3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

SeMAngAT KEmBALi

Halooo..

Baru je lepas blogwalking akibat kemengantukan teramat sangat di kala petang menjengah. Kat luar tue cam dengar bunyi guruh je..nak hujan la tue gaknya. Teringat kat Mr. Garu yang kena naik motor balik rumah kejap lagi. Eh, kembali kepada cerita asal (asik nak ingat Mr. Garu aje kan?heheh). After menyinggah ke sebuah blog dia terima nikahnya saya rasa bersemangat dengan tetiba pula.


Tengok owner blog (tak jupe cari namanya) sangat detail merangka majlis nya. Saya rasa semangat la pulak!Masa nie jugak la teringat dekat bunga telur yang belum jalan lagi. Tambah pula kad kawen yang saya plan nak buat DIY pun tak berbuat lagi jugak. ADEH!kemana menghilang semangat berkobar dahulu?hehehehe

Since sabtu nie saya bercuti makanya merancang nak pergi Nilai 3 ngan Mr. Garu saya tue. Buat permulaan langkah pertama ke arah DIY segalanya, saya nak senaraikan ape yang saya perlu beli di sana nanti.

Barang hiasan untuk dulang hantaran
a) 5 Bekas untuk barang hantaran - Dah survey 3 minggu lepas
b) Hiasan dulang (Bunga kecil kuning/ cream, Bunga ros orange cream, Bunga lili Orange)
c) 4 polisterin saiz sederhana serta kain alas putih jernih

Keperluan Bunga telur
a) Manik orange, putih atau krim
b) Dawai halus - boleh dapat di kedai 2 ringgit
c) sarung telur - 50 helai
d) tape putih
e) Inti bunga

Permulaan perbelanjaan DIY nie beli ape yang perlu sahaja dahulu. So lepas nie saya kena ada buku nota untuk catat semua perbelanjaan yang dah saya buat, sticky note, serta pen.

Saya mesti bermula semula. Hee malam nie kena belek semula kad kawen saya tue. hehehehe

0 comments:

Post a Comment