3u_sbseOTZW-qU1dUM0GVJXdPIg

Kasih Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

Time Flies!!!

Halooo Tuesday!
saje nk tayang muka jack sparrow kat sini


Selak-selak kalendar!wargh!30th November 2010 dah. Esok sudah berada di bulan akhir 2010. Time is really flies huh! Dengar Hotfm pagi tadi geng botak (kieran and FBI) borak pasal bulan akhir di tahun 2010 nie. Eeeee rasa nak putar semula masa tue kebelakang!


Banyak benda saya tak tercapai tahun nie..huhuhuhu sangat rasa nak putar masa ke belakang at least for a month. heheeheh tak mungkin terjadi la kan?anyway, ada sebulan lagi nie, should work harder in order to achive my only target for the year 2010. SEMANGAT!tetiba datang.heheeheh


Belek-belek FB terperasan status my dear friend Fiza (childhood bestfriend), Dia baru je deliver her 1st baby 25 November yang lepas.




Tahniah Fiza! (belum sempat tengok baby lagi so belum ada picca) dengan kelahiran Ahmad Fariz Husni. Semoga dengan kelahirannya dapat mengeratkan lagi ikatan suami isteri serta menambah seri dalam kehidupan berumah tangga.


Saya yakin Fiza sangat gembira even mendengar suara nya di telefon seperti biasa sahaja. I do share the happiness! Eh, actually saya banyak kali menyebut saya macam tak percaya sebab Fiza baru je kawen. Time flies!saya sangat merasakan cepatnya masa berlalu bila terdengar berita Fiza dah melahirkan seorang bayi.

Hurm...Semoga satu masa nanti saya boleh merasai apa yang Fiza rasa. Tetiba rasa nak jadi Ibu dah plak..hahahaha boleh pula berperasaan cenggini. 

PS: to Mr.Garu, sila jangan bertangguh.. kena sedar umur kita next year tambah satu lagi..huhuhu 
a mother...







Monday, November 29, 2010

Makan Aje!

Haloo MOnday....

Harini rasa heaven sungguh sebab sedang bercuti dan akan bercuti hingga rabu nanti..hik!Tapi.....tak berapa nak heaven sangat sebab rasa rumah nie kosong je. Ngape ek?saya akan terasa amat kosong bila mak saya takde even dalam rumah ramai orang tapi kalau mak takde rumah rasa teramat kosong. 

Plan nak bangun sangat lewat since cuti tapi tak boleh sebab dah terbiasa bangun pagi pegi kerja so kena bekerja la jugak harini. Owh!baru tau, saya hanya mampu bangun lewat pada hari ahad sahaja.heee BORING!pukul 12 dah siap masak, macam ada orang nak makan tengahari jek. Habis satu rumah saya cuci sampai ruang belakang pun saya cuci. 



Kerja rumah setel boleh layan cerita korea kat One HD, dari satu channel ke channel lain. MAK AI!bosan gile terasa nak keluar tengok wayang je tapi risau pula tinggalkan rumah at last saya pergi kedai beli 2 pek potato chips, aiskrim and snickers. Saya perabihkan semua nya!Saya boring ke hape nie?rasa lapar lain macam. Adakah saya tak boleh bersendirian?Ish!



ketika ini saya terpikir kan makanan jugak!stress nya bila asyik makan je nie..Sekejap lagi saya nak pergi McD beli ape yang patut. Bila terfikir esok, rasa stress jugak!baik saya pegi keje kalau cenggini tapi cuti tak boleh cancel. huhuhuh

 PS: semalam saya kuar makan dengan Mr. Garu kat KFC
dia makan snack plate and saya makan dinner plate.
Mr. Garu terkejut sebab saya boleh habiskan semua sama masa dengan dia habiskan 2 ketoi ayam dia..
ISH!stresss....heheheeh

Sunday, November 28, 2010

Cerita Kosong

Haloo Lovely Sunday!

Sakit betol kepala semalam dek kena panas terik membahang. Bangun pagi harini pun ada rasa pening-pening ayam gak lagi. Since saya last minute decide tanak pergi arau menghadiri konvokesyen disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, so ape nak buat ye harini? Plan nak cari hadiah untuk adek saya tue sebagai ganti tak dapat attend konvo dia rabu depan. 

