Pucca nie


p/s: seram kalau Miz Pucca boleh lupa kat Garu nanti..heheheh

3 comments:

  1. salam mizz pucca!if u drop by kat mana-mana shoutmix,please fill all the blank column with ur name(zamorange),website(ur website URL;http://zamorang.blogspot.com),and ur message.So people can backlink to your website with just clicking ur name.kalau tak buat mcm tu,kan dah rugi satu opportunity utk orang ziarah balik blog kita.Kan susah utk orang menaip balik nama blog kita kat search bar.Buat mcm garu ckp ya?-Supportive comment from ur Garu...

    ReplyDelete