3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

SaYA daN PisANG GorENG

Kak Ati: Guna tepung beras campur tepung gandum, kunyit sikit, air kapur sikit

Mak: Satu senduk tepung beras, satu senduk tepung gandum, air kapur hujung sudu,garam sikit

Mak mertua: Tepung beras, air kapur, telur

Ini kisah batter untuk pisang goreng saya. Semua tunjuk ajar phail! Ada sekali saya mencuba resepi di atas, Mr Husband tegur "sayang,kenapa pisang goreng sayang keras macam batu?" eeee...sedih!banyak percubaan yang phail. Oleh yang demikian, sibuk la jemari saya menaip mesej bertanya rakan-rakan macam mana nak buat batter untuk pisang goreng. 

Resepi ani:
Tepung gandum, garam,kunyit sikit, tepung beras sikit sahaja sebab tepungnya padat,baking powder 1 sudu kecil.

Kalau tak jadi juga makanya saya terpaksa la pencen awal membuat perusahaan pisang goreng.

PS: Semalam saya cuba resepi sotong goreng kunyit. Saya google resepi dan cuba di rumah tapi masalahnya serbuk kunyit tidak dinyatakan letak berapa banyak.naaa..sesudu saya bubuh, terkejut Mr.Husband dengan kuning melampau!hehehehe kepada pemberi resepi tu kan tolong la letak sukatan supaya tukang masak amatur macam saya ni takde la kelihatan PHAIL dengan Mr.Husband saya yang HEBAT di dapur tue.

Maaf kerana gambar pisang batu tidak dapat diupload bagi menjaga hati penulis.hehehehe

2 comments:

  1. t kasih krn sudi melawat blog BR yg tidak seberapa itu. masalah (putih) yg orange hadapi itu amatlah dikesalkan dan BR memohon maaf kerana itu. orange boleh mencuba kaedah ini iaitu dgn mengaktifkan Javascript.

    Mozilla Firefox
    Klik pada menu Tools
    Pilih Options
    Klik pada tab Content
    Pilih ‘Enable JavaScript’
    Klik OK

    Internet Explorer
    Klik pada Tools > Internet Options
    Klik pada tab Security
    Klik pada Custom Level
    Skrol ke bawah sehingga jumpa bahagian ‘Scripting’ . Pilih ‘Enable’ untuk ‘Active Scripting’
    Klik OK

    Safari
    Klik pada menu Safari
    Pilih Preferences
    Klik pada tab Security
    Pilih ‘Enable JavaScript’

    semoga orange dapat berkunjung lagi ke blog BR itu, t kasih.

    ReplyDelete
  2. takpe zam..masak ni just a matter of trial and error je.. satu lagi kena biasa main 'campak2' je. hhehehe..(pssttt agak2 nak makan sedap suruh itu inche hb la masak..dia pandai masakkan? kan??)

    ReplyDelete