Bulan nie nampak gaya macam banyak nak pakai duit plaks. Hurm..tak tahu bila saya nak simpan duit nie if jadi kawen next year. Bulan nie last saya pakai kereta saya tue coz lepas nie adek saya pakai plak untuk pegi keje cyberjaya. Dia lebih memerlukan lagipun baru lagi kerja. Faham jugak la bila masih baru kerja nie, takde bajet lagi nak ada kenderaan sendiri. Dapat pula kerje bukan main jauh lagi, nak ulang alik naik bus agak memenatkan, nak menyewa pula dia macam tak nak sebab dah puas duduk luar umah time belajo dulu. Jadi saya berkorban la kereta tue demi dia. Saya boleh naik motor saya jek. Lagipun saya bekerja tidak la jauh mana pun. If Mr. Garu baik hati, mungkin dia boleh exchange dengan saya kereta dia, maka elaun minyak saya boleh la pakai untuk kerta dia kan?if not tak berbaloi la kot elaun minyak 350 tapi dok pakai motor. Hurm..If no exchange maka saya kena la jual chit minyak saya pada Kak Ati and Eirna yang sentiasa memerlukan bila hujung bulan. hik!


Start December nie nak simpan duit sungguh-sungguh. Mungkin beberapa hari saya cuti nie, boleh la mencari memana tuisyen centre yang memerlukan guru. Saya plan nak ajar tuisyen la as an option untuk menambah pendapatan. Nak meniaga macam tak reti nak meniaga apa. Dapat mengajar seminggu 5 jam ke ok la jugak ek at least dapat la jugak duit tepi. 



Bila cerita pasal duit, memang stress teramat sangat!kalau before saya plan nak belikan hantaran pihak lelaki yang best-best, bila sampai masa saya rasa sayang pula duit saya simpan nie sebab mungkin saya akan keluarkan lebih untuk kenduri nanti maka saya decide to have simple barang je bagi dia.




Semalam dah stress, if keep thinking duit lagi stress so saya decide to watch movie alone harini. Saya agak pelik gak la dengan kitaran biologi di fasa kehidupan sekarang. 360 degree mood swing!apehal ek?Better saya tengok kartun je la harini. heee sekian ahad..





Saturday, November 27, 2010

SENGAL!!!!!

Halooo stressfull saturday!

Harini join perasmian MAHA yang segalanya MAHA!MAHA ramai manusia di sana. Pagi-pagi dah bersedia awal untuk ke MAHA!thought boleh dapat parking yang dekat tapi ampeh sebab penjaga parking yang sengal-sengal belaka paksa jugak park kat area jauh walhal parking kat depan sana masih banyak kosong. Menapak jauh jugak dari parking area ke tempat perasmian dia hall D. 


Lepas tengok perasmian hanya dari skrin besar kat luar dewan sebab MAHA ramai manusia di dalam dewan berjalan di semua dewan tengok ape yang menarik. Dalam hati nie tak sabar nak pergi kenduri member lama di Putrajaya since dah ada di MAHA nie maka dekat jela nak ke PUTRAJAYA tue. Pukul 1 cepat-cepat gerak keluar namun disebabkan MAHA ramai manusia jadi bersesak serta terpaksa menharung panas yang boleh mendidihkan otak mencari dimana kereta. Semua tempat nampak sama. Malang sungguh sebab tiket parking pada member dan dia tak ikut sekali. Maka MAHA penat dan HOT!mencari kereta di parking kereta yang MAHA luas itu. Hati panas plus handphone bateri takde. Janji punya janji dengan member untuk pegi kenduri di Putrajaya akhirnya tinggal janji sebab dia MAHA SENGAL terlajak dan masuk simpang Putrajaya instead of menunggu saya di UPM. 


Akibat handphone yang tiada bateri saya suruh je dia pergi dengan rasa HOT sebab memang sedang berada di bawah bahang matahari mencari kereta. Disebabkan memikirkan rakan lama yang kawin, saya berusaha juga menghadiri kenduri beliau namun MAHA SENGAL, saya tidak jumpa ape-ape sign board menghala kenduri beliau di presint 18 itu. Dengan rasa tak puas hati dengan member yang mungkir janji itu, saya berpatah balik ke kilang. dan kini, saya mengadap kerja di atas meja dengan rasa sangat sebal sebab tak dapat hadir kenduri kawan lama itu bercampur rasa BENGANG dengan member yang ntah pape tue!


