Halooo...
Malam ni miz pucca tak dapat melelapkan mata, terkebil-kebil dari tadi tengok kipas berpusing sampai nak berbintang mata miz pucca ni. Masa solat isya tadi bukan main mengantoknya lagi sampai tersengguk time membaca doa. Agaknya sebab banyak sangat mencekik mee kari itu yang layu mayu je kan tapi alhamdulillah lepas sekali sengguk terus cerah biji mata miz pucca sampai sekarang.
Dari miz pucca tergolek macam dugong nie miz pucca merajinkan diri mencari cerita sinetron terkini di internet ni dengan harapan boleh la mata ni layu. Sekarang nie miz pucca sedang demam sinetron cinta kirana di astro ria setiap isnin sampai jumaat 6.30 sampai 7.30 ptg. Memang miz pucca mabuk dengan cerita ni padahal sebelum ni bukan main tak suka nak layan cerita seberang ni sebab miz pucca payah nak faham bualan dari seberang ni.
Nak tau macam mana miz pucca boleh mabuk dengan sinetron yang satu ini semua sebab adek miz pucca, miz pucca panggil dia miz sinetron la yek sebab dia la yang telah mempengaruhi minda miz pucca dengan sinetron ni. Dia memang peminat setia cerita seberang, boleh dikatakan apa sahaja cerita dari sana dia layan, serupa macam miz pucca muda remaja dulu la..layan hindustan tapi sekarang dah tak tengok hindustan dah sebab mak miz pucca bukan main marah macam incredible hulk lagi kalau ada sesiapa layan hindustan. Mana taknye scene dalam lagu, pakaian tak berapa nak senonoh. Paham-paham ajela kalo hindustan style nie.
Cinta kirana ni mengisahkan seorang gadis kampung yang sudah kehilangan ibu bapa sebab dalam cerita nie watak kirana hanya berdampingan dengan neneknya sahaja. Suatu hari nenek kirana, nenek sita ni telah bertemu semula dengan bekas kekasihnya rama. Dek kerana pertemuan ini, nenek sita dan kakek rama ni bercadang untuk menjodohkan cucu mereka iatu Kirana dan Galang. Masa permulaannya, kehidupan Kirana dan Nenek Sita ni sangat la susah sampai ada satu ketika Nenek Sita jatuh sakit dan duduk di hospital, yang sedihnya Kirana nie kena halau dari rumah sewanya, maka hilang tempat berteduh la Kirana nie.
Kakek Rama telah membawa pulang Kirana ke rumahnya. Isteri kakek Rama, Nenek Aida sangat tidak suka dengan Kirana samala dengan cucunya Galang. Selalu panggil Kirana gadis kampungan. Galang nie pula sudah ada kekasih, kalau tak silap artis la namanya Riana. Kalau sinetron nie biasalah mesti ada orang jahat la kan so Riana nie la yang jahatnya. Miz Pucca kalau tengok watak Riana nie rasa nak tenyeh2 je muka dia sebab gedik dan suka mengikis harta Galang jek.
Kakek Rama memang sangat tidak suka dengan Riana nie, Nenek Aida je yang lebih2 suka pada Riana nie. Masa awal cerita, Galang memang ada propose si Riana ni, masa tu belum jatuh hati pada Kirana lagi tengah fighting gitu ngan kirana. Lama-kelamaan Galang nie dah mula suka pada Kirana dan pada hari pertunangan rasmi Riana-Galang, actually Galang dah mula in doubt dah sebab macam dah suka Kirana.
Tapi pertunangan dengan Riana tak lama sebab kantoi dengan Galang,si Riana cam maki kakek Rama. On the spot jugak Galang putus pertunangan dan cari semula Kirana. Part yang ini miz pucca dah mabuk dah sebab macam sweet pula. Kirana bertunang dengan Galang dan esoknya Galang dan Kakek Rama terpaksa keluar kota urusan bisnes. Part nie actually mereka dah loving dan aura bahagia dah terasa tapi sebab kan yang miz pucca tengok nie adalah sinetron kena paham la. Si Galang dan Kakek accident pula. Kakek Rama meninggal dan Galang pula hilang. Part yang ini, bukan main berjujuran air mata sinetron miz pucca tambah pula miz sinetron bukan main sangat berperasaan.
Kirana la yang jadi tulang belakang keluarga pula dan mengharung macam-macam dugaan la. Dari pembacaan miz pucca kalau tengok blog seberang, Last nanti Galang muncul juga tapi sebagai Misca kononnya kembar Galang. Miz Pucca dapat bayangkan berapa baldi la air mata miz Pucca nanti bila tengok episod akhir tue sebab walaupun Kirana setia dan mengharap pada Galang. Galang pula sudah terhutang budi pada wanita lain yang telah selamatkan dia. Dia muncul semula untuk update la kuarga dia. Jauh disudut hati miz pucca nie, semoga episod last Galang tetap jodoh dengan Kirana.
sumber: helloskyblue.blospot.com
Nampaknya mata miz pucca pun dah mula layu mayu dah nie. Esok miz pucca cerita soundtrack nye pula. Biasa la kalau orang sedang mabuk nie, habis semua nak suka.
Selamat Malam semua.oops Miz pucca dah berjanji nak bangun malam nie wat qiamullail. Harap mata miz pucca takde la melekat dan liat nak bangun.
Garu boikot produk Indon,hehehe!
ReplyDeletehahahah tak boleh..cuba le tengok sinetron cinta kirana nie..miz pucca igt la kan garu siap download buat koleksi agaknya..heheheh over la tue!
ReplyDelete