Saya tulis dekat blog nie rasa BENGANG saya!sekian kisah HOT hari ini.



Friday, November 26, 2010

Pengorbanan Ibu!Penjenayah Tak Berguna!

Halooo Friday..

Hectic Week! sampai tak menyempat nak menulis disini sebab banyak sangat kerja yang perlu setel sebelum bercuti panjang minggu depan.heeeee semalam semua menda dah setel dah and harini bersenang-senang la kan.

Hurm...disebabkan harini saya agak santai di opis jadi sempat la membaca berita online. Terkejut dengan berita muka depan Harian metro

Perasaan saya sebal dan rasa sangat kasihan dengan mangsa bergelar ibu itu. Demi maruah anaknya dia terpaksa dan saya yakin pastinya ibu itu mengalami tekanan perasaan selepas peristiwa itu. Keji sungguh manusia haiwan tue!Sudah la menyamun lepas tue memperkosa pula. Saya berdoa supaya si penjenayah mendapat hukuman yang setimpal!adalah lebih molek kalau ada ahli keluarga 2 ekor haiwan itu mengalami nasib yang sama. Biar mereka rasa bagaimana perasaannya. Tiada langsung belas kasihan kepada golongan yang lemah hingga sanggup meragut maruah pula. Saya sungguh GERAM bila terbaca atau terdengar berita semacam ini. Tetiba saya teringat Mak saya yang tinggal seorang dirumah bila semua orang keluar bekerja. 


Semoga ALLAH lindungi mak dan seluruh keluarga saya dari kejahatan manusia yang semacam itu. Jangan la ALLAH duga dengan keadaan seperti itu. Pada saya, jika diuji sampai begitu mungkin boleh sampai tahap saya berdendam dan mungkin membunuh diri. Ish!minta jauh la Ya ALLAH!
 
Jauh disudut hati saya, saya sangat minta ALLAH lindung saya dari kejahatan manusia sebegitu. Saya sangat takut dengan kejahatan lelaki bernafsu binatang! Kepada ibu yang sangat mulia itu, semoga anda lebih tabah, buat anak hargailah pengorbanan ibu kamu itu. Sedih dan geram bercampur baur bila saya terbaca berita muka hadapan metro itu. 

Buat kengkawan, jagalah diri sebaik mungkin. Buat suami yang bekerja malam, pastikan keluarga berada dalam selamat sentiasa. 

Monday, November 22, 2010

Cerita Pagi!

Halooooo Monday!

Akibat kesedihan semalam, malam tadi tido pun dalam keadaan sedih makanya bangun pagi dalam keadaan yang amat sedih juga. Nasib baik sahabat baik saya Jasli tagged satu note lawak di facebook. Just nak share la nota lawak rakan saya nie

Boss: Where were you born?
Sardar: India .. Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea.
All cars that I know start with petrol.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer.
Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order sir, so I made it sequencely..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Museum Administrator: U stupid..That's a 500-year-old statue u've broken!!
Sardar: Thanks God!!! I thought it was a new one..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

At the scene of an accident a man was crying: O God!! I have lost my hand, oh!!
 Sardar: Control yourself sir.. Don't cry.. See that man. he has lost his head. Is he crying?
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ""All India Radio! """
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

In an interview,
Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr.....Dhhuuuurrrrrrrr......
Inteviewer Shouts: Stop it !!!!!
Sardar: Dhhuuuurrrrrr.. dhup dhup dhup dhup...... Stop ready sir..
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tourist: Whose skeleton is that?
 Sardar: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
 Sardar: That was same king's skeleton when he was a child .
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
kredit to dear best friend, Jasli Ayu Humaira  nota facebook

Disebabkan lawaknye nie saya jadi sangat terhibur dan Alhamdulillah, you made my day!heee

Sunday, November 21, 2010

LuAhAN RaSA...

Halooo...Happy Sunday To All..


Harini saya rasa saya sedang sedih la. Hati kecewa dan air mata sebagai penenangnya. 


Kecewa, suka, duka, gembira,
Bisikan yang ada di dalam hati,
Tika sedih dan kecewa,
Air mata galang gantinya.


Kecewa, suka, duka, gembira,
silih berganti mengikut putaran,
hari ini ketawa, esok berduka,
Tidak terketahuan,


Saya bertemu dengan sesorang, saya sangka saya suka tapi rupanya saya sedih hingga tak tertahan air mata. Selesai perjumpaan duka itu, saya terpaksa berhenti di tepi jalan dan harus terus menangis mengiring duka yang ada. Saya hilang arah seketika dan menangis semahunya. Saya berduka dan kecewa, saya teramat kecewa. Rasa hati dihiris halus, dicincang lumat, ditusuk sejuta kali dengan mata pedang yang maha tajam. Hati saya amat sakit dan kecewa itu umpama kanser yang saya hidapi sejak 3 tahun yang lalu. Biarpun saya berusaha mencari ubatannya namun hanya mampu melambatkan sel kanser dari terus bertumbuh. Saya amat kecewa, rasa ingin meraung di tepi air sungai deras seiring derasnya air mata yang turun.


Setengah jam di pinggir jalan, saya kembali redha dan pasrah. Ini jalan yang saya pilih dan ini jalan yang saya tegakkan di depan semua umat. Maka saya seharusnya tahu dan lali dengan kecewa, suka, duka dan gembira itu. Namun, luka dan kecewa di hati saya takkan ada yang mampu menghapusnya kerana ia telah kekal sejak 3 tahun yang lalu.


Sekian, 


Luahan rasa dari saya, biarlah sampai masa saya dijemput ilahi membawa suka, duka, gembira, kecewa ini.

 

Friday, November 19, 2010

YaNG MaNA SAtU????

Haloooo...

Owh kira-kira atas kertas selepas di congak tambah tolak, ada 31 hari lagi hari itu tiba. Hurm ape saya nak bagi sebagai surprise? adakah

Nikon Model

1. Kurang tahu mengenai spesifikasi kamera jenis nie. So kena banyak study dulu. hee 1st choice as special gift

2. Digital camera biasa asal boleh amek gambar. 
3. Handphone idaman kalbu?
 4. Makan malam yang sedap plus romantik di bawah cahaya lilin?hehehehe


Hurm mana satu yek?kena wat decision cepat nie sebab sebulan je lagi. Duit takleh pakai banyak2 sangat masa pegi langkawi hujung bulan nie..kena spend untuk salah satu di atas. HIK!

Hari Tandas Sedunia!

Halooo Friday.....

On the way datang kerja macam biasa layan Hot Fm bertopik Hari Tandas Sedunia. Owh sangat tak sangka ada juga ye hari tandas sedunia..19 November merupakan hari tandas sedunia. Bila dengar respon pendengar dekat Hot Fm tadi memang sebenarnya rakyat Malaysia nie masih ada yang kurang kesedaran sivik. Ambil contoh kak yati pendengar dari kedah yang bekerja di sebuah stesyen minyak. Kebanyakan stesyen minyak di Malaysia nie, pengusaha tak hire cleaner untuk kerja mencuci tandas so pekerja la yang dipertanggungjawabkan untuk mencuci tandas.

Apa yang dikesalkan oleh kak Yati nie pula, tak payah tunggu ramai pengguna cukup la orang pertama dah mampu buat tandas tu kotor dengan tanah merah la, muntah dalam sinki la, lampin anak pun buang dalam sinki. Belum lagi mereka yang tak reti nak flush tandas and mereka yang merosakkan pam tandas tue. Kenapa ek?masih kurang sivik. 

Bukan setakat tandas awam di stesen minyak dan mall sahaja menghadapi masalah pengguna kurang sivik nie, masalah tandas di masjid pun sama juga. Kita sebagai pengguna masih perlu di didik menjadi manusia dan masyarakat yang punya nilai sivik dan paling penting tahu membaca arahan atau sign yang dipamer dalam tandas. Macam sign dibawah nie:
Hee bagus gak ada hari tandas sedunia nie tapi rasanya perlu diperluaskan kepada masyarakat umum nie supaya lebih sedar. So takdelah yang buang lampin tahi anak dalam sinki, bila buang air tue sila la parking lelok supaya tak tercemar mata orang lain. Kadang2 boleh jadi seminggu takleh makan kalo teringat.Uwekkk!heheheh 


Oleh itu, sila la sedar ye rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Kebersihan tue aspek paling penting. Mak kami pesan kan kalo pi umah orang nak tau tuan rumah tue bersih ke tak pi tengok jamban dia. hahahahaha




Sangat takde kerja masuk umah orang nak pi jengah jamban pula. hik!


Thursday, November 18, 2010

Daring Woman

Haloo Thursday....

Tajuk nye daring woman ek?oppps bukan saya yang daring tau..heee nie al kesah drama korea yang saya tengah tergila-gilakan. Balik je rumah tak sabar nak tukar channel 393 yek walaupun ia hanya siaran ulangan sebab real show time dia pukul 10.15pm (senin - jumaat). 

Cerita nie best sebab berkisar tentang kekeluargaan dan penuh dengan rahsia terutamanya watak Se-Bin. Soo Young yang dulunya kakak ipar kepada Se-bin yang berkahwin dengan abang dia kini bertukar jadi mak mertua pula. Suami Soo Young mati akibat kemalangan dan Soo young membesarkan Tal -Gi (anak) seorang diri sehingga dia berkahwin dengan Han Kyu Jin bapa kepada suami Se-Bin. Watak Soo Young nie sangat comel dan dia sangat naiive. 

Episod terbaru nie mengisahkan tentang rahsia Se-Bin yang hampir terbongkar mengenai kewujudan Tal-Gi yang dibesarkan oleh Soo Young. Saya sebagai penonton pun rasa terkejut juga..heheheeh HARUS la saya nie terkejut!Al kisah pepagi waktu breakfast Tal-Gi tunjuk kat ibu dia pasal ujian fizikal and dia kena sign pastu ayah nye pun nak tengok sekali tengok jenis darah Tal-Gi adalah O tapi Soo Young AB. Masa nie dapat tau yang Tal-Gi bukan anak kandung Soo Young tapi anak angkat yang ibu Se-Bin suruh dia bela. Kononnya anak tue adalah anak sedara jauh mak Se-Bin la. Sume orang dalam rumah tue terperanjat bila dapat tahu Tal -Gi tue anak angkat termasuk la Se-Bin sampai jatuh mangkuk dia pegang. Hik!

Pastu Husband Soo Young pegi jumpa dengan ibu Se-Bin coz nak tanya siapa ibu sebenar Tal-Gi.  Se-Bin minta Soo Young tak perlu cari ibu kandung Tal-Gi dengan alasan saudara tue sudah berkeluarga baru dan bimbang  boleh memusnahkan kehidupan saudara itu. Tapi sebenarnya nak tau tak yang Tal-Gi itu sebenar anaknya Se-Bin tapi tak tahu dengan siapa. Waa...bila sampai part nie rasa makin teruja nak tengok sambungan cerita yang selanjutnya. 

 Persoalannya siapa bapa Tal-Gi yang sebenar? Since keluarga mertua Se-Bin termasuk Soo Young sendiri sekarang tak tahu siapa ibu kandung Tal-Gi..

Hee..MENARIK! so jom le layan cite nie..daripada layan cinta kirana tue tak sudah-sudah si Galang ngan Kirana tue dok kena kacau ngan Riana. BOSAN!heee

Soo Young and husband

Soo Young and Se-Bin


 

Eid al-Adha

Haloo...Selamat Menyambut Aidil Adha.


Dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan dirayakan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Raya Haji nie disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan ibadah korban pada hari-hari tersebut. 

10 Zulhijjah nie sebenarnya merupakan tarikh penting dimana Nabi Adam serta isterinya, Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum mereka bertemu di padang Arafah, diluar bandar Mekah. 

Dalam kehidupan seharian kita pelbagai pengorbanan yang dilakukan, pengorbanan seorang suami kepada isteri, isteri kepada suami, ibu bapa kepada anak, anak kepada ibu bapa dan sebagainya. Bersyukur kerana saya berada di Malaysia yang masih aman damai serta tiada sekatan dalam mengerjakan ibadah. Konsep Aidil Adha perlu diperluaskan jangan hanya memandang kepada penyembelihan dan korban haiwan sahaja.

Hari Raya sebegini la masa yang paling BEST untuk dihabiskan bersama keluarga. Rasa erat je hubungan sesama sendiri. Masa nie la banyak masa membantu mak di dapur, membantu abah melapah daging atau memotong daging. Masa ini juga saya menanti Dia yang istimewa untuk datang tapi malangnya dia tidak datang. Ape pun, saya masih seronok menikmati hari raya bersama keluarga. Mak saya buat seperiuk besar bihun sup!saya makan tak berhenti sebenarnya sampai la tengah malam sambil melayan cerita korea. Eh, sekarang saya sangat gilakan cerita korea Daring Woman di Channel 393. 

Daring Woman

Cute nye Soo-Young    
Selamat Menyambut Aidil Adha to ALL..entry lepas nie saya cerita pasal Daring Woman (korean drama) plaks.

Monday, November 15, 2010

Mental Ke?

Haloo Monday...

Terasa nak menulis satu isu yang terasa menebal di jiwa raga nie. Semalam dok tengok post kengkawan kat FB ternampak seorang kawan saya nie post sesuatu di status nye
If you know someone is already TAKEN, please RESPECT their relationship. Don't be the reason they end up SINGLE.




Hurm..Beremosi ye status rakan saya nie mungkin dia kena ganggu dan intention gangguan itu adalah untuk merosakkan hubungan dia. Last week saya attend sebuah seminar kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan keselamatan makanan dan pelancaran Skim 1 Malaysia. Memang seronok sebab berpeluan berjumpa dengan ramai mereka yang bekerja di bidang kawalan mutu. 

Apa yang tak bestnya bila saya kenal dengan seorang mamat dari sebuah syarikat ayam yang tak perlu saya nyatakan dari mana. Saya memang jenis yang ramah dan suka berkawan tapi rupanya saya tersalah kawan pula. Ape-ape pun saya memang tak lupa nak pakai cincin di jari manis untuk memberitahu lelaki terutamanya yang saya sudah berpunya. Saya nie memang la tidak cantik namun saya mengambil kira dunia bertunang nie ape pun boleh jadi.

Saya memang bertukar number dengan mamat nie sebab memikirkan dia datang dari industri yang sama so mungkin la ada pape yang boleh dikongsi. In fact di seminar sebegitulah tempat untuk distribute busness card and berkongsi pengalaman. Mamat yang satu nie lain pula agenda dia, dia ambil number saya bertujuan lain pula. Sehari dua saya boleh la tahan tapi saya tak boleh blah bila dia mula tidak menghormati saya sebagai tunang orang. Boleh pula mengeluarkan kenyataan bahawa baru bertunang belum jadi isteri orang. 

Jauh disudut hati saya, saya tak terfikir pula nak bertukar dengan yang lain selain Mr. Garu saya nie yang saya kenal selama 3 tahun. Dia boleh fikir ke macam mana perasaan saya pada Mr. Garu?At last saya ignore je dia sebab sangat tidak menghormati orang dan lepas laku. Sangat tidak sesuai dengan jawatan pengurus kilang yang disandang. 


Moralnya: Check baik2 diri tue dulu jangan perasan berlebih sangat. Ingat dengan jawatan dan duit anda boleh beli segalanya walaupun hak orang lain?
Mr. Garu saya nie tau!

Thursday, November 11, 2010

Cabaran Bertunang!

Halooo Khamis!

Kalau tengok kepada countdown yang saya tepek kat blog nie, saya hanya ada beberapa bulan je lagi untuk ke alam baru menjadi isteri orang namun begitu sukar nya berada di alam pertunangan ini. Betul la kata ramai orang yang masa bertunang nie sangat banyak cabaran dan dugaan. 
Oleh itu, saya cuba mencari nasihat dengan bertanya rakan serta saya terjumpa satu nasihat di sebuah laman sesawang

bertunang itu untuk kita belajar mengenali pasangan kita dari sudut luaranya saja.sudah bernikah nanti barulah kita tau sikap tunang kitasebenarnya. jadi semasa bertunang itulah kita kena pupuk kan kasih sayang ( mengikut cara islam ) beri perhatian yang lebih padanya supaya dirinya rasa dihargai. kerana ini semua akan memberi kenangan padanya. dan keyakinan padanya. harus diingat cara kita melayan dia juga ada kalanya boleh buat tunang kita tak yakin atau yakin pada kita. jangan sesekali endah tak endah dengan perasaan tunang kita. jadikan lah dan belajarlah jadikan dia tempat mengadu . bagi seorang lelaki bagaimana dia nak jadi seorang pembimbing kalau pasangannya bersikap negatif padanya. fikirkanlah kebaikkanya juga. tak ada manusia yang betul2 baik di dunia. sesudah berkahwin nanti berjemaahlah selalu. kalau pasangan kita sayang pada kita percayalah apa pun dia akan buat bersama2 kita.masaallah nikmatnya rasa kasih sayang yang tuhan beri untuk kita..... kasih sayang . sikap sabar dan timbang rasa   itu paling penting  dalam sesuatu hubungan selain agama. kerana masa sekarang terlalu banyak orang yang baik pada luaranya dan bertopengkan agama semata untuk mendapatkan apa saja. dan lagi satu terimalah keburukan pasangan anda dan sama sama lah berbincang untuk memperbaikinyahere

Oleh itu, kepada yang sedang di alam bertunang, renungkanlah nasihat di atas. Buat diri ini, semoga dapat bertabah hati serta bersedia menerima keburukan dirinya serta yakin dia mampu membahagiakan di masa kelak. Berdoa agar dia mampu membimbing diri ini ke jalan syurga bila diri ini sudah sah menjadi milik dia. 

After membaca nasihat tersebut, sedikit sinar saya perolehi. Dear hati berhenti la bersedih. Semoga semua urusan dipermudahkan. Ameen

Sunday, November 7, 2010

Run Mackerel Run...Sunday Special

Haloo AHAD!

Bestnye bila hari ahad!nak pula takde sape berani kacau tengok cerita korea kat channel 393 nie. Layan cite korea dari celik mata sampai la pukul 1.30. Dulu masa time belajo sakan melayan cerita korea nie sebab bagi saya best dan kebanyakan cerita nye ringan dan penuh aksi lawak. Bila dah bekerja nie agak kurang la menonton kecuali AHAD.Hari yang khas untuk menonton cerita korea. 

Sedikit sinopsis cerita Run Mackerel Run yang ditonton untuk hari ini..

Genre: komedi, drama, pelajar sekolah tinggi

Mengisahkan kehidupan pelajar sekolah tinggi bernama Cha Gong Chan yang selalu kena aim dengan cikgu dia untuk di buang sekolah. hehehe lawak bila time kena denda ngan cikgu rambut kerinting tue. Dia nie plak tangkap cintun pula dengan classmate dia Min Yoon Seo yang dah clash ngan seorang lagi classmate nama Baek Hyun. Ada je insiden yang tak sengaja dikaitkan dengan Cha Gong Chan nie. 

Cerita nie penuh dengan komedi dan drama la serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Even mak dan abah saya pun enjoy tengok cerita ringan cenggini. Best ek kalau Malaysia boleh menghasilkan cerita macam orang korea nie tapi taknak la sampai macam cerita indon yang melambak dalam industri malaysia nie. 


Saturday, November 6, 2010

Great Time!TAKERS..

Starring: Chris Brown, Hayden Christensen, Matt Dillon, Micheal Ealy, Paul Walker, Tip 'T.I' Harris.

Menonton Takers for today's activity. Hurmm...mission harini berjaya sebab dapat jugak makan nasi ayam makcik Pit Stop (Damansara). Nasi ayam makcik nie memang special di hati saya nie..susah sangat nak dapat makan nasi ayam makcik so saya tidak piki banyak untuk order 2 pinggan untuk diri sendiri hee..Malu dok Hulu la kan..

Perut pun kenyang, pi pula e@curve plan nak tengok You Again tapi tukar sebab teringat ada member FB kata takers best!hee..memang best!perompak encem (Paul Walker)..heheheh Cite nie kesah pasal perompak yang merompak sebuah bank besar dan mereka merompak dengan professional nye.Pastu ada geng depa yang baru lepas tahanan polis wat come back la kiranya. Jual la kat depa nie satu plan nak merompak duit lagi banyak. Nama dia Ghost!Dia nie curi plan geng Russian. Depa nie wat persiapan la untuk agenda merompak kedua nie tapi awal2 dah nampak cam gagal sebab tak ikut time. Nak ikutkan depa nie nak tembak je si Ghost yang kerek tue tapi tak jadi sebab lori duit tiba jugak.Tapi Ghost yang jahat nie dah contact ngan geng Russian tue kira dia nak kenakan member dia yang lain. Masa time nie..saya suka sebab aksi dalam gerak perlahan..MACHO nye PEROMPAK...hehehehe


Ada polis yang siasat dah nak dapat tangkap depa nie tapi at last polis yang hancus..Perompak MENANG!Paul Walker perompak encem berjaya lepas dengan ketua geng. (yang lain sume shahid)hehehe cite nie best!suka tengok..Repeat lagi next time..hahahah